Pages

Sunday, October 16, 2011

Hendak tidur tidurlah mata...

Tension betul, penyakit terbangun di awal2 pagi dah timbul balik. Aku ni bukannya ada penyakit susah nak tidur...jam 9 malam je dah terlena. tapi masalahnya pukul 3 atau 4 pagi...terjaga dan terus tak boleh tidur sampai pagi. boleh dikatakan setiap hari aku akan terjaga time yang sama. pastu terkebil2..pusing sana sini..mata memang dah tak boleh nak lelap. esoknya pergi kerja...lesu dan mengantuk je. lebam je bawah mata...ish sedih betul.



Aku terjumpa satu artikel yg menarik tentang masalah tidur ni...hasil tulisan Najibah Hassan:

RAMAI yang percaya, apabila usia semakin meningkat, keperluan untuk tidur semakin berkurangan. Sebetulnya, bukan usia yang menentukan sama ada seseorang itu perlu mengurangkan atau melebihkan masa tidur. Tetapi, kemampuan untuk tidur dalam tempoh jangka masa yang panjang menurun apabila usia meningkat.
Tanpa kita sedari, secara puratanya hampir satu per tiga daripada hidup kita dihabiskan untuk tidur.
Ini kerana tidur yang `sihat' dan `berkualiti' penting untuk tubuh, terutama otak serta lain-lain organ untuk berfungsi secara optimum.
Kajian saintifik oleh sepasukan penyelidik Jerman juga menyokong, tindak balas sistem pertahanan menjadi lebih kuat pada vaksin kepada mereka yang mempunyai tidur malam yang berkualiti.
Sebaliknya, mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi biasanya akan kelihatan tidak bermaya keesokan harinya.
Malah, jika dibiarkan berlanjutan, individu terbabit akan menjadi kurang bertenaga, mood tidak stabil, kurang motivasi dan daya tumpuan serta keletihan. Justeru, jangan ambil mudah jika tidur anda pada waktu malam terganggu.
``Jika dalam tempoh seminggu tidur anda terganggu dan ia bukan berpunca daripada faktor-faktor seperti tertekan, masa tidur yang tidak menentu atau tabiat suka minum minuman yang mengandungi caffein seperti kopi atau teh selepas pukul 4 petang.

``Atau keadaan tempat tidur, tabiat merokok, minum caffein, persekitaran di luar rumah atau jadual kerja yang sering berubah-ubah, maka anda perlu berjumpa doktor,'' kata Profesor dan Pakar Perunding Kanan Neurologi dan Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Penyelidikan), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Raymond Azman Ali.
Menurut beliau, seseorang yang menghadapi masalah untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam dikategorikan sebagai mereka yang menghidap insomnia.
Insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut seperti:
* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)
* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)
* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)

Kalau diikutkan dari artikel tu...aku dikira dah tergolong dalam kategori kronik insomnia.

Apa puncanya?

Insomnia terbahagi 2:

* Insomnia primer

i
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.

* Insomnia sekunder
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.
A. Psikiatri
* Masalah kemurungan, skizofrenia

B. Bukan psikiatri
* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala, Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea),  Epilepsi, Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati,  Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam, Penyakit Parkinson, Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku, Rest leg syndrome,  Pedih hulu hati, High altitude insomnia,  Angin ahmar,  Penyakit Alzheimer, ketumbuhan otak dan migrain.

Aku berada di kategori mana...tidak pasti.

Ada juga tips untuk mengatasi....
  • Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizika
  • Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
  • Elakkan tidur pada waktu tengah hari
  •  Melakukan senaman dengan kerap
  • Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam
  •  Jangan merokok
  •  Belajar menangani tekanan
  • Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.
INSYAALLAH ... SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA. AMIN

Pra PSPM dan Drama Korea

Hari ni kami pensyarah2 di unit ekonomi mengadakan ujian Pra PSPM1 untuk pelajar2 jurusan perakaunan. saja je nak tengok, boleh ke tidak mereka jawab soalan2 tu dengan masa 3 jam yang diperuntukkan. Sebelum ni mereka cuma buat soalan latihan di bilik tutoran...ambik masa selama mana yang mereka suka untuk dsiapkan soalan yang diberikan. Kadang2 tu, satu soalan pun ambik masa sejam untuk disiapkan.  Kalau macam tu, macamana la mereka nak jawab soalan PSPM yang ada 3 bahagian dalam masa 3 jam je...ish budak2 ni, pembahagian masa amat lemah.

Peperiksaan akhir program matrikulasi akan bermula pada 21 oktober. Sekarang ni dah masuk minggu ulangkaji...budak2 tu semua dah pening2 lalat. Semua subjek pulun buat revision...klinik..program kecemerlangan dan macam2 lagilah. haih...agaknya berasap la kepala budak2 tu.

Sambil menunggu budak2 tu menjawab soalan...aku teringat kata2 akhir dalam drama korea yang aku pulun tengok pada cuti hujung minggu..cerita PARTNER. Sebenarnya DVD tu dah lama pinjam dari ustazah nashitah...tengok sikit2...hari sabtu kelmarin baru khatam semua.




Life is like that
we win some, we lose some

Sometimes, when we lose to life
don't cry either

With someone who can breathe
and laugh with you
and a person you can stretch out your hand to...

as long as you  have one partner in your life...

Suka dengan ayat tu....juga suka dengan hero dan heroinnya. Dah lama sebenarnya bersara dari tengok cerita2 korea ni. Bila dah tengok rasa terpengaruh  dan terbuai dengan watak hero yang macho, heroin yang manja gitu. ....Realitinya macamana ya .... Ada ke ? ish....rasanya ada...my patrner sekarang la...hehehe



Wednesday, October 12, 2011

Bosan

Mood hari ini...bosan. Sebab?... Hubby tak dak kat rumah 5 hari...outstation ke Shanghai. Ish asyik outstation je. Nak ikut tak boleh sebab cuti dah habis...Secara tiba2 rasa tak suka jadi cikgu...sebab ? nak cuti susah....

Ish macamana la Shanghai tu ya...


Jom kita baca cerita2 merapu kat bawah ni....dapat dari  pakcik google..

lucu 1: Bapa

Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.

Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.

Man: Wow! Bapa kau keja apa?

Ali: Tukang gunting rambut.

 

Cerita Lawak/ lucu 2: Bahasa Inggeris

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?

Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Cerita Lawak/ Lucu 3: Sudu

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.

Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.

Doktor: Kenapa?

Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.


Cerita Lawak/ Lucu 4: Mayat

Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'

Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

 
Cerita Lawak/Lucu 5: Tiru

Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.

Bapa: Apa bukti awak?

Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Cerita Lawak/Lucu 6:

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"

Sekian cerita lawak untuk hari ini....moral of the story...tak ada !

Tuesday, October 11, 2011

Bibik oh bibik

Sejak akhir-akhir ni, aku letih sangat. Hari2 berulang alik 25km dari pejabat ke rumah waktu lunch hour untuk ambik anak2 dari sekolah. Balik rumah, mandikan budak2 tu...bawa mereka ke pejabat sebab mereka tak berani nak dok kat rumah berdua je. Lepas tu kalau ada kelas, berkejar pula ke kelas...amat memenatkan rutin begitu di usia yang telah menghampiri senja begini. Sekarang ni, waktu kerja start jam 8 hingga 5 petang...sampai rumah dah dekat2 pukul 6. Rehat sekejap...lepas tu kerja2 dirumah berlambak menunggu.Esoknya, pagi2 lagi dah bangun...siapkan anak2 yang bersekolah sesi pagi...masak untuk anak2 di rumah yang bersekolah sesi petang...lepas tu pergi kerja. Tengahari berkejar balik ambik anak....rutin yg sama setiap hari. Haih...susah rupanya jadi seorang isteri dan ibu ya. Tapi tak apa...ustaz kazim kata, sabar...ganjaran pahala menunggu. Amin.

Kalau dulu ada bibik...tak lah huru hara sangat...pagi2 tak perlu terkejar2...tengahari tak perlu balik rumah ambik anak, petang bila balik kerja tak perlu kemas rumah...cuma masak je. Agak selesa...cuma kadang2 hati tak selesa dengan kerenah bibik..macam2.

Bibik yg dulu. dah habis kontrak...balik indon...dia nak sambung lagi kontrak tapi fomema tak lepas. Dapat ganti bibik baru...datang pagi balik petang. Rupa2nya dia mengandung...kerja 2 bulan perut dah nampak memboyot. Lepas tu berhenti sebab nak balik bersalin kat indon. Sekarang masih menunggu bibik baru...bila nak sampai tak tau...

Rutin sebegini akan berlangsung untuk beberapa ketika lagi...

 

Adik bersama bibik riyana...dah balik indon, bersalin.

Sekian Luahan Rasa Untuk Kali Ini...hehehe

Saturday, October 08, 2011

My New Car...

My new car...dah buat tempahan...mungkin 10 @ 20 tahun lagi sampai la tu...hehehe



Sunday, October 02, 2011

Happy Birthday Natasya

24 September 2011
Happy 12th Birthday Nur Natasya Amira.
Not just a year older, but a year better




A simple celebration, a gathering of friends; here is wishing you great happiness, a joy that never ends.



May today be filled with sunshine and smiles, laughter and love.




No matter how many birthdays come and go, you'll always be our little girl...
Happy Birthday to our pride and joy.






Wishing you love, sunshine and laughter



Not just for today but all the days after