Pages

Friday, September 14, 2012

Cerita Tentang Cuti

Rabu hingga jumaat minggu lepas kami ke Langkawi...cik abe ada meyuarat kat situ. Dah lama jugak tak kesana..so apalagi kami pun pi la...angkut sekali dgn baby rizqie. Saje2 nak try macamana rasanya berjalan dengan baby kecik....maklum dah lama tak dak baby nih.

Hish suspen jugak...maklum nak naik feri. Masa mula2 naik tu nampak ok je...boleh senyum...sembang dan gelak2 lagi. Bila feri start jalan...dia mula melilau..mungkin takut dengan bunyi enjin feri yg kuat. Feri yg kami naik hari tu pun kecik je...dalam hati berdoa moga2 ombak tak kuat la kali ni. Sepanjang perjalanan dia asyik merengek...pening kot. Jenuh la kami memujuk, nak bagi mainan pun bukannya dia reti main lagi...hish haru biru sungguh. Feri pun rasa macam lambat je jalannya...lebih kurang 5 minit lagi nak sampai ke jeti..dia mula kuatkan volume suaranya...habis satu feri dengar suara gemersik baby rizqie...

Sampai jeti..dalam pukul 7.15 petang...kami terus ke Hotel Bayview yg terletak betul2 kat pekan kuah. Hari pertama tak ada aktiviti sebab sampai langkawi pun hari dah hampir malam. Lepas dinner...terus tidur...cik abe terus dengan agendanya..mesyuarat.

Hari kedua..semeantara menunggu cik abe bermesyuarat...aku,baby rizqie dan kak aneesa dok je kat bilik... Nak jalan2 pun susah jugak sebab bawa baby...pembantu yang kami bawa pun kecik lagi. lagipun hujan renyai-renyai. Jadi aktiviti kami sepanjang hari cuma jengok pemandangan dari tingkap bilik hotel....

 Cantik kan...?
 kak Aneesa dah terlonjak gembira...mama ada kolam renang la... Macam la dia tu bawa swim suit. Untuk menyedapkan hati...dia kata nanti kita beli la baju renang tu...

Aktiviti sepanjang hari...pujuk baby rizqie supaya tak nangis...nasib baik ada kakak aneesa. Puas main dan merengek sikit2,  akhirnya terlena....

 Petang tu  kami sempat ke Idaman Suri dan Kedai Ismail Group je.. perancangannya pun cuma nak beli mangkuk corelle dan coklat. Nak beli banyak2 tak upaya nak usung. Nasib baik hari tu ada wifie kawan cik abe yg ikut sekali...dia pulak suka sangat kat baby rizqie. Aktiviti meronda dan memilih pinggan mangkuk kami hari tu berjalan dengan jayanya sebab ada orang yg tolong dukung  rizqie...TQ cik su.

Hari jumaat...kami bertolak balik dlm pukul 11.30. Feri kali ni agak besar sikit.  Suspen jugak..takut sikecik tu menangis lagi. 

 Masa mula2 naik feri...senyum lagi si Rizqie ni...

 Kakak Aneesa...pujuk adik. Masa perjalanan balik ni kami ubah taktik...tak bagi rizqie minum susu sebelum naik feri...atas feri baru bagi. Motifnya...lepas minum pasti dia akan terlena...dan rancangan kami berjaya. Bila feri start jalan....dia pun start tidur...alhamdulillah.

 Sampai kuala perlis....singgah makan tengahari. apa2 hal si kecik ni perlu didahulukan....minum susu dulu ya, baru mama dan abah boleh makan. hish....

Seronok juga jln2 dgn anak kecik ni...walaupun penat, tapi terhibur dgn keletah dia. Lepas ni boleh la mama dan abah rancang percutian yg seterusnya...hehehe

Saturday, September 01, 2012

Our New Baby

Salam...Dah lama sangat tak update blog. Tak ada masa...sibuk menguruskan si kecik..Alhmadulillah, dah selamat melahirkan baby boy.


 Masa baru lahir...belum dibersihkan lagi masa ni...tapi dah pandai jual suara.

 Lepas dibersihkan...dah comel..berat 3.1kg.

Kelahiran kali ni secara pembedahan...sebabnya doktor kata baby dah stress, jadi tak boleh tunggu lama-lama. ish..kecik2 dah pandai stress ya. Disebabkan itu...kami kena duduk kat wad selama 3 hari..baru boleh balik. First time kena bedah, kalau nak dibandingkan...rasanya lebih baik bersalin normal ...walaupun sakit masa bersalin, lepas tu ok. Ini masa bersalin tak sakit...lepas tu cukup punya siksa..nak bergerak pun susah. Apa2 pun..alhamdulillah segalanya dah selamat.


  Baby Rizqie - usia sebulan. Sedang memikirkan masa depan.....
 

Sekarang...diusia 2 bulan, dah tembam. Dari 3.1 kg masa lahir, sekarang dah 6.5 kg.

Hari ni dah genap 70 hari...lagi 20 hari masa yg tinggal untuk bercuti....ish malasnya nak kerja balik.