Pages

Showing posts with label My Activity. Show all posts
Showing posts with label My Activity. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Datang dan Pergi

Minggu ni pelajar2 program matrikulasi akan mula menduduki peperiksaan akhir mereka...selama 2 minggu. Lepas tu semuanya akan memulakan langkah masing2 meninggalkan kolej...tamat untuk sesi ini. Mei nanti, kami akan menerima anak2 baru yang meneruskan perjuangan di kolej matrikulasi selama 1 tahun....datang dan pergi...silih berganti.

Sesi ni kami buat pembaharuan..meraikan pelajar dengan mengadakan Majlis Tamat Pengajian...ala2 konvokesyen untuk mereka. ..dan seperti biasa aku ditugaskan untuk hiasan pentas...bersama K.yan, K.Ita dan Rafi. Kami gunakan apa yg ada dalam stor je..maklumlah era kemewahan KMK dah lama berlalu. pandai2 lah bawa diri ya.....


Krew Persiapan Pentas...thanks tu Fadz dan Lee Mei yang sudi membantu


 Dalam proses ....


Hasil nya....

Wajah2  Dihari Majlis Tamat Pengajian.

Aku dan Pn. Zuraida...kami pun kena pakai jubah juga pada hari tu....kena duduk atas pentas yg membahang...peluh sampai ke kaki... hehehe

Bersama rakan2 ketua unit...

Bersama Ketua Jabatan kami yg akan bertukar ke KMPP...En Azmal. Tuai padi antara nampak....

Barisan pensyarah dan pelajar KMK...

Antara tokoh pelajar yang menerima anugerah pada hari tu...tahniah.

Acara makan2 selepas tamat majlis...yg ni paling seronok...

Petangnya..kami bergambar ikut unit...sambil2 tu ambik peluang bergambar dengan KJ sekali lagi..

The End...


Saturday, September 17, 2011

Warna - warni Raya @ KMK


 Bersama k.yan, ketua persiapan pentas...tahun ni rasa  kekurangan ahli..tanpa k.ida.  Tahun ni seperti juga tahun2 lepas...kami bertungkus lumus menyiapkan Dewan Mahawangsa untuk Merdeka Raya .. cuma tahun ni...bajet makin tenat. kami guna segala apa yg ada... recycle ...semuanya guna hasil 'kerastangan' sendiri...Alhamdulillah menjadi juga bunga raya kami..hehehe


Bunga Raya hasil 'keras tangan' kami... bergambar bertiga..dah kurang satu ahli..agaknya k.ida dah membina empayar baru di KMP ...Macamana k.ida, ok tak keras tangan kami?
 Gambar ni sedikit kelabu ...,maklumlah, cameraman bidan terjun kami sedikit menggigil masa snap gambar ni...ish..


Antara hidangan kami pada hari tersebut. Kek Lapis hasil tangan kak maya..dan nasi daging, tempahan dari kafe pentadbiran dan kiosk laman santai. Ok la hidangan kami tahun ni...cuma tak semewah sesi2 lepas...


Kenangan bersama Zu dan Tn Haji Raja Sulaiman..Pengarah KMK yang 'terchenta' ... lepas ni mungkin dah tak dapat jumpa sebab tak lama lagi Tn Hj dah nak pencen


Anak2 pelajar KMK...dan pengantin baru Pn Zuraida. Selamat Pengantin Baru Ya...semoga kekal hingga ke anak cucu

Sunday, July 03, 2011

1 Murid 1 Sukan

Sabtu pagi, kami ramai2 pakat gi ke kolej untuk larian 1 Murid 1 Sukan...disamping hari ganti untuk cuti raya puasa tahun ni. ish...hujung minggu yang memenatkan. Larian tu bermula jam 7.45 pagi dan berakhir sekitar 9.30 pagi. Lepas tu, kelas berjalan seperti biasa...masuk kelas dengan baju sukan...berpeluh2....macam2 bau ada.

Acara bermula...dirasmikan oleh Timbalan Pengarah KMK, Puan Norhashimah.


Pelajar2 KMK yang sentiasa bersemangat untuk aktiviti seperti ini... aktiviti belajar belum tentu semangat ke tidak kan? Walau apapun aku tengok pelajar2 tahun ni lebih agresif...awal2 semester lagi dah menunjukkan minat untuk datang jumpa pensyarah... bertanya dan berbincang...Satu perkembangan yang positif. 


Kami...yang tidak terkecuali ... turut serta berlari-lari emak...kadang2 je ... yang selebihnya...berjalan2 je...
Namun apa yang penting...semangat mesti ada. Kononnya boleh bakar lemak2 jahat yang terkumpul...bak kata  nora dan k.yati.


Selepas sesi membakar lemak...diikuti dengan sesi menambah lemak...dan aku tengok  untuk sesi ni semua orang nampaknya begitu bersemangat...Nampaknya azam membakar lemak pada larian tu telah diakhiri dengan jayanya..he..he..he.

Wednesday, May 25, 2011

Sunday, May 22, 2011

New Student...New Chapter...

Sabtu pagi, kami ke kolej untuk menyiapkan dewan bagi menyambut kedatangan pelajar2 baru sesi 2011/2012. Tugas itu boleh dikatakan rutin bagi kami...menghias dewan..cuma yang berbeza, kali ni dengan zero budget. Buat lah macamana pun...asalkan cantik. Syukur, disaat ekonomi kolej yang merudum...kami ada nurseri..begitu banyak membantu... Kami gunakan sepenuhnya pokok2 dari nurseri dan bunga2 plastik yang berkurun tersimpan dalam stor. Tahniah untuk ketua unit keceriaan, k.yati dan k.ida atas cetusan idea untuk membina nurseri di kolej...sekarang ni kita semua dah dapat manfaatnya.


Krew persiapan pentas...thanks tu ex-students yang banyak membantu


Isnin, 23 Mei 2011...kami akan menyambut kedatangan pelajar2 baru...New students...new chapter. Namun begitu..kami pensyarah2 di KMK tetap sama...sentiasa berusaha untuk buat yang terbaik....doakan yang terbaik dan kecemerlangan untuk semua pelajar. Tahniah diucapkan untuk semua pelajar sesi 2010/2011 yang dapat kejayaan yang cemerlang...dan untuk yg kurang berjaya...jgn bersedih...ubah sikap...kejayaan menanti anda di depan.  

Harapan kami untuk pelajar2 baru...bersikaplah sebagaimana sikap yang sepatutnya untuk seorang pelajar...perjalanan kalian masih jauh.

“Success is simple. Do what's right, the right way, at the right time.”

 
“The longer I live, the more I realize the impact of attitude on life. Attitude, to me, is more important than facts. It is more important than the past, the education, the money, than circumstances, than failure, than successes, than what other people think or say or do. It is more important than appearance, giftedness or skill. It will make or break a company... a home. The remarkable thing is we have a choice everyday regarding the attitude we will embrace for that day. We cannot change our past... we cannot change the fact that people will act in a certain way. We cannot change the inevitable. The only thing we can do is play on the one string we have, and that is our attitude. I am convinced that life is 10% what happens to me and 90% of how I react to it. And so it is with you... we are in charge of our Attitudes.”
“Success means having the courage, the determination, and the will to become the person you believe you were meant to be"

Wednesday, May 18, 2011

Hari Guru Dan Majlis Perpisahan

Selamat Hari Guru Untuk Semua Guru...

deklamasi sajak oleh seorang pensyarah KMK, Puan Siti Nor Latifah benar2 menyentuh perasaan...kami bangga jadi cikgu



Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979




Teman-Teman Yang akan Bertukar... kalian tetap dalam kenangan

Bersama Fae dan idris... unit ekonomi sepi tanpa mereka. Semoga ikatan ukhuwah akan terus berpanjangan

Bersama kak ida... kami kehilangan kak long ... rasanya tak lengkap unit keceriaan tanpa kak ida.


Tuesday, May 03, 2011

Bad Day

Aku ambik kesempatan balik kampung di kelantan sempena cuti semester program matrikulasi dan cuti 1 Mei. Kami bertolak balik ke jitra lebih kurang pukul 4.30 petang....agak terlambat sebab kami pergi mandi laut di Villa Daniala Beach Resort,  Tok Bali.  Dipertengahan jalan kereta buat hal...lampu bateri menyala, kami teruskan perjalanan hingga ke Jeli dan disitu kami tukar bateri baru...namun begitu lampu isyarat bateri masih lagi menyala. Menurut kata mekanik tu, bateri tak caj...tapi dia kata kalau nak baiki kebanyakan bengkel dah tutup, sebab hari dah lewat petang. Mengikut kata mekanik tu...kami boleh teruskan perjalanan hingga ke Jitra sebab dia dah tukar beteri baru...sampai jitra baru baiki. Berbekalkan kata-kata tersebut kami meneruskan perjalanan. Masalah bermula lagi bila lampu isyarat brek pula yang menyala... kami stop di hentian sungai lebay berdekatan dengan grik. Kat situ....kereta dah tak boleh nak start...terus mati. Kebetulan kawasan rehat tu agak terpencil kat tengah2 hutan...kedai makan yg ada kat situ pun kebetulan tutup pada hari tu.... dan yang paling membuatkan aku kecut perut....hari pun makin gelap. Kami dah mula mengelabah...takut dengan pelbagai kemungkinan..binatang buas dan juga manusia yang buas...ish. Kebetulan Dzul bahar, kawan sepejabat pun berhenti rehat kat situ...dan aku dengan muka tak malu terus minta tolong dia tunggu kami kat situ sehingga tow truck sampai...terima kasih banyak2.

Lebih kurang pukul sebelas malam, tow truck sampai. Bermulalah pengalaman berharga kami, menempuh perjalanan dari sungai Lebay ke Jitra dengan menaiki tow truck.... perjalanan yang mahal...terpaksa terima berapa saja yang diminta...Sampai jitra lebih kurang pukul 3 pagi...benar2 letih. anak2 dipontengkan sekolah keesokan harinya. Dah nak buat macamana...semuanya keletihan. Tapi sekurang2nya anak2 aku dapat satu pengalaman...boleh lah buat esei untuk UPSR nanti....'Pengalaman Yang Tak Dapat saya Lupakan'...he..he..he


Saturday, April 09, 2011

Ke Korea Lagi


Cuti hujung minggu, aku ke Aneka, beli barang keperluan sekolah anak2. Tetiba ternampak kedai jual DVD... termasuk la pulak kat kedai tu. bila dah termasuk...terbeli la pulak DVD korea 'Playful Kiss'. So..cuti hujung minggu aku dihabiskan dengan tengok cerita tu.... ish tak habis2 dengan drama korea....rasa macam anak2 remaja la pulak.

Cerita korea ni plot dia lebih kurang sama je...hero mestilah cool habis....buat2 jual mahal. Penamatnya...mestilah happy ending....tu lah plotnya...cuma tajuk je berbeza. Kali ni pun cerita lebih kurang sama... Yang berbeza cuma pelakon....pelakonnya cute2 semua. ...

Belum habis tengok... terpaksa beri laluan untuk cik abang  tengok bola... ish ...kacau betullah.

Sunday, March 13, 2011

Jom Ke Korea

Hujung minggu, aku pulun tengok drama korea...dah lama jugak aku pencen dari  tengok drama2 korea ni. Sebabnya kalau dah tengok..tak boleh berhenti....kena tengok sampai habis. ... habis semua kerja terbengkalai. Cerita terbaru yg aku tengok  Mary Stay All Night lakonan Jang Geun Suk dan Moon Geun Young.


Ini dia punya DVD ... beli kat Star Parade Alor Setar


Ini pelakon utama Jang Geun Suk (watak Moo Kyul) dan Moon Geun Young (watak Wi Mae Ri). Kedua2nya comel... 


Drama ni berkisar kepada Wi Mae Ri , seorang gadis 24 tahun yang sudah kehilangan ibunya pada usia 4 tahun. Sejak itu ia harus hidup bersama ayahnya yang selalu saja membuat masalah. Ayahnya mempunyai hutang keliling pinggang sehingga sering dikejar along. Sering kali Wi Mae Ri harus berbohong  untuk melindungi ayahnya dan juga berhenti kuliah kerana tak cukup duit.

Suatu hari Wi Mae Ri memandu kereta kawannya yang mabuk  dan secara tak sengaja telah melanggar seorang pemuda (Moo Kyul), seorang pemain band di sebuah club. Itulah pertemuan pertama Moo Kyul dan Mae Ri. Mae Ri telah dijodohkan oleh ayahnya dengan anak sahabatnya kerana kedua2 sahabat ini pernah sepakat  untuk menjodohkan anak2 mereka. Mae Ri yang tidak mau dipaksa menikah akhirnya cuba lari dari rumah. Dia menemui Moo Kyul yang ketika itu sedang bersama kawan2nya. Mae Ri  menceritakan semua masalahnya pada teman-temannya dan akhirnya mereka mendapat idea agar Mae Ri pura-pura menikah dengan Moo Kyul  supaya ayahnya menghentikan niatnya untuk menjodohkan Mae Ri.
Namun begitu ayah Mae Ri tidak mudah menyerah, dia  mendaftarkan nama Wi Mae Ri dan Byun Jung In (calon pasangan Mae Ri yang dijodohkan oleh Ayahnya) sebagai pasangan yang telah menikah. Akhirnya mereka semua membuat kontrak perjanjian  selama 100 hari. Wi Mae Ri harus membahagi masanya dengan Jung In dan Moo Kyul. Dari pagi sampai petang ia harus bersama Jung In dan dari petang sampai malam bersama Moo kyul dan selepas itu baru pulang ke rumah. Dan setelah 100 hari Mae Ri harus memutuskan  siapa yang dia pilih..

Siapa yang dipilih oleh Mae Ri?  Aku pun tak tau lagi sebab belum habis tengok... Jadi kalau berminat dengan drama ni..pi lah beli DVD tu sendiri ya.

Tuesday, March 08, 2011

Spring @ Alor Setar


Hujung minggu kami jalan2 ke Alor Setar....terpegun tengok bunga2 yang cantik sepanjang jalan.... boleh dikatakan semua berbunga...Cantik sangat2. Suka.


Pokok2 besar dengan bunga yang penuh di sepanjang jalan...aih rasa macam dok kat England pulak


Di sepanjang lebuhraya darul aman...juga penuh dengan pokok ni.


Cantik...dengan bunga2 yg berguguran.

Terkenang masa aku dok kat Loughborough, England dulu. Musim Spring adalah musim yg paling aku suka. Bunga2 cukup cantik dan segar. Aih rindunya nak kesana lagi.


Bersama bunga hydrangea yang besar2...di Cornwall.


Aneesa, anak bongsuku di Queen Park, Loughborough...dekat dgn rumah kami.


Anak2ku masa kecil di Queen Park ....Loughborough


Bunga penuh pokok di Queen Park....bunga di alor setar tu ala-ala macam ni la kot...



Cantik bunga2 ni.... nanti boleh buat landskap macam ni kat kolej...ish boleh hidup ke?