Tuesday, March 20, 2012

Hong Kong Disneyland Part 3

Kat Disneyland ni ada beberapa tempat disediakan seperti Toy Story Land, Adventureland, Fantasyland dan Tomorrowland. Tapi kat setiap tempat tu tak banyak sangat tempat mainnya. paling banyak pun 3 tempat..kalau tak silap.  Kat dalam tu juga ada Main Street USA...ada bangunan macam kat US la...ada tempat jual cenderamata, makanan dll.

Masuk je..bergambar dulu berlatarbelakangkan istana yang cantik ni...


Kawasan Main Street USA

Satu yang paling aku suka..kat sini bunga2nya cantik sangat.

Lepas jalan2 tengok kawasan, kami masuk tengok cerita kartun Mickey 3D.

Kat dalam panggung tu..tengok Mickey.

Keluar dari panggung tu...terserempak dengan Thinkerbell...cantik sangat...so apa lagi kami pakat bergambar dengan dia



Lepas tu..jalan2 ke Adventureland...ada satu je tempat mainnya...naik bot keliling sungai. kat situ ada la adventure sikit2....ada letupan dan api sekeliling bot


Atas bot...adventureland.

Sebelah Adventureland, ada Toy Story Land.


Menuju Toy Story Land


Kat  Toy Story Land...naik la benda alah ni. kat sini kalau tak silap cuma ada 3 permainan je.

Berhenti makan...kami  bawa bekal roti. Nak beli makanan kat sini rasa macam tak yakin je...

Lepas tu kami ke Tommorow Land....

2 comments:

 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang