Hari ke 3 di Hong Kong, hubby ada conference sampai tengah hari je....so langkah hari ni agak panjang. Tapi tak banyak tempat yg dapat kami pergi sebab kami mulakan perjalanan dalam pukul 3 petang...masa agak singkat. Kami naik MTR ke Lantau Island...banyak kali kena tukar train...Kalau naik train tambang nya lebih murah jika dibandingkan dengan teksi. Lagipun naik train ni senang...tak sesat. tanda arah merata2. Tapi kena jalan cepat2...pertukaran dari stesen ke stesen sangat cekap dan cepat...tak perlu tunggu lama2. Kalau terlambat sikit...kena tunggu next train..tapi itu pun tak lama, dalam dua tiga minit je. Semua orang kat sini bergerak laju2...aku je yang masih terkial2 macam siput sedut....maintain... ahaks.
Stesen MTR
Lenguh la jugak kaki naik turun tangga untuk ke satu2 stesen tu...semuanya bawah tanah.
Dalam train...
Kami naik train hingga ke tung chung station untuk ke Citygate Outlet... keluar je dari station MTR terus nampak outlet ni. Citygate outlet ni tempat jual barang2 berjenama...dan sudah semestinya mahal. tapi kalau nak beli memang patut beli sebab harganya lebih murah dari Malaysia. Menurut kata salesgirl kat situ, barang2 kat outlet tu bukan new arrival...kebanyakannya yang dua tiga tahun kebelakang...sebab tu boleh jual murah.
Coach Outlet...dapat satu wristlet kat sini
Bally Outlet ... window shopping
hubby di depan kedai golf...dapat beli glove je kat sini...sebab tu je yang murah pun...barang2 lain tu setakat tengok je la...he..he
Kami tak habiskan banyak masa kat sini kerana boleh dikatakan semua barang2nya berjenama dan mahal...jadi kalau setakat nak window shopping...sekejap pun dah memadai. Kalau nak ke Hong Kong Disneyland, cuma satu hentian je dari Tung Chun Station. Kami tak singgah pun kat Disneyland sebab anak2 tak ikut sama...jadi tak seronok pi disneyland kalau tak bawa budak2.
Destinasi seterusnya..ke Tsim Sha Tsui. Kami naik train ke situ...satu kali tukar train. Kat sini memang tempat shopping yg popular. Terdapat pelbagai jenis outlet di sepanjang jalan kat sini. Sopping mall pun berlambak seperti iSquare, Harbour City (di Canton Road dan 1881 Heritage.
Tsim Sha Tsui....yang sentiasa sesak dengan manusia
Kalau teringin nak makan nasi...kat Tsim sha Tsui ni ada kedai makanan islam...dari pakistan...bangladesh...india muslim...arab...Sekitar Nathan Road. Harganya boleh tahan juga, nasi briyani HK$55 @ lebih kurang RM22 sepinggan. Ada satu bangunan kat jalan tu...namanya Chung Kin Mansion, semua penjual kat situ terdiri dari orang india, bangla dan pakistan...ish rasa macam pi bollywood la pulak.
Di sekitar Nathan road ni juga ada sebuah masjid iaitu masjid kowloon. kalau nak berhenti sembahyang dan berehat boleh la cari masjid ni.
No comments:
Post a Comment