Saturday, November 24, 2012

Tokyo Part 3 - Mt Fuji

Hari Ke tiga...hari ni full day kami blh jalan sebab hubby dah habis conference. Flight balik ke Malaysia jam 11.30 malam. Seperti yang dirancang..kami ikut trip ke Mt Fuji - Hakone...one day trip. Seawal jam 8 pagi kami dah menunggu bas di lobi hotel.



Our tourist guide..


Jalan yg lengang..kebetulan hari tu cuti umum . Apa yang aku tengok jalan2 kat jepun ni tersusun elok...bersih ...cantik je.

Di pertengahan jalan...kami berhenti kat R&R. Beli makanan dan minuman dan ke toilet. Kami punya pemandu pelancong cadangkan supaya buang dulu apa yg patut kat sini sebab toilet kat sini lebih selesa kalau nak dibandingkan dengan toilet kat gunung Fuji tu nanti. sambil2 tu kita bergambar dulu..pemandangan kat sini pun cantik jugak..hehe.

Sebelum sampai ke Mt Fuji kita akan lalu satu pekan di kaki gunung fuji. Kawasan country side ni dikenali sebagai Godemba...kat situ ada factory outlet. Kami cuma lalu je tak singgah pun kat factory outlet tu. kira window shopping dari dalam bas je la...



org jepun pun tanam padi....


rumah kat pekan godemba

Selepas pekan tu kita akan lalu pulak kawasan hutan ...cantik sangat. Daun2 dah bertukar warna...Semakin tinggi pendakian menaiki gunung..semakin rendah pokok2 yg ada disekitarnya. Perjalanan masa mendaki gunung ni agak seriau jugak...jalan berliku-liku dan masa bas membelok kat selekoh tu kadang2 rasa macam nak terjatuh je kat dalam gaung tu...tak ada penghadang pulak tu..hish


Dah sampai ke puncak gunung fuji...dgn bas. Suhu sejuk sehingga 0 darjah.



kemuncak gunung kat belakang tu....


Teringat masa dok kat Loughborough, England dulu.




1 comments:

 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang