Hari kedua...aku dah malas nak masuk conference. Jadi malam tu kami pergi tanya kat customer sevice kat lobi hotel kalau2 ada tour yang aku boleh ikut. Kalau pergi dgn tour agent senang sikit.. nak pergi sendiri sorang2 takut tak jumpa jalan balik pulak nanti..hehe. Minah jepun yg jaga kaunter pada masa tu kurang fasih berbahasa inggeris...dah la dia tak faham apa kami cakap, lepas tu lama la pulak mencari pemplet tour tu. Selepas bertungkus lumus mencari...dia bagi kat aku sekeping pemplet trip ke Mt Fuji.
Pagi esoknya sebelum husband masuk conference, kami pergi daftar nama untuk ke Mt fuji pada keesokan harinya. Kali ni org yg jaga kaunter tu fasih berbahasa inggeris. Jadi kami tanya lagi sekali kalau2 ada tour keliling bandar. Rupa2nya ada disediakan pakej tu...one day tour dan half day tour. Kalau one day tour start jam 9 hingga 5 petang. Half day start pukul 2 hingga 5. Aku berminat yang one day tu sebab dia bawa semua tempat...Tokyo Tower, Skytree dan macam2 lagi. Kalau yg half day tu tak menarik sangat sebab tak pergi ke Tokyo Tower...banyak bawa ke Temple je. Yg masalahnya...kami dah terlepas bas untuk one day tour tu. Bas gerak pukul 9...kami sampai situ dalam 9.15. eeeee geram betul aku kat minah jepun yg jaga kaunter malam tu. kalau dia bagi pemplet tu awal2 malam tu...boleh la aku standby awal2. Sudahnya..hari kedua aku di jepun dihabiskan dengan baca novel kat bilik je sementara menunggu husband habis conference pukul 4.30 petang...dan melawat tokyo tower dari bilik hotel...
habis je conference..kami naik train ke Akihabara.nak beli tiket train ikut harga tambang...bukan ikut nama tempat. jadi bila nak beli tiket tu kena pastikan dulu brp harga tiket untuk ketempat tu...tempat dan harga tiket ada disediakan kat bhg atas mesin ...jadi tekan butang harga...tekan butang bilangan penumpang...tiket pun keluar.
harga tiket kami dari stesen shinagawa ke akihabara adalah 160 yen. kami naik train ke Akihabara dgn menggunakan train Yamanote Line
Apa yg menarik di Akihabara adalah ia terkenal sbg Electric Town. Terkenal sbg major shopping area utk brg2 electronic, computers, games, dan mcm2 items yg berkaitan dgn animasi kartun/manga yg selalu kita tgk dlm tv.Akihabara atau lebih dikenali sebagai ‘Akiba’ dikalangan penduduk tempatan. Perbandingan tempat ni dengan di Malaysia adalah ibarat Low Yat kat KL..Namun disini ianya lebih besar sebab the whole area/town dipenuhi kedai kedai elektronik
Ada beberapa gedung yang patut dilawati pengemar2 gajet,antaranya seperti gedung Sofmap,Ishimaru,Laox,Yodobashi Camera dan Yodobashi Akiba. Window shopping je...barang2 semua mahal. kalau nak beli PSP ke...PS VITA ke...kat sini murah. games pun byk...tapi dalam bahasa jepun..kalau faham bolehla beli...
harganya boleh tahan...bahagikan dengan 25 ya...
apa yg aku perasan, anak2 dara di Tokyo ini sungguh ranggi dlm fashion. Ada yg pakai baju ala2 cinderella, Lacus (heroin dlm kartun Gundam), Sailor Moon..dan mcm2 lagi..siap pakai wig dgn color ikut fashion watak cartoon yg mereka gemar. anak2 dara jepun ni memang cantik2. aku saja je ambik gambar 2 org anak dara jepun ni...comel sangat. macam watak cartoon jepun yg kita selalu tengok kat tv tu. kebanyakannya nampak macam budak2 sekolah, pakai skirt pendek...rambut tocang comel2...jerit2 kat tepi jalan bagi pemplet kat org lalu lalang. aku ambik jugak la pemplet tu...tapi tak faham apa...nampak macam promosi kedai je. Gadis2 ni dikenali sebagai maid cafe di akihabara.
gambar ni ehsan dari google..aku nak snap gambar anak2 dara tu dekat2 takut dia orang termarah pulak...jadi ambik je dari google.
kedai ni aku cukup berkenan...jual bunga2 hidup...cantik2 wei
dah penat berjalan...kami cari kedai jual makanan..tengok kalau2 ada yg boleh dimakan. Sekali lagi jumpa makanan mentah...adusss
Wahhh untung lah dpt ke tokyo. Jeles i...
ReplyDelete