Friday, May 20, 2011

Hong Kong..Day 4

Hari ke 4..hari terakhir kami di Hong Kong. Hari ni kami boleh start jalan dari pagi sampai jam 4...lepas tu dah kena bertolak ke airport...flight jam 7. Hari ni cuaca kurang baik, hujan dari pagi. Cadangnya kami cuma nak sightseeing  je..nak naik Big Bus Tours... pusing2 sekitar Hong kong. Memandangkan hari hujan, kami tak jadi naik Big Bus. Kami Jalan kaki ke Tung Choi Street...jarak dalam 0.5km dari hotel. Kat Tung Choi Street ni ada Ladies Market, ala2 petaling street kat malaysia. kat sini ada jual macam2 barang...kalau nak perabih semua kedai kat situ, 3 jam pun tak cukup. Ladies market ni start operasi lebih kurang pukul 1 tengah hari sampai tengah malam. Sementara menunggu Ladies Market buka, kami jalan2 dulu disekitar kawasan tersebut. Kat situ ada kawasan yg jual barang2 sukan, alat elektrik, handphone, kamera. Harganya pun rasanya lebih murah dari Malaysia.

Tung Choi Street

Kedai2 jual barangan sukan...berderet di sepanjang jalan. Kat jalan tu semua kedai jual barangan sukan. Ada Adidas, Nike dll. Kalau sesiapa ke Hong Kong...jemputlah singgah ke Rose Sport Pro Shop   ya...he..he..he..Boleh bagi murah2.


Kat kedai handphone...dah 'ter' berkenan kat phone samsung...beli la.  Harga handphone kat sini rasanya lebih murah dari Malaysia. Lagipun handphone lama aku tu dah agak uzur...jadi kena tukar baru la. (rasanya alasan tu boleh diterima kan...?)

Tinjau2 Lens Camera .... tapi tak beli pun...

My hubby...berehat seketika sambil check email...reply email... boleh dapat anugerah pekerja cemerlang nih. Very comited dengan kerja...anytime...anywhere...


Ladies Market...banyak benda boleh beli kat sini...harganya boleh tawar kaw..kaw..Kalau nak tawar...turun sampai 50%...kalau dia tak bagi...jalan je, mesti dia akan panggil lepas tu. Kat Ladies Market ni ada penjual yg boleh cakap melayu sepatah dua...dan aku ada jumpa sorang peniaga dari malaysia...katanya dia ipoh mali.

T-shirt Hong Kong...
Kalau nak beli cenderamata macam fridge magnet, keychain dll, kat sini tempat yg sesuai. tawar kaw..kaw...tau.


4 petang bertolak ke airport untuk penerbangan balik jam 7 malam...hong kong ke penang.

Hong Kong Airport...sempat beli coklat je.

0 comments:

Post a Comment

 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang