Pages

Wednesday, November 16, 2011

Lambaian Ho Chi Minh

Sempena cuti Deepavali pada 26 oktober hari tu, aku mengambil kesempatan untuk bercuti ke Vietnam. Walaupun kolej cuma cuti sehari je...aku gagahkan diri ambik baki cuti tahunan yg cuma tinggal sehari je lagi tu. Jadi kalau apa2 berlaku lepas ni...tak pasti aku nak guna cuti apa lagi..hehehe. Kami bertolak ke Vietnam pada 26 okt dan balik pada 29 okt...4 hari tu...

Kami ambik flight MAS dari Alor Setar ke KL pada jam 9.20 pagi...sampai KL jam 10.20. Ronda2 kat KLIA sekejap...dan selepas tu kami ke LCCT dengan menaiki shuttle bus...Seronok juga sebab dah lama sangat tak naik bas...lagi seronok sebab kami naik tu free je. Bukan sebab tak perlu bayar...kami je yg tak tau tambang kena bayar pakai mesin kat tepi driver...jadi selamba je la kami naik tanpa buat apa2 pembayaran...ahaks.

Kami nak flight AirAsia jam 2.50 petang...sampai HoChiMinh jam  3. 50 petang. Perjalanan mengambil masa 1 jam 50 minit dan waktu HoChiMinh lewat sejam dari Malaysia. Setelah semua urusan luggage selesai kami terus keluar ke lobi lapangan terbang untuk mendapatkan teksi   ke Hotel yang telah ditempah..

Airport Vietnam
Sepanjang perjalanan itu kelihatan ribuan motosikal memenuhi jalan raya dan bergerak dengan kelajauan yang seragam tapi terlalu rapat.... memang membuatkan aku kecut perut takut berlaku perkara yang tak diingini.... jauh sekali keadaan nya dengan Malaysia... Inilah antara keunikan Bandaraya HCM ini...yang dikenali sebagai Motor City, lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali mengunjungi HCM yang menjadi kebanggaan rakyat Vietnam....


Akhirnya kami sampai ke Hotel yg dituju...... Hotel Ngan Ha... Urusan check-in dilaksanakan dengan lancar dan masing-masing bergegas ke bilik untuk mandi . Selepas tu kami bergerak keluar untuk melihat-lihat panorama Bandaraya HCM waktu malam. Dalam menyusur pedestrian yang dimandi limpahan cahaya neon dapat dilihat berbagai aktiviti penduduk HCM waktu malam... satu yang nyata orang-orang vietnam ni kurus-kurus dan fit.... serta aktif...Aku yg pertama kali ke HCM ni memang rasa agak terkejut dan terkedu...terutama waktu melintas jalan...adusss cukup seriau rasanya...terpaksa berlari-lari anak...motor datang dari semua arah.. Dalam perjalanan terjumpa orang jual bunga...cantik dan murah..  ada pula  yg berminat untuk beli...
cantik kan?

Kami masuk ke beberapa butik yang terdapat ke sekitar hotel...belum teringin nak membeli...mood belum datang. .. tinjau2 harga je dulu. Lepas tu kami pergi makan kat restoran halal yang ada kat kws tu...masuk2 je penuh orang malaysia kat situ. Pelayan restoran pun cakap melayu...ish ini menunjukkan betapa ramainya orang malaysia yg melawat bumi HCM sehinggakan dia orang dah fasih cakap melayu dan dapat masak masakan melayu...
Hidangan makan malam aku hari tu...nasi goreng kampung. Sekali tengok macam nasi goreng kicap je...pedas yang teramat. Harga nasi goreng kicap tu dan teh ais USD5...mahal jugak kan?

Nasi goreng kampung...merangkap nasi goreng kicap hehehe
Lepas makan kami terus kan rondaan ke Pasar Malam Ben Thanh.... rambang mata dibuatnya bermacam-macam barangan dijual.... terutamnya barang textile, kulit dan cenderahati... lama juga berpusing-pusing sepanjang pasar malam yang panjang itu..... Hotel kami betul2 kat depan pasar malam Ben Thanh dan pasar Ben Thanh.

Pukul 12.00 mlm baru kami semua pulang ke Hotel penginapan dan selepas mandi terus masuk tidur dan perlu bangun awal untuk agenda perabih duit  di pasar Ben Thanh keesokan harinya...

1 comment:

  1. saya ke sana Januari lepas..ada menulis di blog ttg ini

    http://happyirfa.blogspot.com/2012/01/day-trip-to-saigonvietnam-part-i.html

    seronok sgt w,pun agak terkejar sbb kami pegi pagi dan balik petang..mmg ke sana utk beli barang je

    mmg betul tu..semuanya slim je takde yg gemuk mcm saya..haha

    ReplyDelete