Alhamdulillah cita-cita nak ke jepun tercapai juga akhirnya walaupun impian nak tengok cherry blossom tidak kesampaian. Cherry blossom ada masa spring..kami pulak pergi dah dekat2 nak winter. Husband ada conference di sana..dan macam biasa aku akan menyibuk nak pergi sama.
Flight Air Asia bertolak dari Penang jam 11 pagi pd 31 oktober 2012..kami kena transfer di LCCT dan naik flight Air Asia X pukul 2.45 petang ke Haneda. Pukul 3 baru flight jalan. Penerbangan mengambil masa 6 jam 20 minit dan kami selamat sampai ke Haneda pukul 10.30 malam waktu Jepun yang lebih cepat 1 jam dari waktu malaysia. Sampai2 je terus berlari-lari ambik tiket bas ke Hotel. Bas terakhir pukul 11 malam. Kalau tak sempat naik bas tu...terpaksa naik teksi yang bayarannya berlipat kali ganda mahalnya.
First time pergi jepun...terkejut juga melihat cara dia orang layan tetamu....bagus sangat. Arigato Gozaimas ...tak lekang dari mulut mereka. Sampai hotel terus check in...Grand Prince Hotel Takanawa. Husband berconference kat sini. Hotel ni berdekatan dengan Train Station Shinagawa....jadi kalau nak kemana-mana senang.
First day di tokyo..aku ikut husband masuk conference..konon-konon nak menambah ilmu di dada., husband dah mintak kebenaran untuk aku ikut sekali...so nama dah ada dalam senarai peserta conference...weh canggih tu...pensyarah matrikulasi masuk conference bersama dekan2 dari IPTA dan IPTS.
Pukul 2 petang...kami dibawa ke kilang sony yang terletak berdekatan dengan hotel..pergi jalan kaki je. Katanya dalam 10 minit jalan kaki...rupa2nya jauh la jugak. ..dalam cuaca sejuk2 tu pun boleh berpeluh. Kat sini kami dibawa melawat ke showroom sony...tapi tak boleh bergambar..sebabnya depa cakap kat situ ada produk2 baru yg belum dipasarkan, jadi tak boleh didedahkan lagi kepada umum...hish biarlah rahsia.
Habis kat situ...dalam pukul 4.30 petang kami dibawa untuk dinner kat restoran jepun. .. makanan ala2 jepun. Aku dah agak mesti tak boleh telan punya. dia orang hidangkan ikan mentah...sayur2...dan beberapa benda lagi yg memang no entry bagi aku..hish seksa hidup. Habis dinner dalam pukul 5.30. Keluar je restoran tu tengok hari dah gelap, memang dah tak boleh kemana2. Kami tinjau2 sekejap shopping compleks yg ada sekitar kawasan tu. Lepas tu cari 7 eleven...beli nasi kepal jepun dan ikan salmon goreng...yg ni baru blh telan.

Pembentangan dari Universiti Thailand pasal case study...yg ni menarik juga, blh tambah pengetahuan. Pembentangan2 lain selepas tu dah tak menarik dah..., jadi berlakulah aktiviti menguap ... eee bilalah nak habis nih.
Bersama Presiden ABEST21...Prof. Itoh. Dia ni lah yg anjurkan conference tu.
Pembentangan untuk sesi pagi tamat dalam pukul 1.30 petang....perut dah berkeriut lapar. Nasib baik disediakan lunch...buka2 tengok...laaa lunch dgn sandwich je ke? tak lapar ke org2 jepun ni.
Pukul 2 petang...kami dibawa ke kilang sony yang terletak berdekatan dengan hotel..pergi jalan kaki je. Katanya dalam 10 minit jalan kaki...rupa2nya jauh la jugak. ..dalam cuaca sejuk2 tu pun boleh berpeluh. Kat sini kami dibawa melawat ke showroom sony...tapi tak boleh bergambar..sebabnya depa cakap kat situ ada produk2 baru yg belum dipasarkan, jadi tak boleh didedahkan lagi kepada umum...hish biarlah rahsia.
Habis kat situ...dalam pukul 4.30 petang kami dibawa untuk dinner kat restoran jepun. .. makanan ala2 jepun. Aku dah agak mesti tak boleh telan punya. dia orang hidangkan ikan mentah...sayur2...dan beberapa benda lagi yg memang no entry bagi aku..hish seksa hidup. Habis dinner dalam pukul 5.30. Keluar je restoran tu tengok hari dah gelap, memang dah tak boleh kemana2. Kami tinjau2 sekejap shopping compleks yg ada sekitar kawasan tu. Lepas tu cari 7 eleven...beli nasi kepal jepun dan ikan salmon goreng...yg ni baru blh telan.
No comments:
Post a Comment