Pages

Monday, November 22, 2010

Visit Kelantan

N3 kali ni aku nak berkongsi sedikit tentang negeri tanah tumpah darah ku .... kelate. Aku tertanya2 juga,  pasal apa orang kata 'tanah tumpah darahku'.... Masa dilahirkan tu ibu kita yg tumpah darah...kita tak ada apa2 pun kan? patutnya tanah tumpah darah ibuku la kan... he..he..

Ni tempat tunggu bas... kota bharu come sokmo.... maksudnya kota bharu sentiasa cantik

Setiap kali balik kampung, mesti aku tak lepaskan peluang ke Kota Bharu. Antara tempat yang aku suka pergi adalah Pasar Besar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu dan sekali sekala 'melawat kedai emas'... baca  betul2 ayat tu ya .... 'melawat'  .

Orang kata cara bijak untuk meneliti kehidupan di sebuah bandar di Malaysia ialah dengan melawat pasar tempatannya yang menjadi nadi kehidupan setiap bandar. Pasar Siti Khadijah dinamakan sempena isteri pertama Nabi Muhammad yang merupakan seorang ahli perniagaan. Nama yang sesuai untuk sebuah pasar yang mana penjaja di dalamnya kebanyakannya terdiri dari kaum wanita. Kalau nak tau wanita2 Kelantan ni memang rajin...
Terdapat sesuatu untuk semua orang yang berkunjung ke pasar ini dari hasil tanaman segar hingga kraftangan dan kuih-muih tradisional. Ianya juga menggambarkan budaya dan cara hidup di Kelantan yang penuh dengan warna, bau dan bunyi yang unik milik penduduk di situ.  Jadi sesiapa yg melawat kelantan, jgn lupa abadikan kenangan di sini...kalau nak ambik gambar dgn peniaga2 yg cantik jelita tu pun boleh...pastikan minta kebenaran dulu ya.


Pandangan dari atas... tingkat bawah adalah tempat jualan barangan basah ,sayuran dan beras.

Kat tingkat bawah ni kebanyakan peniaga  terdiri dari wanita...kebanyakannya dah berumur ya...

 Tingkat 2 ... tempat jualan kain batik, kain ela, baju2 dan macam2 lagilah. Kat tingkat 1, jualan pelbagai jenis makanan, keropok dan macam2 lagilah.Gambar tak ada ya...

Dataran Kota Bharu... kalau nak ke pasar Siti Khadijah dan Bazar buluh Kubu, boleh letak kereta kat sini...jalan kaki pun dah tak jauh. Tapi kalau pergi masa cuti perayaan atau cuti umum.... kota bharu menjadi teramat la sesaknya. nak letak kereta pun susah.


Ini Bazar Buluh Kubu... kedudukannya kat sebelah pasar siti khadijah. aku suka beli kain batik kat sini, memang cantik2, tapi harganya lebih mahal berbanding kat pasar siti khadijah. Tapi bagi aku, kain batik kat bazar ni lebih kualiti dan designnya pun ekslusif... sebab tu mahal sikit. Alah membeli menang memakai kan...

Pemandangan dalam Bazar buluh Kubu... kalau nak pilih kain pun rasa lebih selesa sebab kawasan luas berbanding Pasar Siti Khadijah yang sesak dan sempit.... lebih2 lagi kalau orang ramai... sesak nafas dibuatnya.
Ini pulak gambar kedai emas yg aku suka melawat..... Wan Hussin Wan Mohamad.  Kedai Wan Hussin berlambak kat Kota Bharu....byk cawangan kat seluruh kelantan...dah kaya pun dia.

Satu lagi tempat yg patut dilawati adalah Pekan Rantau Panjang. Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Thailand. Ia terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati.

The Zon - kedai bebas cukai
Pasar Rantau Panjang ... macam2 ada. 

Pasar Rantau Panjang ... emas sadur byk kat sini

 Satu tempat lagi yg patut dilawati.... pasar Wakaf Che Yeh... macam2 ada dan murah2.  Tempat ni berbeza dgn Wakaf Cik Yan ya.... wakaf cik yan cuma ada kat KMK je.... ahaks. Jgn marah ya Ummi.

Sunday, November 21, 2010

Ibadah Qurban Di Aidil Adha

Aidil Adha 17 Nov 2010

Salah satu ibadat yang sangat dianjurkan kita melaksanakannya di Hari Raya Adha ini ialah berkorban sebab itu Aidil-Adha lebih tepat kita sebut Hari Raya Korban. Iaitu menyembelih haiwan seperti kambing, lembu, kerbau atau unta, seekor kambing untuk seorang, seekor lembu atau kerbau atau unta untuk tujuh orang. Penyembelihan Korban dilakukan setelah selesai solat Aidil-Adha dan masih dapat dilakukan pada hari-hari Tasyrik iaitu 11,12, 13 Zulhijjah.

Hadith dari Aisyah Radiallahu-Anha yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Termizi dan Al-Imam Al-Hakim, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:

Tidak melakukan seorang anak Adam sesuatu amalan pada hari raya Adha yang lebih disukai oleh Allah Taala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darahnya jatuh di sisi Allah pada satu tempat kemuliaan lebih dahulu dari jatuh kebumi. Maka berkiralah diri kamu dengan korban.

Lembu...yg bakal di qurbankan


Adik dan sepupunya Najwa....menunggu untuk melihat ibadah qurban dilaksanakan.

Aku dan adik .... si bongsu yang banyak bertanya.

Kata adik... ' Mama cakap la kat pakcik tu ...jgn sembelih lembu tu.. kesian kat dia. ...Aku kata kat dia, memang la kena sembelih dulu, baru boleh makan. Adik kata, 'kalau macam tu kita tak payahlah makan lembu....kita makan la benda lain. ...kita makan sayur je lah. Aku kata kat dia...sayur pun hidup jugak... bila kita potong dia, dia pun mati. adik tak kesian ke? dia termenung panjang.....
Aku ceritakan pada dia kebaikan dan pahala qurban, ... dia melopong... aku pasti dia tak paham.


Hubby ... urusan jual beli sebelum sembelihan di lakukan




aktiviti melapah

Sepakat ... membawa berkat. Team work.


anak dan ayah.... tekun memotong daging..

Korban disyariatkan dalam Islam pada tahun kedua hijrah. Ianya mempunyai tujuan tertentu bagi mengingati pengorbanan teragong Nabi Ibrahim Alaihissalam terhadap satu-satu puteranya Nabi Ismail Alaihissalam, baginda bermimpi, bahawa Allah Subhanahu Wataala memerintahkannya untuk menyembelih puteranya Ismail, yang pada waktu itu sudah berusia 13 tahun dan telah dapat membantu dalam pekerjaan dan perjuangan.

Sebagai manusia biasa, alangkah beratnya bagi Nabi Ibrahim Alaihissalam untuk mengorbankan jiwa belahan hatinya sendiri, lebih-lebih lagi, setelah berusia lebih daripada 60 tahun, barulah baginda mendapat seorang anak laki-laki, hasil perkahwinan dengan Siti Hajar.

Nabi Ibrahim menyampaikan kepada puteranya, Ismail mengenai mimpinya itu, seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran:-

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ash-Shaaffat, ayat 102:-

Tafsirnya:
Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku, bahawa aku (diperintahkan) untuk menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu.

Sebagai seorang putera yang menumpukan ketaatan kepada Allah Taala, maka Nabi Ismail memberikan jawapan yang tidak bergoncang.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ash-Shaaffat, ayat 102:-

Tafsirnya:
Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepada Mu, insya-Allah, ayah akan mendapati (menyaksikan sendiri) daku dari orang-orang yang sabar.

Dalam suasana yang mengharukan yang diliputi oleh semangat iman, Nabi Ismail meminta supaya ayahnya melaksanakan perintah Ilahi iaitu menyembelih lehernya. Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu, diletakkan di atas pangkuannya, kemudian pisau yang tajam itu mulailah menyembelih di atas leher anak yang tabah itu.

Pada saat yang mengharukan itu Allah Taala menunjukkan kekuasaannya, melakukan apa yang dikehendakinya. Putera yang disembelih pada waktu itu bukanlah Nabi Ismail, tetapi seekor kibasy (kambing biri-biri) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Dengan demikian, Nabi Ismail Alaihissalam terlepas dari ragutan maut.

Sejak waktu itulah Nabi Ibrahim melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan secara tertib dan teratur. Kemudian Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam meneruskan ibadat korban menjadi satu amalan Islam yang kita laksanakan setiap hari raya Adha atau hari-hari Tasyrik dalam Al-Quran Al-Karim Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam surah Al-Kautsar, ayat 1 - 2:-

Tasfirnya:
Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu sembahyanglah kerana Tuhan-Mu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur).

Thursday, November 18, 2010

On The Way Back - Klate

Aidil Adha datang lagi..seperti kebiasaan bagi setiap tahun, kami sekeluarga akan balik kampung di kelantan untuk merayakannya bersama keluarga. Selasa, 16 Nov 2010 jam 3 petang kami berangkat balik. Dalam 10 minit perjalanan, aku lihat langit mula mendung...awan hitam pekat...gerun aku tengok. Risau juga aku kalau2 hujan turun mengiringi perjalanan kami.


Sangkaan aku tepat, semasa kami sampai ke pekan Jeniang, hujan turun dengan lebat...aku dah kecut perut..maklumlah, kedah baru je lepas di landa banjir, manalah tau air naik mendadak. Lagipun ada berita yg menyatakan akan ada gelombang kedua, hujan dan ribut dijangka melanda kedah bermula 15 Nov. 


Di sesetengah tempat yg agak rendah...air mula melimpah ke jalan, apalagi meredah air la kami. Anak2 bukan main seronok bila setiap kali air memercik tinggi bila dirempuh oleh kereta....yeyyyy masing2 bersorak....ish tak tau ke aku dan suami dah mula risau.




Hujan mula reda bila kami dah mula memasuki Jalanraya Timur-Barat. Aku mula menjalankan tugas secara tak rasmi sebagai jurufoto...habis segala gambar pokok, jalan...aku snap. Anak2 tanya...mama pasal apa gambar jalan pun nak ambik? Aku kata, sebab mama ni kan org seni...gambar jalan pun boleh jadi seni yg indah...ahak...Sebenarnya aku bosan...jadi snap lah apa2 pemandangan yg ada...kalau tak ada aktiviti mesti aku akan terlena.... Di traffic light, tiba2 hubby kata ' ee cantiknya.... traffic light'....aku tau dia sindir aku la tu...maklum aku ni kan org seni...hish. Tak pa... nanti bila aku dah pro snap gambar....gambar traffic light pun boleh jadi cantik tau....


Ini gambar restoran mamak yg selalu kami singgah dalam perjalanan balik.... rasa2nya dapat tak capati @ nan tandoori free lepas ni, maklumlah kan...aku dah tolong buat promosi nih...he...he



Kereta byk juga pada hari tu... nasib baik juga, hubby tak boleh pecut sangat. Tapi bila time macam ni, dia sibuk la pulak nak memotong....kecut perut aku.



Pemandangan biasa di jalan raya..musim perayaan, accident. inilah akibatnya bila masing2 nak cepat...tak sabar.


Aktiviti biasa anak2ku sepanjang perjalanan....tidur...zzzzz


Adik bersama bibik ratna.

Afiq....di lamun mimpi

Tasik Banding...di perak. Ada resort kat sini. Kalau berminat...kita akan dibawa melawat menyusuri tasik dan melawat kampung orang asli.


Di sepanjang Jalanraya Timur Barat ni ada beberapa kawasan laluan gajah liar...kalau 'bernasib baik' kita akan dapat lihat gajah2 tu kat tepi jalan., selalunya waktu senja dan malam.  Aku dah ada beberapa pengalaman terserempak dengan gajah...salah satunya memang pengalaman yang tak dapat aku lupakan.Kali pertama terserempak memang kami tak tau nak buat apa....waktu malam pulak tu. Dari jauh kami dah nampak seekor gajah ni kat tepi jalan...merenung ke arah kereta kami. Gelabah juga...tapi kami terus pandu  menuju ke arah gajah tersebut, dgn harapan tak jadi apa2. Sampai saja kereta kami kat tepi gajah tu...dia terus angkat belalainya dan dihayunkan ke arah kereta kami, tapi kami amat bernasib sebab tak kena...cuma beberapa cm saja lagi. Aku tak dapat nak  bayangkan kalaulah libasannya tepat... Sejak itu, aku memang fobia bila lalu kat kawasan gajah melintas...Ada yg kata jika nampak gajah jangan nyalakan lampu dan bunyikan hon ... kalau tidak dia akan serang. Seboleh2nya...aku tak suka jalan di kawasan tersebut waktu malam.


Kami sampai ke kelantan , hari dah gelap... jadi tak byk gambar yg dapat di snap.... .


Ini kawasan beli belah Bukit Bunga, Tanah Merah...byk barang murah kat sini. Kalau musim cuti raya atau cuti sekolah, ramai yg suka singgah kat sini....beli cenderamata ...boleh jadi sesak jalan sampai beberapa kilometer.


Gambar dah kelam sebab hari dah malam. Kalau siang hari mesti kita dapat tengok kedai berderet...kereta bersesak. Memandangkan hari dah gelap gelita...gambar pun dah tak banyak yg dapat di snap....so camera off...zzzzzzzz

Tuesday, November 16, 2010

Kelebihan Berqurban



Fadhilat dan Kelebihan Berqurban

1. Keampunan.-
Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.
‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)

2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.

Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala.

‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)

4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.
“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.” (al-Hajj : 36-37)

Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.(HR Ahmad dan Ibnu Majah)

Friday, November 12, 2010

Saat-saat itu

Saat rasa jatuh.

Saat rasa berat.

Saat rasa luluh.

Saat rasa lemah.

Saat rasa tidak berdaya.

Saat rasa menyerah kalah.

Saat rasa kecil.

Saat rasa tidak tenang.

Dekatkanlah diri dengan Penciptamu, kerana di situ ketenanganmu.

Thursday, November 11, 2010

RESULT UPSR...

Hari ni keputusan UPSR diumumkan...tahniah untuk yang berjaya dapat 5A.

Anak aku Afiq... muka suspen...masa tunggu nama di panggil. Tahu pun takut.

Menerima keputusan UPSR dari guru kelas..... muka terkejut...surprise betul. Macam tak caya je kan...Cikgu pun terkejut.

Akhirnya...tahniah dapat 5A. Aku pun macam tak percaya sebab Afiq ni punyalah malas baca buku...homework pun selalu tak siap. Hari2 kena denda kat cikgu. Alhamdulillah..

Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin Jitra...tetap mengekalkan keunggulannya. antara sekolah terbaik di Kedah.

Maksud Tarikh Lahir Anda

Bulan Kelahiran dan Bunga
  • Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

  • Contoh:
  • 12 April 1974
  • 12 + 4 + 1974 = 1990
  • 1 + 9 + 9 + 0 = 19
  • 1 + 9 = 10
  • 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

1. Ketulenan

  • Hadir dengan idea baru.
  • Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
  • Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
  • Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
  • Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

2. Pendamai

  • Dilahirkan sebagai diplomat.
  • Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
  • Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
  • Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
  • Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria

  • Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
  • Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
  • Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
  • Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
  • Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konsevatif

  • Golongan ini sangat peka dan tradisional.
  • Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
  • Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
  • Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
  • Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis

  • Mereka adalah perintis.
  • Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
  • Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
  • Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik

  • Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
  • Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
  • Mereka suka seni musik.
  • Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
  • Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual

  • Golongan ini adalah Pencari.
  • Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
  • Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
  • Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
  • Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
  • Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
  • Mereka sangat suka berahsia.
  • Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian

  • Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
  • Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
  • Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
  • Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
  • Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon

  • Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
  • Mereka sangat penyayang dan pemurah.
  • Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
  • Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
  • Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
  • Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

cuba lah test sendiri...macam betul je kan?

sumber :http://doktorcintaz.wordpress.com/2008/01/07/maksud-tarikh-lahir-anda/

Monday, November 08, 2010

Cuti...Day 2

Cuti.. day 2, sebagaimana di janjikan kami bawa anak2 ke Aquaria di KLCC. ...tengok ikan. Tiket masuknya RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak2 12 tahun ke bawah. Campur semua habis la lebih kurang RM200...ish..ish..mahal kan, tengok ikan je tu. Lagipun ikannya pun tak lah banyak sangat macam kat underwater world di Langkawi. Walau macamana pun anak2 memang happy pada hari tu.

Jerung...

Aku bersama anak2 dara yang semakin membesar.

Aku dan satu2nya hero...afiq

Bergambar bersama Turtle....tengok tu dia pun siap bergaya juga...siap angkat2 kaki lagi.

Afiq cuba pegang belangkas....bila besar nanti jangan jadi belangkas ya....

Bersama ikan Yu...

Sesi bagi makan ikan...

Kami kat Aquaria sampai pukul 1 tengah hari. Lepas tu ke Hospital Kuala Lumpur melawat abang ipar yang dimasukkan ke wad...unit nefrologi. Dalam pukul 5 petang ahad kami bertolak balik ke Jitra...tak boleh cuti lama2 sebab hubby ada meeting hari isnin. Walau pun sekejap je cutinya...semua misi dapat disempurnakan dengan jayanya.

Cuti..Day 1

Cuti Kolej disambung sampai ke hari selasa sebab banjir. Seronok bila dengar cuti ditambah...tapi yang tak seronoknya, kena ganti. Ish ni yg malasnya....ganti pulak mesti pada hari jumaat. punyalah la tak sesuai kan..? Walau apapun..cuti mesti dimanfaatkan, betul tak? Aku apalagi...pujuk la cik abang tu untuk sambung misi kami yang tergendala sebab banjir hari tu.....bercuti ke KL, kononnya nak menghadiri majllis kahwin sepupu dan juga kesian kat anak2 sebab dah janji nak bawa mereka bercuti. Hidden agendanya...Ariani sale weh...ni lah misi yang paling utamanya....ahak. Kat Alor Setar pun boleh beli, tapi bila dah banjir nak pergi macamana...sale tu pulak 3 hari je (jumaat sampai ahad untuk yang ada member card). Jadi berbekalkan misi-misi tersebut, maka bertolaklah kami ke KL pada sabtu pagi....jalan masih lagi dinaiki air, kami redah air kat kepala batas...tapi sikit je kawasan yg tenggelam.

Kami sampai kat rumah kakak di Pandan Jaya pukul 1 petang. Rehat sekejap...pukul 4 petang aku dan hubby ke Jalan TAR... menyelesaikan misi utama aku...Ariani. Anak2 tinggal kat rumah kakak...sabar ye, misi budak2 hari ke 2...walau apapun kena selesaikan misi mama dulu ye. ..he..he . Ariani bagi less 40% - 50% untuk pemegang member card. ... rasa macam murah betul...tapi bila time nak bayar terkejut la pulak....kopak jugak la beratus-ratus. Nak buat macamana sebab dah 'terambik' banyak helai....jadi kenalah buat2 terkejut bila dengar harganya....cover line la depan hubby..ahak.

Malamnya kami ke Majlis Perkahwinan Sepupu di Holiday Villa. Ni la gambar2nya. Tapi gambar tak berapa jadi...gelap je. Maklumlah aku ni bukannya reti nak guna kamera tu...hubby pulak tak jadi ikut sekali...letih katanya.

Pengantin Baru.... Juili Dan Suami

Kumpulan penari cilik pada malam tu

Anak2 saudara, Juana dan Effa

Aku...

Friday, November 05, 2010

Banjir Di Jitra

Pekan Jitra...ditenggelami air.

Memang peristiwa yang tak dapat dilupakan betullah banjir kali ni. Macam2 peristiwa berlaku...habis semua perancangan tak jadi. Aku berbengkel di Seremban selama seminggu...cadangnya selepas itu hubby dan anak2 akan jemput aku dan kami akan sama2 bercuti di KL...sambil2 menghadiri kenduri kahwin saudara di Subang Jaya. Pagi 4 November hubby telefon...dia dalam perjalanan tapi belum tentu boleh lepas ke tidak sebab jalan utama dah ditutup kerana air naik. Jadi dia gunakan jalan alternatif. Dalam pukul 8 pagi hubby telefon.... tak boleh terus dah ni, air makin naik takut tak lepas, so demi keselamatan...terpaksa lah berpatah balik. Dia suruh aku ke KL dulu...nanti bila jalan dah ok dia akan datang lepas tu. Pikir punya pikir aku buat keputusan untuk balik ke Jitra, tumpang kereta kawan. tak sanggup rasanya aku mengusung beg berat tu naik komuter untuk ke KL. Lagipun aku agak mesti petang nanti air dah surut sebab hujan dah berhenti, jadi boleh la aku balik kerumah. Nasib baik hubby beritahu awal tak boleh datang, kalau tak terkontang-kanting la aku sorang2 kat hotel tu, orang lain semua dah balik.
Pukul 8.30 pagi, aku, Idris, Rahman dan Normi bertolak dari Royale Bintang Resort & SPA menuju ke rumah di Jitra. Nasib baik ada Rahman, kalau tak tak tau lah kami nak balik dengan apa kerana driver kolej yang sepatutnya datang ambik kami tak boleh keluar...rumah dia pun dinaiki air. Kami sampai ke Tol Alor Setar Selatan pukul 2 petang...dan kami dapat berita sedih, jalan ke Jitra semua tutup...jalan altenatif pun tak boleh lalu, air makin naik. Aku mula pening kepala, telefon hubby pun dia kata nak buat macamana, dia tak boleh datang ambik. Akhirnya aku buat keputusan ikut normi balik ke rumah kakak iparnya di Taman Pelangi Alor Setar dan Idris ikut En.Chow. Aku telefon kawan2 kot2 mereka tau jalan2 lain yg boleh di lalui untuk ke Jitra... masing2 bagi cadangan...tapi aku yakin semua jalan2 tu hubby aku tak tahu arahnya. Aku dah mula sedih...airmata dah rasa macam nak keluar dah. Dalam pukul 5 petang Idris telefon aku, katanya dia dah sampai ke rumah...dia jalan kaki harung banjir dan lepas tu tumpang lori hingga sampai ke Jitra. Aku jadi lagi sedih.... macamana la kalau banjir makin buruk dan aku tak boleh balik sampai berhari-hari. Aku telefon hubby...tak berjawab, rupa2nya dia tertidur. Dalam keadaan macam ni aku jadi ter'over' sensitif...ada ke dia boleh tidur senang2 kat rumah, patutnya tanyalah kawan2 macamana nak datang ambik aku,...memang aku banjir airmata lepas tu...alang2 dah banjir baik la aku tambahkan lagi kan? Lepas tu hubby telefon aku, dia kata dia dah jumpa orang yg tau jalan alternatif yg boleh dilalui....dia akan cuba datang ambik. Aku mula jadi serba salah sebab hari dah hampir malam...bahaya bawa kereta malam2 dalam keadaan banjir macam ni. Jadi aku kata kat dia, tak payah la datang malam2, datang je esok pagi...aku risau. Dalam pukul 7 malam, hubby telefon, dia kata dia dalam perjalanan nak ambik aku...ditemani Cikgu Mail jiran kami. Ish terkejut juga aku dia boleh datang malam2 ni...memamg aku risau sangat2. Dalam pukul 8 malam hubby sampai dan kami terus bertolak balik. Masa ni mula la part adventure kami. Kami terpaksa lalu ikut batas2 padi dan jalan kecik yang berlubang2 di tepi tali air....memang kecut perut...kalau tersilap sikit mesti boleh tergelincir dalam sawah dan tali air. Masa ni la aku mula rasa menyesal kerana dah terkecik hati kat hubby...aku tengok dia susah payah meredah jalan2 tu, ish tak patut betul aku kan?
Dalam perjalanan balik tu, aku respect sangat kat penduduk kampung kat situ. Mereka sanggup malam2 dok kat tengah sawah tu sambil pegang lampu picit...tolong beri arahan kat kami bila tiba kat tempat2 yg agak bahaya. Memang respect sangat2....tambahan lagi mereka tu terdiri dari budak2 belasan tahun....kalau mereka tak tolong, memang susah kami malam tu sebab setengah2 tempat kami terpaksa lalu ikut titi yg sempit.Terima kasih yang tak terhingga. Betul lah kata orang, kadang2 orang yang membantu kita tu adalah orang yang tak pernah kita kenal sama sekali....ini lah namanya perikemanusiaan. Akhirnya pukul 10 malam, kami selamat sampai ke rumah...alhamdulillah. Terima kasih kat 'hero' aku tu....lepas ni tak mau kecik2 hati dah...