Thursday, March 24, 2016
My Diary On Thursday
Kadang yang terindah, bukanlah yang terbaik
Yang sempurna, tak selalu menjanjikan kebahagiaan..
Namun jika kita dapat menerima kekurangan menjadi kelebihan
Itulah kesempurnaan yang sebenarnya
Thursday, October 02, 2014
ONLINE BUSINESS
Tiba-tiba rasa nak tulis artikel pasal tajuk ni. Dah lama tidak mengupdate...
Online business ni sebenarnya dah lama sy buat...bermula dengan dqistee...diikuti dengan shaklee, maixara, blinq beauty drink dan terbaru bisnes pakaian melalui butik mummy and me. Namun yang masih bertahan..hanya dqistee..itupun sales tidak selaju dulu. Tertanya2 jugak macamana org boleh berjaya dan buat duit hanya melalui blog, fb page dan IG je. Kita pun ada semua tu...tp kenapa tak semeriah org lain. hmmm
Nak share sikit hasil dari blogwalking ke blog rina salleh...copy and paste.
"Kak, macam mana nak start online bisnes?"
Soalan ni kekerapannya paling tinggi sekali dekat carta soalan terkumpul dalam inbox. Jawapan mudah saya "Nak start senang je, ada komputer, ada barang, jual!"Tapi pun tak lah semudah tu. Mudah.com saja yang mudah. Hehe. Jadi saya terfikir untuk kongsi pengalaman yang cinonet sebesar zarah ni untuk rujukan kawan-kawan. Ini sangat umum.
Ramai pemilik online business malah peniaga-peniaga lain lain pun mula tanpa ilmu berniaga. Mula saja, terjah, cuba, jatuh, bangun, gagal hingga jumpa cara yang betul. Itu lumrah. Kalau kita merancang startegi untuk tidak jatuh dan terus ke puncak, sampai bila pun formula tu tak siap! Tapi tak bermaksud kita tak payah buat perancangan. Saya suka konsep ini: Satu bahagian perancangan dapat tingkatkan lima ke sepuluh bahagian jualan.
#SATUPaling penting untuk kita mulakan dengan apa yang kita suka. Cara yang ni sebenarnya untuk cepatkan proses kita berjaya. Benda yang kita minat lebih mudah nak di jalankan. Kalau tak minat tapi nak buat juga, boleh. Tak ada masalah! Cuma gandakan usaha dan jangan mudah hilang fokus :)
#DUAKalau fokus kepada online business maka yang pertama tentukan jenis mana business ni nak dijalankan. Guna social media sebagai medium utama? Blogshop? Facebook? Jual di Instagram? atau website! Buat lah homework sikit, setiap medium ni ada follower yang berbeza tau! Mungkin ada satu yang paling best untuk jadi medium utama anda dan yang lain tu sebagai medium untuk promosi.
#TIGABila dah dapat jenis business yang nak dijalankan, sekarang rangka apa strategi promosi yang paling baik. Orang muda suka approach yang hip dan funky, eksekutif lain pula, mak-mak lain, jual pinggan mangkuk lain, baju lain, tayar, basikal etc. Kuncinya kenal siapa target kita! :) Oh dalam business, promosi benda paling penting. Kalau diam saja tak ada orang tau dan cari. Melainkan kita sorang saja jual benda tu di dunia ni!
#EMPAT"Saya dah ada online shop, saya dah puas promote. Kadang-kadang ada orang beli tapi selalunya tak. Macam mana nak buat?"
Kalau baru setahun jagung, jangan merungut dulu. Cuba check kita promote tu dekat mana? Pada siapa? Kalau dalam setahun tu cara promote sama saja macam mana nak dapat hasil berbeza? Varietykan. Cuba promote di pelbagai medium. Buka booth kalau mampu. Kita dapat sebarkan lagi tentang business kita dari booth. Dan juga cara lain, suruh otak bekerja sikit untuk fikir. Tak boleh harap orang suap semua.TIPS! Boleh juga guna cara offline untuk tarik mereka ke online! :)
#LIMADalam business online ni, gambar dan info tentang produk/servis sangat penting! Gambar yang jelas, cantik dan kemas (bukan gambar syok sendiri) lebih meyakinkan pelanggan. Letakkan juga info sampingan lain yang mungkin penting untuk mudahkan pelanggan buat keputusan pembelian. Info yang meyakinkan! Gambar juga menentukan hala tuju business kita. Selalu saya nampak peniaga pakaian upload gambar pakaian yang nak dijual berkedut. Cuba rajin sikit untuk gosok. Kalau berkedut gambar pun jadi tak menarik, baju pun nampak tak cantik dan jelas sangat pemiliknya mim alif lam sin!
#ENAMCari extra selling point anda yang orang lain tak ada. Tak tahu? Ini kena cari sendiri dik. Kiranya macam kelebihan kita. Tak perlu yang besar, kadang-kadang benda kecil yang nampak remeh itu lah selling point kita! Kena cuba dulu baru tau :)
#TUJUHSebelum nak mulakan, tetapkan niat. Dalam Islam, niat sangat menentukan apa yang kita buat. Niat yang baik, dengan usaha, perkhidmatan baik, kesabaran, ketabahan, inshaAllah Allah permudahkan.
All ze best!
INSYA ALLAH...KITA CUBA YA
Wednesday, April 23, 2014
Tuesday, March 04, 2014
Realiti Kehidupan
Terlalu lama rasanya tak menulis sampai dah tak tau nak mula macam mana. Pejam celik... pejam celik...waktu sangat cepat berlalu. Sekarang dah menginjak ke bulan mac. rasanya baru je masuk ke tahun 2014. Tanpa sedar...umur dah menghampiri senja...alahai. Baru sedar tenaga dah tidak segagah dulu...kulit tidak setegang dulu...mata dah tak secerah dulu.
Zaman kanak-kanak yang ceria, zaman remaja yang indah, zaman dewasa yang penuh cabaran...semuanya dah jauh ditinggalkan....sekarang dah mengadap zaman tua pulak...hehe. Semoga keceriaan zaman kanak2...keindahan zaman remaja akan kekal mengiringi sisa2 usia. Dah banyak yang dilalui rupanya....masam manis kehidupan yang menjadikan kita semakin matang.
Doa sentiasa dipanjatkan kepada Allah semoga diri menjadi insan yang sebaik2nya disisinya. Seorang anak, isteri dan ibu yang yang dapat membahagiakan. Amin.
Tuesday, December 17, 2013
Monday, October 21, 2013
CIKGU OH CIKGU
tiba2 terlintas nak share gambar2 kartun pasal cikgu
CIKGU DULU VS CIKGU SEKARANG
PPSMI
PELAJAR2 KITA
WALAU APA PUN.....
Tuesday, September 24, 2013
REZEKI ALLAH
Sumber dari Google...dah lupa dari blog mana. Minta dihalalkan...
SEKADAR RENUNGAN
Subhanallah betapa banyaknya rezeki yang telah Allah telah kurniakan kepada kita namun kita lalai. Kebanyakan dari kita asyik asyik mengeluh sebab apa yang dipinta masih belum dikabulkan. Sebelum kita terus menerus meminta dan meminta cuba kita berhenti dan renung sejenak lihat kembali kepada nikmat yang telah kita ada.
Adakah kita telah bersyukur kepada Allah atas nikmat yang telah pun kita terima sebelum ini? Dah sujud syukur? Dah zakat hasil dari pendapatan? Dah sedekah kepada orang yang lebih susah dari kita? Sentiasa sedar dan peka atas oksigen yang kita hirup setiap saat? Lengkap sempurna dalam amalan dan solat? Beristighfar sepanjang masa?
Anda inginkan kehidupan yang tenang, aman damai dan berjaya? Tunaikanlah hak Allah dan kemudian baru Allah akan tunaikan hak Anda. Mengapa begini? Kerana Allah sayangkan anda. Jika tidak? Anda akan dibiarkan hidup tanpa pedoman tidak tahu mana betul dan mana salah. Nauzubillah.
Tidak ada istilah putus asa dalam Islam. Apa jua perkara yang dihajatkan samada ianya ditangguh kerana belum sampai masa sesuai, ianya tidak sesuai dengan diri yang meminta (anda lebih sesuai dengan perkara yang lebih baik, sebenarnya) atau ianya sedang menunggu kita di pintu Syurga.
Namun tidak salah bagi kita untuk terus berdoa dan berusaha agar apa jua yang di usahakan agar dimakbulkan. Doa adalah salah satu faktor takdir kita akan berubah dengan izin Allah. Apa tindakan kita? Teruskan usaha secara konsisten. Teruskan doa secara konsisten. Mengapa? Jika kita stop dan putus asa dengan apa yang sedang dibuat bagaimana ianya akan sukses nanti. Anda perlu bermula dari zero setiap masa. Jika kita stop dengan doa, apalagi? Makan dan tidur tidak membawa anda ke mana-mana. Usaha dan doa terus mana tahu sampai masa yang sesuai pada pandangan Allah (di mana waktu itu anda di beri hidayah sedang buat perkara yang memang sesuai untuk anda) dan Allah Maha Tahu anda telah pun bersedia secara fizikal dan spiritual – waktu itu semua dipinta anda dapat, adakah anda mampu tanganinya? Fikirlah bermula dari sekarang agar waktu itu tiba anda dah pun bersedia.
Sunday, September 08, 2013
SEKADAR RENUNGAN
semoga bermanafaat - EHSAN DARI FB PROF DR MUHAYA
Ciri-ciri WANITA dalam al-Quran
5 Ciri-Ciri
Setidaknya ada lima jenis wanita dalam Al-Qur’an,
Pertama, Kategori pejuang. Wanita Kategori pejuang memiliki keperibadian kuat. Ia berani menanggung risiko apa pun saat keimanannya diusik dan kehormatannya dilecehkan. Jenis ini diwakili oleh :
1-Siti Asiyah binti Mazahim, isteri Fir’aun.
Walau berada dalam cengkaman Fir’aun, Asiyah mampu menjaga aqidah dan harga dirinya sebagai seorang Muslimah. Asiyah lebih memilih istana di syurga daripada istana di dunia yang dijanjikan Fir’aun.
Allah SWT mengabadikan do’anya, “Dan Allah menjadikan perempuan Fir’aun teladan bagi orang-orang beriman, dan ia berdo’a : Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya dan selamatkan aku dari kaum yang zalim.” (QS. At-Tahriim: 11).
2-Maryam binti Imran
Kedua, kategori wanita solehah yang menjaga kesucian dirinya. Kategori ini diwakili Maryam binti Imran. Hari-harinya ia isi dengan ketaatan kepada Allah. Ia pun sangat konsisten menjaga kesucian dirinya.
“Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang pezina!” demikian ungkap Maryam (QS. Maryam: 20).
Kerana keutamaan inilah, Allah SWT mengabadikan namanya sebagai nama salah satu surat dalam Al-Qur’an (QS. Maryam [19]). Maryam pun diamanahi untuk mengasuh dan membesarkan Kekasih Allah, Isa putra Maryam (QS. Maryam [19] : 16-34). Allah SWT memuliakan Maryam bukan kerana kecantikannya, namun kerana kesolehan dan kesuciannya.
3-Hindun
Ketiga, kategori penghasut, tukang fitnah, dan biang gosip. Kategori ini diwakili Hindun, istrinya Abu Lahab. Al-Qur’an menjulukinya sebagai “pembawa kayu bakar” alias penyebar fitnah. Dalam istilah sekarang, wanita penyiram bensin.
“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa. demikian pula isterinya, pembawa kayu bakar yang di lehernya ada tali dari sabut.” (QS. Al-Lahab: 1-5). Bersama suaminya, Hindun bahu membahu menentang dakwah Rasulullah SAW, menyebar fitnah, dan melakukan kezaliman. Isu yang awalnya biasa, menjadi luar biasa ketika diucapkan Hindun.
4-Zulaikha
Keempat, kategori wanita penggoda. Tips ini digunakan Zulaikha saat menggoda Nabi Yusuf. Petualangan Zulaikha diungkapkan dalam Al-Qur’an,
“Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata, “Marilah ke sini.” Yusuf berkata, “Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung.” (QS. Yusuf: 23).
5-Istri Nabi Nuh a.s dan Nabi Luth
Kelima, kategori wanita pengkhianat dan ingkar terhadap suaminya. Allah SWT memuji wanita yang tidak taat kepada suaminya yang zalim, seperti dilakukan perempuan Fir’aun (QS. At-Tahriim: 11). Namun, pada saat bersamaan Allah pun mengecam perempuan yang bekhianat kepada suaminya (yang soleh). Isterinya Nabi Nuh dan Nabi Luth mewakili tips ini. Saat suaminya memperjuangkan kebenaran, mereka malah menjadi pengkhianat dakwah.
Difirmankan, “Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikit pun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya) : Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka).” (QS. At-Tahriim: 10).
Wanita-wanita yang dikisahkan Al-Qur’an ini hidup ribuan tahun lalu. Namun karakteristik dan sifatnya tetap abadi sampai sekarang. Ada tips pejuang yang kokoh keimanannya, ada wanita selehah yang tangguh dalam ibadah dan konsisten menjaga kesucian diri, ada pula tips penghasut, penggoda, dan pengkhianat.
Terserah kita mau pilih yang mana. Bila memilih tips pertama dan kedua, maka kemuliaan dan kebahagiaan yang akan kita dapatkan. Sedangkan bila memilih tiga tips terakhir, kehinaan di dunia dan kesengsaraan akhiratlah akan kita rasakan.
“Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang memberi penerangan, dan contoh-contoh dari orang-orang yang terdahulu sebelum kamu dan pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. An-Nuur: 34).
Wallaahu a’lam.
Tuesday, August 27, 2013
KENAPA DAN MENGAPA
JANGAN ditanya KENAPA dan MENGAPA
ALLAH MEMBERI SESUATU UJIAN itu kepada KITA, Kerana, DIA LEBIH MENGETAHUI APA
YANG DITENTUKANNYA.
JANGAN ditanya KENAPA dan MENGAPA
NIKMAT itu TIDAK DAPAT kepada KITA,
Kerana DIA LEBIH MEMAHAMI
KEPERLUAN dari KEHENDAK DIRI KITA.
tetapi, TANYALAH,
KENAPA dan MENGAPA kita SUKAR MENERIMA SESUATU dengan IKHLASNYA,
KENAPA dan MENGAPA kita TIDAK PERNAH
MENSYUKURI NIKMAT yang DIBERI oleh DIA, KENAPA dan MENGAPA kita SELALU BERSANGKA
BURUK dengan PENCIPTA KITA,
KENAPA dan MENGAPA kita SENTIASA
MELAKUKAN APA yang DILARANG-NYA
Sentiasalah bersyukur dengan apa yang dikurniakanNYA... Kadang-kadang kebaikan
itu terselindung disebalik ujian tersebut..
Monday, July 08, 2013
Tuesday, June 25, 2013
Kenangan di Istanbul
Kenangan di Istanbul ----Januari 2013
first time bawa naik flight...

dah bosan...perjalanan 8 jam
Sekitar bandar Istanbul...sejuk sikit
Breakfast kat hotel..

Grand Bazar
Apple Tea
Grand Bazar
Istana Topkapi
Blue Mosque
posted from Bloggeroid
Wednesday, April 24, 2013
PETUA AWET MUDA CARA ISLAM
Sekarang ni macam-macam produk kecantikan timbul di pasaran...tinggal pilih je lagi. Ada yang dalaman....ada yang luaran. Hish...semua org nak cantik...tak nak berkedut...nak tegang..putih dan macam-macam lagi. Walau apa pun yang kita guna...pastikan ianya dari sumber yang Halal ....macam Maixara C Sential dan Dqistee Beauty....Wah gitu...promosi lagi. He..he.
Tajuk hari ni pun ada kaitannya dengan cara nak bagi cantik...gitu....
Selain dari guna produk...kita juga boleh guna petua2...cara ni lagi jimat...tak ada risiko. Jom kita tengok hasil pencarian di Google
Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur.
Monday, April 22, 2013
GULA OH GULA
Kesan Gula Pasir Kepada Kanak-kanak
Mungkin ramai orang yang tidak dapat menerima bahawa gula pasir dan bahan makanan yang di perbuat daripada gula seperti coklat boleh menyebabkan anak manjadi hiperaktif - atau mengalami " sugar seizures " atau sawan gula.

Paras gula yang tinggi atau( HYPERGLYCAEMIA) akan menyebabkan pembakaran glukos yang berlebihan di dalam otot-otot. Pembakaran tenaga ini akan menghasilkan gerak geri otot, yang menyebabkan anak-anak bergerak tanpa kawalan yang dikatakan ' hiperaktif'. Dengan tenaga yang berlebihan anak-anak akan mula berlari-lari, melompat dengan buas dan menjerit-jerit tanpa terkawal.

Pembakaran glukos pula menghabiskan vitamin B1, B2, B3, kalsium, magnesium dan oksigen kerana sebahagian besarnya telah digunakan untuk aktiviti gerak-geri otot seperti diatas. Kekurangan Vitamin-vitamin dan zat-zat seperti disebut tadi akan mengurangkan baki bekalan glukosa untuk kegunaan otak pula.
Keadaan ini akan mempengaruhi emosi anak dan anak mudah resah, gelisah dan cemas kerana otaknya tidak mendapat cukup bekalan glukos, oksigen, vitamin dan zat-zat galian. Anak-anak akan menjerit atau menangis kerana kekurangan bekalan bahan-bahan tersebut, menimbulkan pula keadaan yang diberi nama 'HYPOGLYCAEMIA'

Begitulah keadaannya, bila gula banyak dia buas, bila gula kurang dia menangis. Inilah yang dinamakan ' Sugar seizures' atau sawan gula yang selalu kita lihat pada anak-anak kecil sekarang.
Oleh kerana otak anak kecil sedang membangun sekiranya keadaan ini dibiarkan tindakan melompat, menjerit, agresif, senang merajuk, sering marah dan lain-lain akan menjadi ingatan yang kekal dan inilah yang akan membentuk perangai anak itu dimasa hadapan

Oleh itu kurangkanlah pemberian gula pasir dan makanan-makanan manis yang diperbuat daripada gula pasir kepada kanak-kanak untuk mengelakkan fenomena ini terjadi.
SUMBER : Institut Pembangunan Keluarga Dan Kanak-kanak Nuri
APAKAH KESAN PENGAMBILAN GULA SECARA BERLEBIHAN?
- Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.
- Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.
- Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).
- Prevalens pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun juga telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).
- Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries).
- Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).
JADI ...BERALIHLAH KEPADA GAYA HIDUP YG LABIH SIHAT
WAH IKLAN GITU...HE..HE..HE
UTK INFO LANJUT SILA KLIK GAMBAR KAT BAWAH YA
Subscribe to:
Posts (Atom)











.jpg)

.jpg)













