Tetiba terasa nak bawa anak2 jalan...dah banyak kali berjanji sebenarnya. Akhirnya janji tersebut tertunai pada 23 Feb 2012. Kami ke Hong Kong Disneyland pada 23 Feb hingga 26 Feb 2012. Mesti pelik kan...pergi bukan masa cuti sekolah @ pun cuti matrikulasi. Aku ambik cuti 2 hari dan anak2 dipontengkan sekolah 2 hari. Terpaksa pergi awal sikit sebab takut nanti kalau lambat2....aku dah tak larat nak berjalan. Sekarang ni pun dah sakit2 merata2...maklumlah mengandung diusia senja..hehehe.
Kami bertolak dengan flight Airasia dari penang jam 3.40 petang. Penerbangan mengambil masa 3 jam 40 minit. Kami bertolak dari jitra jam 12 tengahari dan sampai ke Penang Airport jam 1.30pm. Sampai airport kami makan sikit2 sebagai alas perut...cadangnya nak makan masa dalam flight nanti. ..sesuatu yang tak dijangka..makanan habis. yg ada cuma snek dan maggi cup je. Aduh....tak sangka la pulak kami makan maggi dalam pesawat.
Makan maggi....
Sampai di airport hong kong, kami disapa oleh seorang lelaki...dia ni dari kashmir dan muslim. Dia offer pengangkutan ke Hotel...murah berbanding dengan kalau ambik teksi airport. Mulanya rasa takut juga..maklumlah kat negara orang..takut ditipu ke...culik ke..ish. Tapi bila mengingatkan dia ni muslim, kami beranikan diri terima...tapi sepanjang jalan aku dok berdoa supaya perjalanan kami selamat. Rupa2nya org ni memang baik...siap tolong carikan kad prepaid untuk kami dengan harga murah...alhamdulillah.
Kami menginap di Imperial Hotel kat Nathan Road...Kawasan ni cukup strategik sebab dekat dgn stesen MTR Tsim Tsa Tsui (keretapi macam LRT tu) dan kawasan ni juga merupakan pusat shopping barangan berjenama...macam2 brand ada, duit je yg tak berapa ada..hehe. Kat kawasan ni juga nak cari makanan halal senang sebab byk kedai2 yg menyediakan makanan halal. Jadi kalau sesiapa yg boleh makan masakan pakistan, india dan seangkatan dengannya..dicadangkan dok la kat kawasan ni.
Esoknya..pagi2 lagi kami dah menerpa ke MTR station...beli tiket untuk ke Disneyland....anak2 dah tak sabar dah..
Menunggu hubby beli tiket
Tak sabar nak naik train...
Dalam train untuk ke Disneyland
Aku bersama kakak ipar
Dah sampai ke Disneyland Resort Station...
Cerita disneyland bersambung di post yg lain .....