Tuesday, August 24, 2010

AKU DALAM DILEMA

Aku pening sebenarnya...dilema sungguh2. Hari ni dan 24 hb August, tinggal 3 hari lagi untuk aku buat keputusan. Keputusan apa ya...kalau cerita kat kawan2 mesti depa pakat gelak kat aku tertonggeng2 nih. Tak tetap pendirian sungguh. Aku kena buat keputusan samada nak terus @ tidak bagi 'derma' kat USM...macam yang aku pernah buat sejak beberapa semester kebelakangan ini. Seingat aku, ada kot tiga semester bayaran yuran yg aku buat tu berbaloi...maksudnya aku bayar yuran dan buat tesis tu..jumpa supervisor bincang2. Lepas tu seingat aku...bayar tetap bayar, every semester tapi tesis tak jalan...jumpa supervisor pun tak lagi...aku dah jadi pemalu sebenarnya...
Setiap semester bila time nak kena bayar yuran, mesti aku bertekad dah tak nak bayar lagi dah...aku nak letak jawatan sebagai pelajar PhD USM tu, tup..tup bila dekat2 due date...mesti aku bayar punya...terasa sayang la pulak dengan jawatan pelajar tu. Sekarang ni cerita itu berulang lagi..tapi kali ni dah ter'over' sikit. aku dah berjaya melepasi 'due date'...tapi masalahnya aku masih diberi peluang untuk bayar yuran tersebut plus denda...jadi berganda la pulak bayarannya. kalau aku masih tidak membuat bayaran sehingga 27 August...maka aku akan diberi notis "DITAMATKAN PENGAJIAN"....yg ni la aku tak berapa seronok nak dengar.
Sebenarnya aku rasa keinginan aku masih tinggi untuk teruskan pengajian tu...tapi yg menjadi masalahnya tahap kemalasan pun tinggi juga. Tak boleh nak salahkan aku juga kan...? aku belajar ni part time je...belajar sambil kerja, masa pun agak terhad la kan. ..
Aku dah cuba selak2 balik tesis ku yang sekerat jalan tu..tapi aku dah jadi buntu dah, tak tau nak mula kat mana... Ish kadang2 aku rasa betapa hipokritnya aku...bagi motivasi kat pelajar2 aku supaya rajin dan macam2 lagilah kata perangsang supaya mereka belajar betul2.....tapi aku sendiri macamana? rasanya aku dan mereka tak sama kan..? aku belajar ni saja je suka2...tak belajar pun tak apa sebab dah ada kerjaya, tapi mereka tu baru nak mula hidup...jauh lagi perjalanan yg perlu ditempuhi....ok tak ayat bela diri aku tu?
Aduih...pening nih...apa pendapat kawan2? Kak yan...kami respek kat kak yan nih...masih bertahan sehingga sekarang.

Sunday, August 22, 2010

Mencari POSITIF bagi sesuatu yg NEGATIF

Artikel ni aku ambik dari halaqah.net....sekarang ni suka sangat jalan2 di alam maya. Bukan apa..saja mencari artikel2 menarik untuk motivasi diri sendiri..Jom share artikel yg menarik ni. Mencari POSITIF bagi sesuatu yg NEGATIF Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

  • utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
  • utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
  • utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
  • utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.
  • utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
  • utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
  • utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
  • utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.
  • utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.
  • utk jam loceng yg berde rin g pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut... p/s : apa yg ada ..jarang disyukuri..apa yg tiada...sering dirisaukan...

APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT

N3 kali ni aku petik dari emel seorang kawan sepejabat...rasanya elok juga ya kalau dishare kat sini. Sama-sama fikirkan. Beginilah bunyi emelnya:
Kepada Teman Seperjuangan
Mari kita kongsi apa yang Datuk Dr Fadilah Kamsah kata semalam dalam radio Era pukul 8.30 malam (bunyi lebih kurang macam ni la):-
'Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan 'serba tak kena '....ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja. sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa atau luar biasa. Berkerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan mengembirakan orang di sekeliling kita. semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyaallah.
Jadi renungilah:-
  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BERKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita "TAK DATANG' kerja
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya "KELAM KABUT'
  3. Adakala kita rasa kita 'PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY
  4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA
  7. Adakala kita suka bertanya "KENAPA DIA NI MCM NI KEJE', adalah lebih baik kita tanya ' APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah ...segera, tapi manusia tetap manusia...sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa ' kekeluargaan' dalam tugasan...kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman2 yg lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat...kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki...nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih... Renungilah berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"mengkritik tidak bererti menentang,

menyetujui tidak semestinya menyokong,

menegur tidak bermakna membenci,

dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Bagus juga kan ....thanks to Azuad sebab share pesanan ini dengan kami semua. Semoga apa yang tertulis dapat dijadikan panduan untuk kita.

RENUNG-RENUNGKAN.....SELAMAT BERAMAL......

Tuesday, August 17, 2010

muhasabah diri

Pelik kan baca N3 aku kali ni. tapi aku rasa aku nak tulis juga, walaupun tak tau nak mula macamana. aku rasa benar2 tersentuh...sedih dan insaf . Betapa dalam dunia ini ramai lagi orang yang kurang bernasib baik dari kita. Betul kata Ustaz Imran dalam tazkirahnya semalam..kata ustaz " gagalnya manusia kerana dia melihat apa yg dia tak ada, bukannya melihat apa yang dia ada". begitulah lebih kurang ayatnya. Memang betul, kita sering menyesali dan berhiba2 atas kekurangan kita, kesedihan kita, ketakdayaan kita, ketaksempurnaan kita....tapi pernahkah kita terfikir ada lagi org yg lebih teruk dari kita, lebih sedih dari kita....
jadi aku bertekad...insya allah aku tak mau lagi bersedih atas hal2 yang remeh...aku mesti ingatkan pada diri sendiri walau macamana pun kekurangan kita...ada lagi insan2 lain yang lebih teruk dari kita.... mesti bersyukur atas apa yg Allah anugerah kan. Aku bukannya nak jadi ustazah...memang tak layak pun, tapi apa yg diluahkan adalah sekadar peringatan untuk diri sendiri.
Mesti pelik kan..kenapa la mek rose merepek2 macam ni. Dah buang tebiat ke? Sebenarnya aku insaf sangat bila terbaca blog seorang pesakit barah payu dara yang bernama Dalilah Tamrin, betapa tabahnya dia menjalani hidup biarpun dalam kesakitan sehinggalah ajal menjemputnya. Last N3 dalam blognya june 19/ 2010... dan diberitakan telah kembali ke rahmatullah Julai 2010. Pada kawan2, boleh la kunjungi blognya . Semoga kita dapat sama2 jadikan pedoman.
Komen dari seorang blogger kepada allahyarham Dalilah.
Anda insan Terpilih, Diuji untuk diberkati
Sabda Rasulullah s.a.w
'Seseorang hamba itu apabila tercatat namanya satu darjat dalam syurga, dan dia tidak dapat mencapainya dengan amal ibadah, maka tuhan datangkan ujian. Lantas dia bersabar di atas ujian itu, maka kekallah darjat itu di dalam syurga."
Pahala oleh sebab sakit lebih selamat dari pahala amal ibadah, kerana ia susah untuk dimasuki oleh riak dan ujub.
Al Fatehah untuk Allahyarhamah Dalilah. Semoga rohnya ditempatkan disisi orang2 yang beriman. amin.

Monday, August 16, 2010

Blog list Ben Ashaari

Aku baru terbaca tentang blog list Ben Ashaari dalam Blog Ummi, Home Sweet Home. Macam menarik juga kan kalau join... aku dah try masuk ke blog Ben...macam2 ada, seronok baca cerita dia. boleh la juga kan kalau aku join dalam blog peribadi. kawan2 yg minat nak join, jom lah...Nak tau lebih lanjut klik disini ye

Saturday, August 14, 2010

Makeover Pasu

N3 kali ni pasal makeover pasu pulak.Sebenarnya dah lama juga aku makeover pasu ni, cuma tak diupload ke sini...malas. Pasu tu asalnya warna teracotta...pasu untuk tanam pokok tu. Warnanya dah kusam, maklumlah usianya pun dah tak muda lagi... Nak jadi cerita, saki baki cat rumah aku hari tu masih ada...jadi daripada dibuang aku cat lah kat pasu ni..kaler grey gelap. Lepas tu aku tukar bunganya..munger rose gitu...cantik kan? Gambar kat sebelah tu aku sengaja pose senget...seni la kononnya tu.Utk makeover yg ni tak ada petua ya...tak dapat petua dari sapa2 pun. Kat sini nak buat pembetulan nih...sebabnya ada yg dah merajuk dah...alahai sayang busyuk...busyuk.... Pembetulannya...Petua utk bagi pokok segar dan berbunga tu sebenarnya mak lang yg beritau kat nora...nora cakap kat k.yati..kak yati cakap la kat aku dan k.ida dan seterusnya berkembang la ke se antero dunia... syitah pun nak kena ni...kata kat kami ya, tak pa kami repot kat Dr baru tau...

Wednesday, August 11, 2010

Orkid ku Dah Berbunga

Pokok orkid ni aku beli dah lama, kat padang besar...rasanya ada kot dalam 4 tahun lepas. Masa beli tu memang dah berbunga cantik. Dalam masa aku jaga orkid ni, kalau tak silap ada kot tiga kali dia berbunga..lepas tu mogok bertahun2. Bukan saja tak berbunga, daun2 dia pun macam hidup segan mati tak mau je. kesian orkid tu...jadi mangsa dera. Aku ingatkan orkid ni akan jadi arwah dah, rupa2nya panjang lagi umurnya...siap berbunga lagi. Thanks to kak yati sebab bagi petua kat aku. Rupa2nya pokok pun boleh sakit juga, kadang2 sakit tekak, angin satu badan..ops silap...angin satu pokok, sakit sendi, batuk, pening, sakit urat dll lagilah...macam manusia la bila dah tua macam2 penyakit timbul. silap makan sikit, sakit seluruh badan. Alhamdulillah, ikut petua k.yati tu...berbunga akhirnya orkid tu. Apa petuanya...jeng...jeng..jeng, rahsiaku bukan milikmu. Hanya unit keceriaan KMK yg tau.... Betul kan kak ida? Biar depa jelesss tengok bunga2 kita.

Monday, August 09, 2010

Pelita Comel ku

Pelita baru ku...cantik tak? dah lama mengidam nak pelita macam ni. nak buat sendiri tak upaya. dah lama cari sebenarnya...akhirnya jumpa kat blog kak sali. terima kasih ya kak sali...lain kali boleh order lagi. Selain dari pelita ni, aku juga ada beli ktisu decoupage dan decal...lepas ni boleh la buat projek baru..makeover apa2 yg patut. Sekarang ni dok tengah pening mana nak letak pelita comel ni...rumah dah penuh dah.aku bimbang nanti rumah ku bertukar jadi kedai perabut.

Friday, August 06, 2010

guru oh guru

Tanggal 5 ogos 2010, aku ke Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra untuk menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang anak sulungku Nur Fatehah Afiqah yang telah mendapat 5A dalam UPSR tahun 2009. Majlis itu dimulai dengan ucapan dari wakil PIBG, Guru Besar Sekolah En Thacanamurthy dan tetamu kehormat hari itu Pn. Ashah bt. Samah, Pengarah bahagian SBP dan sekolah kluster. Ucapan yg penuh semangat dari mereka menyebabkan aku rasa cukup berbangga menjadi seorang guru.
Aku cukup terharu melihat wajah2 riang guru2 disitu...tersenyum bangga menyambut kehadiran bekas2 pelajar, memeluk dan mencium mereka satu persatu. alangkah murninya kasih seorang guru terhadap pelajarnya...dan aku sebagai seorang guru amat tersentuh dengan situasi itu. Ya...seorang guru yang ikhlas mengajar dan mendidik anak didiknya tanpa mengharapakan apa2...cuma kejayaan pelajar2nya yg menjadi hadiah yang tak ternilai bagi seorang guru. Keikhlasan itu jelas terpamer diwajah mereka... guru2 SKSAT. Sekali lagi aku rasa cukup bangga menjadi seorang guru...biarpun kadang2 kerenah pelajar acapkali menaikkan darahku...Ketahui lah pelajar2ku, marahku bukan kerana benci, leterku bukan kerana menyampah...semuanya kerana kami sebagai guru menyayangi kalian...tidak mau kegagalan bertandang...ingatlah peluang yg datang jgn disia-siakan. Untuk semua yg bergelar guru, hayatilah lirik lagu ini. Martabatkan profesion perguruan.
Biarku menjadi lilin
memberi kan cahaya
terangi sekeliling
dengan diri terbakar
tak siapa yg sedar
disaat kegelapan
rela ku berkorban
demi satu harapan
biar masa berlari
dan kau terus mendaki
aku tenang disini
dengan sabar menanti
tanpa dendam dan benci
andainya kau terjatuh
terluka dan tersungkur
kurawat biar sembuh...
aku takkan bertanya
apakah nanti balasannya
setiap pengorbanan
setiap pemberian
demi satu ikatan...
keikhlasan dihati
walaupun sering kau ragui
pada suatu masa dan suatu ketika
akan ketara jua...
biarku menjadi lilin
memberikan cahaya
saat kau kesepian
saat kau kegelapan
ku rela menerangkan
aku senang begini
dapat terus berbakti
dengan cara sendiri...

Monday, August 02, 2010

Makeover Lagi

Makeover Dining....

This is before

Ini lah kerja aku kalau cuti atau masa hubby tak dok kat rumah.. Ni sebenarnya sambungan makeover yg dulu tu. hari tu aku cuma cat sekerat kat ruang tamu...yg kaler hijau tu. Yg ni aku cat pula kat bahagian dining ...kaler berry wine. dulu kaler ni aku buat utk feature wall je, selebihnya kaler pueblo peach...sekarang ni dah tukar semua ke kaler berry wine. Perabut pun aku ubah kedudukan...sakit pinggang aku dua tiga hari sebab tolak almari2 berat ni. ish...aku rasa perkasa betul la..

Kerja-kerja makeover ni aku buat masa zizi ke Manila 4 hari...ada conference. bila dia balik tengok semuanya dah bertukar...Sebenarnya dah lama aku berniat nak alihkan kabinet hitam tu ke tempat lain, tapi zizi tak nak. Bila dia tak ada aku ambil la kesempatan ubah posisinya....alasannya aku nak cat kat belakang kabinet tu. Kalau nak cat dinding kat belakang kabinet tu, kena la alih kedudukannya kan? so dah alang2 alih biar la dia kekal dok kat tempat barunya...logik kan? suspen juga aku nak tengok reaksinya...nasib baik dia berkenan. Haaa mula la aku 'perasan' ...tengok la sapa dia punya interior designer...

This is After

Inilah gambar2 yang sempat aku snap...kabinet hitam dah berubah kedudukannya....aku cukup puashati, tak la nampak berserabut sangat rumah aku. Aku rasa bab cat mengecat ni aku dah terer dah...cuma bab snap gambar aku rasa masih fail. tak berseni langsung. lepas ni aku nak belajar cara snap gambar yang nampak cantik dan berseni pulak..., barulah rumah aku nampak cantik dalam gambar walaupun keadaan sebenarnya tak la cantik manapun.

Inilah antara gambar2 dining area baru aku...dah bertukar ke kaler berry wine . Bird cage tu aku baru beli kat kedai Chuan...tak tau nak gantung kat mana... so sementara waktu letak je dulu atas kotak tu, nampak ok la juga kan? Bunga tu pun aku baru beli kat kedai chuan..bunga yg lama tu dah buruk sangat...aku tengok dia pun macam dah merayu2 minta dipencenkan. Senyum sampai ke telinga Chuan hari tu, maklum banyak la juga duit aku terbang masuk poket dia hari tu...tak ada diskaun pulak tu.

Tempat kabinet hitam tu aku letak kabinet kesayangan aku yg kaler coklat tu...nampak lapang la sikit. Walaupun aku dah ubah kabinet hitam tu ketempat lain...itu tak bermakna aku tak suka kat dia...hitam-hitam sitampuk manggis...

MISSION COMPLETE...AND I LIKE...

 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang