Monday, September 19, 2011

Ke KL lagi


Sabtu pagi, kami bertolak ke KL untuk rutin aku setiap 4 bulan ... temujanji dengan Dr di Hospital Kuala Lumpur. Sambil2 tu boleh la ambik kesempatan berhari raya di rumah kakak ipar di KL dan adik ipar di Shah Alam...juga merayakan sempena tasya habis UPSR.  Kami bertolak dalam pukul 11 pagi dari Jitra...sampai Shah Alam lebih kurang pukul 6 petang...kali ni perjalanan agak lambat kerana cik abe mengantuk...so kami transit banyak tempat.

Alang2 dah berada di shah alam, anak2 sibuk mengajak ke iCity. Lokasi dan Alamat I-City :



I-City
D-1-4 Jalan Multimedia 7/AJ
Seksyen 7
CityPark, i-City
40000 Shah Alam
 Inilah rupanya iCity tu...byk lampu2 cantik berbentuk pokok2...binatang2..liplap..liplap...memang cantik.


Mabuk lampu...







Selain dari lampu2 tu dan juga snowalk...yg lain tu biasa2 je, tak ada yg menarik sangat. Kami berada kat situ dalam 1 jam lebih je..lepas tu balik. ole-ole yang sempat dibeli...topi rabbit liplap..liplap..sorang satu . Kalau sesiapa yg suka tengok lampu2 cantik pelbagai bentuk, bolehlah berkunjung ke sini...memang cantik. Gambar2 tak banyak  yang dapat ditayang kat sini...tak banyak yg menjadi, kelam semacam je...photographer tak pro la katakan.





Saturday, September 17, 2011

Bunga-bunga di Taman Sendiri

Musim raya...bunga2 kat rumah macam tau2 je...semuanya berbunga cantik...walaupun kurang perhatian dari tuannya, bunga2 tu tetap berkembang...bak kata pepatah, sayangkan bunga tinggal2 kan..nanti tau lah dia berbunga sendiri..hehehe


Orkid kesayangan...walaupun sekali sekala muncul..malu-malu...namun bila dia muncul aku cukup puashati...serentak pulak tu..agaknya mereka dah pakat kot.




Dah lama rasanya tak menjalankan aktiviti makeover taman kat rumah ni...agaknya sebab usia dah makin meningkat, kederat dah seciput, kemalasan dah maksimum...akhirnya taman tu terbiar...pokok2 yg ada berusaha hidup sendiri...aku cuma bagi minum je..tu pun kadang2 lupa. bukan apa..aku cuma nak latih pokok2 tu berpuasa...hehehe...zalim kan?

Warna - warni Raya @ KMK


 Bersama k.yan, ketua persiapan pentas...tahun ni rasa  kekurangan ahli..tanpa k.ida.  Tahun ni seperti juga tahun2 lepas...kami bertungkus lumus menyiapkan Dewan Mahawangsa untuk Merdeka Raya .. cuma tahun ni...bajet makin tenat. kami guna segala apa yg ada... recycle ...semuanya guna hasil 'kerastangan' sendiri...Alhamdulillah menjadi juga bunga raya kami..hehehe


Bunga Raya hasil 'keras tangan' kami... bergambar bertiga..dah kurang satu ahli..agaknya k.ida dah membina empayar baru di KMP ...Macamana k.ida, ok tak keras tangan kami?
 Gambar ni sedikit kelabu ...,maklumlah, cameraman bidan terjun kami sedikit menggigil masa snap gambar ni...ish..


Antara hidangan kami pada hari tersebut. Kek Lapis hasil tangan kak maya..dan nasi daging, tempahan dari kafe pentadbiran dan kiosk laman santai. Ok la hidangan kami tahun ni...cuma tak semewah sesi2 lepas...


Kenangan bersama Zu dan Tn Haji Raja Sulaiman..Pengarah KMK yang 'terchenta' ... lepas ni mungkin dah tak dapat jumpa sebab tak lama lagi Tn Hj dah nak pencen


Anak2 pelajar KMK...dan pengantin baru Pn Zuraida. Selamat Pengantin Baru Ya...semoga kekal hingga ke anak cucu
 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang