Pages

Sunday, October 07, 2012

Apa nak buat bila baby selsema...batuk berkahak


Baby rizqie demam..batuk ... muka pun dah tak ceria...

Dah jumpa Dr Lim pakar kanak2 kat INS.... hasilnya dia bagi bekalan ubat..ubat demam, ubat batuk dan ubat untuk hentikan hingus.Sambil2 tu..timbang berat. Ish..dah naik 8 kilo diusia 3 bulan 10 hari.

 ubat batuk, demam dan ubat bagi kering hingus. Ubat kering hingus ni memang cukup membantu...baby dapat bernafas dgn lebih baik...tak tersumbat.


Disamping tu aku cari petua kat google, tengok pengalaman ibu2 yg ada anak kecik ni. macam2 petua dapat. Ada 2 yg aku buat...beli Vicks dan Alat sedut hingus. Vicks ni sapu kat tapak kaki dan lepas tu pakaikan stoking...untuk redakan batuk. alat sedut hingus tu pun cukup membantu..satu hujung letak kat hidung baby dan hujung satu lagi..mama sedut...alhamdulillah hidung dia dapat di clearkan.

 Disamping tu dapat jugak petua tradisional dari google... ambik yg senang nak buat je. Caranya bakar bawang putih lepas tu ketuk2 dan campur dgn minyak masak...sapu kat dada. Rasanya membantu juga untuk hilangkan batuk. 

Ahhamdulillah..sekarang ni dia nampak ok sikit...hingus makin kering dan batuk pun dah makin berkurangan. Namun begitu..kahak masih ada..bila bernafas ada bunyi. Cuba cari kat google cara nak hilangkan kahak...cara fisioterapi , dah cuba dan alhamdulillah.

Hasil pencarian google :
Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

Teknik tepukan percussion. Cara melakukannya ialah:
  • Pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
  •  
  • Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby. 
  •  
  • Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula.
  • Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.  
  • Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
Ada juga beberapa kedudukan lagi....



so selamat mencuba ya....






8 comments:

  1. It's remarkable for me to have a website, which is valuable in support of my knowledge. thanks admin

    Feel free to visit my webpage: www.cupidsmojo.com

    ReplyDelete
  2. Way cool! Some very valid points! I appreciate you writing this article plus the rest of the site
    is also very good.

    my website: exercises to jump higher

    ReplyDelete
  3. This information is invaluable. How can I find out more?


    Feel free to visit my web blog - exercises to improve vertical jump

    ReplyDelete
  4. Nice weblog here! Also your site lots up fast! What web host are you the use of?

    Can I am getting your associate link to your host? I desire my web site
    loaded up as fast as yours lol

    my weblog: The Jump manual

    ReplyDelete
  5. This is a really good tip especially to those fresh to the blogosphere.
    Brief but very accurate info… Appreciate your sharing this one.
    A must read article!

    Feel free to visit my blog - Exercises For Vertical

    ReplyDelete
  6. You should be a part of a contest for one of the finest websites on the net.
    I most certainly will highly recommend this blog!

    my site; workouts to jump higher

    ReplyDelete
  7. I got this website from my pal who told me about this website and at the moment this time I am visiting this web site and reading very
    informative content here.

    Also visit my web site - Tseaz.Com

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Anak saya pernah admit hospital masa berumur 10 bulan, sebab ada kahak kat paru-paru. Alhamdulillah sekarang semua dah ok.

    Jemput ke blog saya, saya ada kongsikan petua untuk keluarkan kahak secara tradisional.

    ReplyDelete