Monday, December 27, 2010

Cikgu Sheda Yg Kreatif

'Setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada guru." itu kata-kata keramat Usman Awang tentang guru.  Seorang ahli psikologi Barat pernah menganalogikan seorang guru yang pintar ibarat ‘walking dictionary’ kerana peranannya memberi arah kepada orang yang ingin bertanya sesuatu.Pun begitu, seorang guru yang proaktif dan berfikiran terbuka lebih mesra dengan sikap keterbukaan dan kesediaannya untuk meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing.Seorang pelajar di Amerika Syarikat pernah dipetik sebagai berkata bahawa guru yang baik ialah guru yang mengajar muridnya seperti mana dia mahukan anak murid mengajarnya. Malah guru yang berpendirian profesional dalam tingkah lakunya dengan memegang kepada nilai-nilai akhlak dan etika yang positif berkemungkinan mampu mempengaruhi pelajarnya daripada ibu bapa mereka sendiri.

Itulah antara petikan pasal cikgu2 yg aku dapat dari internet...semuanya bagus2. Jadi cikgu2 semua...jadikan itu sebagai satu semangat untuk kita terus berjuang mendidik pelajar yg makin hari makin poning kepala kita dengan sikap2  mereka. Macam2 perangai...yg malas baca buku, malas buat homework, yg hanya mengharapkan cikgu ajar, tak nak usaha sendiri...yg asyik menyalahkan cikgu bila tak faham sesuatu topik....cikgu ajar lajulah...tak faham lah....dan macam2lah.....aduih ...itulah cabaran.

Ni ada satu video yg aku dapat dari you tube...video dari cikgu sheda. video ni dah cukup popular dah kat facebook dan blogger. Jadi untuk kawan2 cikgu semua...kalau sekali sekala kepala berserabut tu...bagus jugak kalau wat macam ni.....boleh jadi 'fofular' gitu....Tahniah cikgu sheda.




Kat video ni cikgu sheda mainkan tiga watak yg berbeza...sebagai ayah, mak dan setan....kreatif betul dia.

Sunday, December 26, 2010

Today


Hari ini aku rasa macam boring sangat.... boring kah aku?
Hari ini rasa macam sepi sangat....sepi kah aku?
Hari ni rasa macam sendirian sangat...sendiri kah aku?
Hari ni rasa macam-macam... macam2 kah aku?

aduih...pening..
rasa terasing...walau ramai orang...
rasa macam .... entah lah....
macam-macam weh....


duhai hati...tenanglah dikau....

p/s  merepek sekali sekala.

Friday, December 24, 2010

Susah sangat ke nak senyum?



Susah sangat ke untuk kita tersenyum, sedangkan orang gila senyum sorang2, inikan pula sesama kita?
Susah sangat ke, ke sangat susah?… ..hmmmm.. apa2 lah.

Bagi aku...sikap ni memang betul2 tak bagus. Kalau tak mau bertegur sapa...cukup lah sekadar senyum bila berselisih...itu pun susah ke? Kalau tak mau senyum sampai ke telinga...cukup lah jongket sikit je bibir tu...itu sudah memadai untuk menyatakan bahawa kita saling mengenali...walaupun tak rapat....tak perlulah pilih2 orang untuk senyum. Kalau tak kenal sekalipun...kita sepatutnya menghadiahkan senyuman bila berselisih....sedekah tu kan?

Jadi belajar2lah senyum ye....tak rugi tenaga pun...boleh jadi awet muda lagi.

La Tahzan

Jangan bersedih, sebab rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam, dan harapan akan menghilang.




Tuesday, December 21, 2010

Demam Webcam

Hobi cikgu tusyen kecik aku yg terbaru...ambik gambar guna webcam. Aku tersedar pasal ni bila bukak  folder My Picture...penuh dgn gambar2 dia...macam2 gaya.  Ish anak dara kecik aku yg sorang ni...Patut la sejak akhir2 ni dia beritahu aku cita2 dia nak jadi penyanyi.








Aku tanya pasal apa nak jadi penyanyi? dia kata penyanyi boleh pakai cantik2...ambik gambar cantik2.....dan macam2 lagilah benda yg cantik2...












Bila aku kata orang yang suara sedap je boleh jadi penyanyi...dia kata suara dia sedap la...  Hah nak kata apa lagi? Kena iyakan saja...kalau tak muncung la jawabnya.










 Gaya-gaya yg dirakamkan...pandai pulak dia edit ....







 Gaya lentok...

Monday, December 20, 2010

Dengkur


Pernah tak berdengkur bila tidur? Kalau pernah..bawak la berubat...kesian kat orang sebelah. aku pun pernah mengalami keadaan ni....kadang2 bila pergi kursus, dok sebilik dengan orang yang kuat berdengkur...memang tak boleh tidur sampai pagi. Esok nya mamai...kepala berpusing...rasa macam diawangan. gerenti tak boleh buat apa sepanjang hari...kesian kan?

Dengkuran ialah bunyi pernafasan yang bising ketika tidur yang menandakan ada halangan dalam saluran pernafasan atas.Tidur dan dengkur kini makin menjadi kebiasaan dan diterima ramai sebagai satu perkara yang normal di kalangan lelaki dan wanita.Tanpa mengira punca daripada berat badan berlebihan, diwarisi daripada ibu bapa atau masalah struktur salur pernafasan, terlalu ramai yang mengambil ringan masalah dengkur dan tidak berusaha mendapatkan rawatan.

Masalah dengkur hadir dalam dua bentuk iaitu dengkur tabiat atau dengkur lembut dengan bunyi perlahan seperti bunyi dekus kucing, tiada halangan laluan udara dan tidak berbahaya.Jenis kedua adalah dengkur halangan saluran udara iaitu dengkur kuat akibat laluan udara tersekat yang menyukarkan udara masuk ke paru-paru dan sangat berbahaya.Namun, tumpuan di sini bukan kepada dengkur itu sendiri tetapi punca seseorang berdengkur iaitu halangan pada saluran pernafasan, sehinggakan berlakunya apnea tidur. Perkataan apnea sendiri membawa makna ‘tiada nafas’ @ nafas terhenti seketika sewaktu tidur.

Ketua Jabatan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Profesor Dr Abdullah Sani Mohamed, berkata semua orang yang mengalami apnea akan berdengkur, tetapi bukan semua orang yang berdengkur menghadapi masalah apnea. Ada orang berdengkur sekali sekala (terutama apabila terlalu penat) dan ada yang mengalami masalah berdengkur hampir setiap malam yang boleh dikaitkan dengan apnea.

Bagaimana dengkuran akibat apnea boleh berlaku? Ketika tidur, otot pada lelangit lembut (bahagian lembut di hujung lelangit berhampiran tekak dan mempunyai tisu lembut yang kelihatan tergantung dipanggil uvula), lidah dan kerongkong akan berehat. Jika tisu dalam kerongkong ini menjadi terlalu rehat, ia akan bergetar dan boleh menghalang laluan udara. Semakin sempit laluan udara ini, laluan udara akan menjadi semakin sukar dan membentuk tekanan tinggi. Semakin tinggi tekanan, semakin banyak getaran yang menyebabkan dengkuran bertambah kuat. Keadaan lelangit lembut yang tebal dan rendah serta pembesaran tonsil juga boleh menyempitkan laluan udara.

“Berdengkur bukan fenomena normal. Apnea boleh menyebabkan dengkuran kuat, tidur terganggu, sakit kepala pada waktu pagi, letih sepanjang hari, tekanan dan sukar menumpukan perhatian. Jika tidak diberikan rawatan, ia boleh mengakibatkan kemurungan, tekanan darah meningkat, strok dan serangan jantung.

“Apabila pesakit berhenti berdengkur, bermakna ketika itu mereka berhenti bernafas antara 10 hingga 30 saat atau lebih lama. Berdengkur tidak membunuh, tetapi apnea boleh memendekkan nyawa. Ketiadaan oksigen dalam tempoh ini memberi tekanan kepada jantung yang boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah.

Bahaya jugak kan dengkur ni? Jadi nasihat aku kepada orang yg berdengkur...cuba lah cari penawarnya. Kalau tak sempat cari...ni ada beberapa kaedah yg aku dapat dari internet. cubalah ya.

  • Mengubah posisi tidur
Dengkuran berbunyi ketika posisi tidur terlentang sehingga lidah tertarik ke belakang dan aliran udara mengalami penyempitan. Oleh itu, cubalah ubah posisi tidur kpd mengiring agar terhindar dari berdengkur. Tinggikan kedudukan kepala dengan bantal ketika tidur. Ini dapat memberi ruang yang lebih besar di saluran pernafasan.



  • Turunkan 10% berat badan
Orang yg overweight atau mempunyai berat bdan berlebihan mempunyai jaringan leher yg tebal dan memungkinkan timbulnya risiko berdengkur. Jika anda salah seorang daripadanya turunkan berat badan anda kira-kira 10%. Ia dapat membantu menghentikan kebiasaan yg menganggu tidur itu.

  •  Hindari alkohol dan ubat penenang
Ubat penenang seperti pil tidur atau alkohol dgn kadar rendah boleh menyebabkan berdengkur kerana ia akan menekan pernafasan anda. Oleh itu, jauhi kedua-duanya.

  •  Hirup wap air sebelum tidur
Hidung tersumbat juga boleh menyebabkan dengkuran. Salah satu cara utk menghindari hidung tersumbat ialah dengan meyedut wap air sebelum tidur.

  • Bersenam
Hilangkan lemak berlebihan dalam badan dengan cara bersenam, kurangkan makanan terutama yang berlemak. Apabila lemak berkurangan di bahagian tekak, ia dapat meluaskan saluran pernafasan dan menghindari dengkuran.

  • Atasi alahan
Atasi masalah alahan. Jika anda atau pasangan alah kepada habuk atau bau tertentu, hapuskan habuk dan bau itu daripada persekitaran rumah anda. Alahan akan mengganggu tisu di hidung dan tekak. Jika dapat diatasi, tisu ini tidak akan mengganggu.

  • Jadual tidur Yg Teratur
Tetapkan jadual tidur dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari. Ini dapat menetapkan kadar pernafasan dan mengurangkan dengkuran.
  • Jauhi Rokok
Jauhi rokok. Mengurangkan asap rokok dapat meminimumkan lelehan dan bengkak pada tidu hidung dan tenggorok.

  • Guna pelekat hidung
Lekatkan pelekat di hidung. Sebelum tidur, lekatkan dengan cara yang boleh menarik hidung anda keluar dan ke atas. Pelekat ini dapat menarik hidung anda keluar. Ini akan membuka saluran pernafasan hidung dengan lebih besar.

Sunday, December 19, 2010

Tuisyen Ke?

Cuti sekolah ni ramai ibubapa yang sibuk hantar anak2 pergi tuisyen intensif masa cuti sekolah...khususnya untuk yg ada anak2 yg bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR , SPM tahun depan.  Masa cuti panjang ni lah banyak pusat tuisyen yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan....tuisyen dah jadi macam satu kemestian. Kadang2 aku terfikir...kesian kat anak2, tak ada masa untuk berehat. belajar...belajar ....dan belajar. Masa zaman aku dulu..tak dak pun tuisyen2 macam ni...Walau macam mana pun nak buat macam mana...zaman sekarang memang macam tu...nak tak nak kena ikut juga.

Demam tuisyen ni dah berjangkit pada si kecik ku aneesa...dah buka pusat tuisyen la pulak. dia pakat dengan kawan2 dia bukak pusat tuisyen...masing2 bergilir jadi cikgu. Aneesa jadi cikgu tuisyen untuk subjek tarian, nyanyian dan lakonan...bila time subjek2 tu dia la cikgunya. bila time subjek lain, dia pulak jadi pelajar...kawan dia yg jadi cikgu.  Yg jadi masalahnya, dia yg bukak pusat tuisyen...aku yg kena keluar modal, fotostat buku2 dia untuk diberi kepada pelajar2 tuisyen dia...Aih haru nih...kalau tak mau fotostat, cikgu tuisyen kecik ni nangis la jawabnya. Pening kepala aku...orang lain bukak pusat tuisyen dapat untung...aku...? habis modal weh. Yg aku lemahnya...bila malam aku la pulak kena jadi student dia....tengok dia menari,... menyanyi....

Ni lah iklan tuisyen dia...tulis atas whiteboard. '5A dalam otak' konon...


Ada dua pusat tuisyen tu... kelas tuisyen cemerlang dan kelas tuisyen gemilang

Ni la cikgu tuisyennya...siap suruh aku beli crown lagi ... untuk digunakan masa ajar tuisyen. Ok la tu..cuti dia terisi dengan benda berfaedah...praktis jadi cikgu. walaupun kadang2 dia bagi ajaran sesat...

Saturday, December 18, 2010

Santai

Ni la kerja hujung minggu aku...potong dahan pokok mata kucing, biar dia berjuntai cantik...jadi macam payung original. Sebenarnya pokok tu dah merimbun sangat...sampai dah menyapu tanah. Jadi terfikir la jugak kenapa tak dimanafaatkan....alang2 cik abe ada kat rumah hujung minggu...kenalah guna sepenuhnya tenaga yang ada.

Dahan pokok tu aku dah potong agak lama...cuma nak lengkapkan dengan kerusi batu kat bawahnya tu...tak adalah upaya aku nak buat dengan bibik ratna. Jadi bila cik abe ada kat rumah, apalagi aku ambik kesempatan la. ...bermula lah aktiviti memindahkan kerusi batu tu dari bawah anjung ke bawah pokok mata kucing. Satu kerja yang mencabar tu....kami usung ramai2...kira kerahan tenaga la jugak. Sakit pinggang aku dua tiga hari. Tapi tak apa...hasilnya cukup memuaskan....mengembirakan ....


Pada pandangan mata aku..dah cukup cantik dah. Dapat dijadikan tempat berehat petang2...sambil minum kopi, kan? Untuk menampakkan lagi 'kesemulajadiannya'...aku angkat la pasu pokok2 pakis, letak keliling pokok mata kucing tu...ish kira kerja buruh kasar betul lah kami hari tu. Letih weh...kalau kat kolej boleh jadi supervisor je...tengok je pakcik2 tu buat kerja susun pokok...lagipun ketua kami Pn Noryati tak marah pun.


Hah cerita belum habis ni...lepas angkat pasu, kami gantung pulak buaian. Sebenarnya buaian tu kami beli dah lama sangat2...cuma tak digantung je. Buaian tu dah bertapa terlalu lama kat dalam almari. agaknya kalau lah dia tu manusia...dah jadi dukun yg handal kot...tak pun pendekar...ahaks.

Haaa dah siap...anak dara kecik ku aneesa dan kawan baiknya cik Ah telah merasmikan tempat rehat tu dengan jayanya...tengok lah aksi mereka.



Friday, December 17, 2010

Panggilan Hangit

Sejak kebelakangan ni banyak sangat terima call...macam-macam orang. Maklumlah sejak no phone dah keluar dalam majalah dan paper ni...aku dah jadi agak popular gitu. Itulah penangan Dqistee...produk kecantikan terbaru tu. Panggilan bukan saja dari sekitar kedah, malah dari negeri2 lain pun ada. aku pun heran jugak...pasal apa pulak semua pakat call aku...macam la aku ni pengasas DQ tu. Kadang2 tu tanya macam2..belinya tidak...agak geram la jugak.

Ada satu panggilan aku terima hari ni...cukup 'mengkagetkan' aku. Nak tau tak ceritanya..Alkisahnya ada la seorang kakak ni, katanya nama dia kak Azizah dari Kuantan. ..dia kata dia dapat no phone aku dari rancangan Wanita Hari Ini...aik, begitu popular kah aku? Yang membuatkan aku pelik tu..dia tanya aku macam mana nak bagi susu keluar banyak...katanya susu dia keluar sikit je. Aik..masa bila pulak aku jual produk nak bagi keluar susu ni? Aku kata kat dia aku tak tau la nak buat macam mana...tapi dia minta tolong juga supaya aku bagi dia petua atau apa2 ubat untuk mengatasi masalah tu. ..sampai merayu-merayu. Aku kata kat dia, cubalah bagi susu botol...dia kata anak dia tak nak. Aku pening...aku suruh dia pegi farmasi @ jumpa doktor...aku bukannya doktor pun dan tidak ada kepakaran langsung dalam bab2 susu ibu ni.  Aku terfikir mesti kakak ni saja nak main2kan aku...dan aku kata kat dia...jgn la nak main2, aku tak suka tau. Lepas tu...tau tak apa jadi ? Ni la part yang membuatkan aku jadi seriau dan kadang2 pelik ...ish...agak suspen disini.

Kak Azizah tu kata dia bukan nak main-main, dia memang nak minta tolong....lepas tu dia terus menangis teresak-esak...sambil berkata tolong la....tolong la....tolong la. ......!!! hai parah ni. Aku memang betul2 terkedu..tak tau nak cakap apa. Selepas keadaan agak reda, aku kata kat dia, aku minta maaf...memang aku tak tau nak tolong macam mana dan aku nasihatkan dia supaya jumpa @ tanya orang yg betul2 tau. Pelik kan? Aku tak tau apa tujuan sebenar kak azizah call aku..dan kenapa no phone aku yg dia pilih untuk dihubungi. walau apa pun tujuan dia, yg pasti kak azizah telah berjaya menyebabkan otak aku berserabut sepanjang hari. Kalau dia memang berniat untuk mengenakan aku...tahniah aku ucapkan kerana cubaannya telah berjaya menyerabutkan fikiran aku. Dan kalaulah dia memang betul2 memerlukan bantuan....aku minta maaf kerana tak dapat membantu...dari cara percakapan dan esak tangisnya...aku rasa ada sesuatu yg tak kena dgn dia...Doaku moga kak azizah diberi ketenangan dan kebahagiaan sentiasa. Amin.

Thursday, December 16, 2010

Kelas Memasak

Aktiviti cuti sekolah untuk anak dara ku, fatehah....kena masuk kelas memasak. anak dara kenalah pandai masak kan? Lagipun kalau dia dah pandai masak, lagi lah senang mama dia...beri arahan je kalau nak makan apa2 kan?

Fatehah dengan guru masaknya...bibik ratna. tiap kali nak masak mesti kena pakai spek mata hitam...takut bawang masuk mata. Kadang2 tu spek mata hilang..kena cari dulu...jumpa bila bibik dah selesai potong bawang...hish auta betul la.

aksi goreng daging...

Sementara bibik ada ni..belajar lah along ooi...nanti bila bibik dah balik indon...along yg kena masak untuk mama dan abah...kan?

Wednesday, December 08, 2010

Ujian Hidup

Hari ni aku di KL lagi...sempena cuti maal hijrah pada 7 disember, aku ambik kesempatan ambik cuti pada 8 dan 9 disember...campur semua dapat la cuti 5 hari....panjang tu weh. Kami bertolak dari rumah 7 disember, jam 12 tengah hari. sampai ke KL dlm pukul 5 dan terus ke rumah kakak ipar di pandan jaya. Dalam pukul 7 kami ke HKL...unit nefrologi & urologi... melawat abang ipar yg baru lepas menjalani pembedahan...aku tak tau nak sebut pembedahan apa, tapi secara ringkasnya...pembedahan kat perut, buang air yg penuh kat perut. dengar cerita sampai berpuluh-puluh liter di buang.Alhamdulillah...aku tengok dia nampak lebih sihat dan ceria...perut pun dah kempis, tapi dia kena baring je, tak boleh bangun lagi sebab nanti air akan keluar melalui luka pembedahan.Aku cuma mampu mendoakan supaya abg mie cepat sembuh, kembali ceria macam dulu...amin.

Sekali sekala bila ke hospital membuatkan aku jadi insaf dan cukup takut...macam mana ya kalau keadaan macam tu jadi kat kita. Masa depan tidak ada sapa yg tau macam mana keadaannya...kuat kah kita untuk menghadapinya?. Tabah kah kita menerima takdir yg disuratkan? Entahlah...aku cukup takut...walaupun sekadar membayangkan....

Bila rasa risau, sedih dan segala macam rasa yang tak menyenangkan...aku cukup suka ke blog Ustaz Pahrol Md Juoi (Genta Rasa). Bila baca tulisan dia, aku rasa tenang...

"Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

Thanks Ustaz Pahrol. Semoga kita semua menjadi insan yang redha dengan dengan ketentuanNYA.

Sekilas kata Ustaz Pahrol:
"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

Monday, December 06, 2010

Hijrah Kearah Kebaikan

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Secara bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Secara istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda:

المُهاَجِرُ مَنْ هَجَرَ السُّوْءَ فَاجْتَنَبَهُ

“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, maka dia menjauhinya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah SAW memberi peringatan supaya merebut kesempatan yang masih ada sebelum datang masa atau keadaan sebaliknya. Sikap bertangguh menyebabkan peluang yang ada sebelumnya akan tertutup, dan kematian adalah pengakhiran kepada semua peluang di dunia ini.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Rebutlah lima kesempatan sebelum datang lima yang lain; masa muda mu sebelum datang masa tuamu, masa sihat mu sebelum datang masa sakit mu, masa kaya mu sebelum datang masa fakir mu, masa lapang mu sebelum datang masa sibuk mu dan masa hidup mu sebelum datang kematian mu". (Hadis riwayat Tarmizi)

Sesiapa yang berusaha mencapai sesuatu lebih baik dalam kehidupannya sudah melakukan sebahagian daripada maksud hijrah dan mendapat pahala hijrah jika ia diniatkan untuk memperoleh keredaan Allah. Setiap usaha perlu dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

"Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya. Maka sesiapa yang berhijrah semata-mata kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya diterima Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan duniawi, ia mendapat apa dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya terhenti pada apa yang diniatkannya."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Selamat Menyambut MAAL HIJRAH

Friday, December 03, 2010

Selagi Diri Berharga


"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"

Kata-kata tersebut aku petik dari Majalah Anis keluaran Nov 2010, di ruangan Kata & Makna tulisan Ustaz Rajhan Mohamed Razali.....dan aku cukup suka ayat tersebut. Manusia sememangnya perlukan perhatian dan penghargaan. Inilah bekalan rasa yang diberikan oleh Dia Yang Maha Esa dalam naluri setiap manusia. Namun, realitinya dalam hidup ini tidak begitu. Kita berada dalam belantara kehidupan yang dihuni oleh manusia yang bersikap sebaliknya....sememangnya manusia punya sikap yang payah untuk menghargai orang lain. Untuk berterima kasih kepada orang yang berjasa kepadanya pun kadang2 payah dilakukan.

Justeru jika kita tidak dihargai dalam hidup ini, ingatlah ia bukan bencana yang terbesar. ia bukan petaka yang menenggelamkan kita ke lubuk kekecewaan dan penyeksaan. Namun,  ingatlah bencana yang sebenarnya ialah apabila kita tidak berharga lagi. Untuk jadi berharga, bekalkan diri kita dengan ilmu, iman, akhlak mulia dan harta. Dengannya akan berhargalah diri kita dalam kehidupan ini.  .... untuk baca lebih lanjut...beli lah majalah Anis keluaran November....macam2 ada.

Ulasan aku,   ....memang betul pun kan ? Kalau kita buat baik.... tak dapat pujian dan penghargaan pun, tapi bila buat tak baik @ tersasul @ tersasar sekali sekala.... berlambak la pulak kejian dan sindiran. Ini dah jadi lumrah ke? Ish poning kepala den...... itulah orang kata buat jahat jangan sekali...buat lah berkali-kali ya...ahaks.

Saturday, November 27, 2010

Cuti Sekolah ...Day 2 (cont)

Jumaat, pukul 4 petang..., kami bertolak ke KLCC...misi kali ni nak beli hadiah untuk Afiq. Sambil2 nak cari kasut untuk mama... ahaks. Jalan tak sesak sangat...jadi perjalanan kami laju je. Sampai di KLCC, tempat tujuan yg pertama mestilah ke kedai buku... Kinokuniya. Kalau boleh ke kedai buku, semuanya senyum sampai ke telinga... tapi bila masuk kedai kasut ke, baju ke...masing2 monyok dan buat2 muka letih....ish tak aci betul la...


anak2 sedang memilih buku masing2.

 Adik mesti pilih buku pasal fairy tales

Afiq .... suka buku2 macam narnia dan harry potter

Tasya... macam biasa tak tau nak pilih buku apa...tapi dia suka buku2 pasal princess...maklum la nak jadi princess

Hasil pencarian hari tu.... Afiq...The Candy Makers & Narnia. Adik..Magical Moments, Along...Clover Twigs dan Tasya... Diary of Wimpy Kid..itu aku yg pilih utk dia sebab sampai ke sudah dia tak tau nak pilih buku mana. lagipun aku rasa buku tu bagus...bahasanya simple je. tapi si tasya ni tak suka...mukanya masam je...sebabnya dia kata dia bukannya wimpy kid...he...he. ..apalah mama ni. 


Akhirnya...PSP untuk Afiq....tapi kami dah buat perjanjian, semua orang boleh main....afiq cuma jadi ketua je. Kalau nak beli sorang satu....muflis la mama.


Misi yg kedua dah selesai.....Afiq senyum meleret sebab dah dapat hajat dihati.Tasya masih merajuk...tak nak bergambar... ni mesti kes 'Wimpy Kid' la ni.... Kasut mama...tak jadi beli sebab dah tak larat nak jalan mencari ...letih weh.

Jam 8 malam kami bertolak balik ke hotel.  GPS pulak buat hal.... dia buat pening la pulak. dua tiga kali pusing tempat yg salah...pusing merata masuk ke taman2 perumahan...akhirnya tiba tempat yg sama jugak...salah pulak tu. Akhirnya kami guna mata sendiri...tengok signboard...barulah jumpa. Itulah org kata...kadang2 teknologi ni pun menyusahkan juga...tak boleh diharap. dah la penat...main pusing2 keliling pulak.

Cuti Sekolah .... Day 2

Jumaat, after breakfast.... pagi2 lagi adik cakap dia mimpi mandi kat kolam...aku faham la tu, sebenarnya dia nak ajak aku pergi mandi kolam...dalam pukul 11 pagi, .aku bawa anak2 ke swimming pool...ni aktiviti wajib kalau kami menginap di hotel. Tak ke mana2 pun tak pa, asalkan boleh mandi kolam sudah cukup.


Anak2ku, Tasya, Afiq, Aneesa dan Fatehah


Adik nak belajar berenang...

Inilah barisan kita....

Habis sekerat hari kat kolam renang...menggigil....sejuk. Misi yg pertama dah selesai. Petang...agenda apa ya? Janji untuk beli hadiah untuk afiq sempena 5A UPSR belum tertunai lagi lagi nih...

Cuti Sekolah

Khamis, 25 Nov 2010, kami ke Sri Kembangan...hubby ada conference kat sana. Sambil2 tu boleh la bawa anak2 bercuti sempena cuti sekolah. Kami bertolak pukul 2 petang... mula2 langit cerah..lepas tu di pertengahan perjalanan hujan turun dengan lebatnya....lebuhraya utara selatan sesak....kereta merayap macam siput sedut...inilah yg aku tension...ingatkan ada accident, rupa2nya ada lori rosak, jalan dibuka sebelah je....cehhh.

Kami sampai ke Palace of The Golden Horses dalam pukul 8 malam....masing2 dah penat dan mengantuk... tapi sempat lagi posing...

adik... hari ni teringin nak bertudung

adik dan along

Along

Sebelum tidur...sempat lagi aku snap gambar hotel ni...cantik kan pemandangan di waktu malam?

Palalce Of The Golden Horses ... malam.

Palace Of The Golden Horses ... pagi

Monday, November 22, 2010

Visit Kelantan

N3 kali ni aku nak berkongsi sedikit tentang negeri tanah tumpah darah ku .... kelate. Aku tertanya2 juga,  pasal apa orang kata 'tanah tumpah darahku'.... Masa dilahirkan tu ibu kita yg tumpah darah...kita tak ada apa2 pun kan? patutnya tanah tumpah darah ibuku la kan... he..he..

Ni tempat tunggu bas... kota bharu come sokmo.... maksudnya kota bharu sentiasa cantik

Setiap kali balik kampung, mesti aku tak lepaskan peluang ke Kota Bharu. Antara tempat yang aku suka pergi adalah Pasar Besar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu dan sekali sekala 'melawat kedai emas'... baca  betul2 ayat tu ya .... 'melawat'  .

Orang kata cara bijak untuk meneliti kehidupan di sebuah bandar di Malaysia ialah dengan melawat pasar tempatannya yang menjadi nadi kehidupan setiap bandar. Pasar Siti Khadijah dinamakan sempena isteri pertama Nabi Muhammad yang merupakan seorang ahli perniagaan. Nama yang sesuai untuk sebuah pasar yang mana penjaja di dalamnya kebanyakannya terdiri dari kaum wanita. Kalau nak tau wanita2 Kelantan ni memang rajin...
Terdapat sesuatu untuk semua orang yang berkunjung ke pasar ini dari hasil tanaman segar hingga kraftangan dan kuih-muih tradisional. Ianya juga menggambarkan budaya dan cara hidup di Kelantan yang penuh dengan warna, bau dan bunyi yang unik milik penduduk di situ.  Jadi sesiapa yg melawat kelantan, jgn lupa abadikan kenangan di sini...kalau nak ambik gambar dgn peniaga2 yg cantik jelita tu pun boleh...pastikan minta kebenaran dulu ya.


Pandangan dari atas... tingkat bawah adalah tempat jualan barangan basah ,sayuran dan beras.

Kat tingkat bawah ni kebanyakan peniaga  terdiri dari wanita...kebanyakannya dah berumur ya...

 Tingkat 2 ... tempat jualan kain batik, kain ela, baju2 dan macam2 lagilah. Kat tingkat 1, jualan pelbagai jenis makanan, keropok dan macam2 lagilah.Gambar tak ada ya...

Dataran Kota Bharu... kalau nak ke pasar Siti Khadijah dan Bazar buluh Kubu, boleh letak kereta kat sini...jalan kaki pun dah tak jauh. Tapi kalau pergi masa cuti perayaan atau cuti umum.... kota bharu menjadi teramat la sesaknya. nak letak kereta pun susah.


Ini Bazar Buluh Kubu... kedudukannya kat sebelah pasar siti khadijah. aku suka beli kain batik kat sini, memang cantik2, tapi harganya lebih mahal berbanding kat pasar siti khadijah. Tapi bagi aku, kain batik kat bazar ni lebih kualiti dan designnya pun ekslusif... sebab tu mahal sikit. Alah membeli menang memakai kan...

Pemandangan dalam Bazar buluh Kubu... kalau nak pilih kain pun rasa lebih selesa sebab kawasan luas berbanding Pasar Siti Khadijah yang sesak dan sempit.... lebih2 lagi kalau orang ramai... sesak nafas dibuatnya.
Ini pulak gambar kedai emas yg aku suka melawat..... Wan Hussin Wan Mohamad.  Kedai Wan Hussin berlambak kat Kota Bharu....byk cawangan kat seluruh kelantan...dah kaya pun dia.

Satu lagi tempat yg patut dilawati adalah Pekan Rantau Panjang. Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Thailand. Ia terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati.

The Zon - kedai bebas cukai
Pasar Rantau Panjang ... macam2 ada. 

Pasar Rantau Panjang ... emas sadur byk kat sini

 Satu tempat lagi yg patut dilawati.... pasar Wakaf Che Yeh... macam2 ada dan murah2.  Tempat ni berbeza dgn Wakaf Cik Yan ya.... wakaf cik yan cuma ada kat KMK je.... ahaks. Jgn marah ya Ummi.
 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang