Friday, October 29, 2010

Holiday?

Dah tiga hari bercuti...boring. Start cuti hari rabu, hubby pun start outstation..meeting di KL sampai khamis. anak2 ke sekolah...ish..ish...boring sungguh. Bila dah boring, ni la hasilnya...aku cari la apa2 yg patut untuk dibuat....edit2 gambar pun ok juga kan.

My kids...di Kuala Perlis

Fatehah... dah jadi anak dara dah anak aku ni rupanya.

Natasya...bila la nak berhenti menangis..

adik... pening kepala bila dia start bercakap

Afiq - hero yg sentiasa cool

Kalau nak ikutkan, kerja berlambak nak kena buat...kalau rajin la. masalahnya aku ni memanjang tak dok mood. RPH belum buat...lecture note untuk next sem belum jeling2 lagi... thesis phd belum start enjin pun lagi lepas bayar yuran hari tu...ish pening...pening.... Nampak gayanya macam nak kena join group kak yan nih...boleh tak ummi?

Esok nak kena pergi ke seremban pulak untuk bengkel .... rasa macam menyesal pulak minta nak pergi bengkel tu dulu. walau apapun... hidup mesti diteruskan.

Tuesday, October 26, 2010

Surat Adik

Anak bongsuku..7 years old Aneesa Sofea memang cukup suka tulis surat atau pun bagi hadiah untuk mama dan abah. setiap kali balik kerja mesti ada surat yg dia bagi...kadang2 kad yang dia buat sendiri....kadang2 hadiah yang dibalut kemas, biarpun hadiah tu dari barang2 dia sendiri yg pastinya aku yg berikan pada dia sebelumnya...tak kesah, asalkan ada hadiah untuk mama dan abah.... Nilah antara surat2nya...memang aku akan simpan sebab nanti kalau dia tanya dan surat tu tak ada...merajuk la jawabnya. kalau merajuk saja tak apa..ni siap nak lari dari rumah lagi nih....ish...ish...

Benarlah kata orang, karenah anak2 ni kadang memeningkan kepala dan menguji kesabaran kita...merajuk....bergaduh....menangis....dan macam2 lagi. Memang pening kepala, ...tapi pada satu saat, bila mereka dah besar....kita akan merindui saat2 itu... Aku dah mula merasainya...aku merindui masa2 kecil mereka...masa baby...masa baru belajar berjalan .....bla...bla...bla...

Cepat kan masa berlalu...? Jadi moral of the story...hargailah apa yang anda ada pada masa kini kerana mungkin selepas ini anda tidak akan memilikinya lagi. Eh betul ke pepatah tu...? .. setuju je lah ya.

Aneesa Sofea - Baby

Aneesa Sofea - dah boleh bertatih. Dah pandai bergaya tu...

Aneesa Sofea - Kini

Happy Holiday

Esok bermula cuti untuk program matrikulasi....yeyy.

Selamat bercuti untuk semua. ...till 8 November.

Monday, October 25, 2010

Let Me Whisper You My Story

Kali ni cerita apa la agaknya aku nak cerita ya...Aku pun tak tau nak mula macam mana. Tapi yang pastinya aku sedih sangat2 nih. Kadang2 aku rasa macam tak adil je kehidupan ni...kenapa aku selalu berada di pihak yang tidak 'bernasib baik'. Memang aku selalu peringatkan kat diri sendiri supaya redha dengan apa jua ketentuan..tapi kadang2 hati jahat aku ni terdetik juga. ...

Mesti korang confuse kan...awat la mek rose ni? buang tebiat lagi sekali ke...ahak...ahak. Ok ...sila confuse ya. ... bak kata Ct nurhaliza 'Biarlah Rahsia'. Aku suka la kat gambar bawah ni...macam sesuai je...

Happy Monday Again...to all

May Allah Bless You

Life Is Beautiful

Hope by Brian Quinn

  • When all about you is black with gloom,
  • And all you feel is pending doom.
  • When your bones are racked with grim despair -
  • When every breath is a gasp for air.
  • Keep on going, though you need to grope,
  • For around the bend is a ray of hope
  • A ray of hope is perhaps all that's left,
  • As your will to live has been bereft.
  • You've lost it all, it's just no use!
  • You can end it all, you need no excuse.
  • But throw away that piece of rope,
  • And give yourself a chance of hope
  • Just give yourself another day,
  • Brushing aside what your thoughts may say.
  • This is your life and you can make a new start,
  • By ignoring the brain - just follow the heart.
  • Taking baby steps in order to cope,
  • And minute by minute you'll build on your hope
  • Just give yourself another day,
  • Brushing aside what your thoughts may say.
  • This is your life and you can make a new start,
  • By ignoring the brain - just follow the heart.
  • Taking baby steps in order to cope,
  • And minute by minute you'll build on your hope

Sunday, October 24, 2010

Thursday, October 21, 2010

New Hobby Pt 1

Hobby terbaru...photography. Seronok rupanya main ambik2 gambar ni...tambah2 lagi model2 nya pun, model2 pencen semua... Tapi siapa nak kesah. Tak kiralah model pencen pun. Sapa yg suka tengok...tengoklah ya. Yg tak suka sila pejam mata ...

Geng sehati sejiwa...kami suka macam ni. Tak kisah org nak kata apa...

Versi aku....

Versi kak Ida...gambar kak ida tak banyak. Katanya tak dok mood. Aku tak nak paksa sebab kami ni kan model pencen profesional.

Versi nora...ala-ala nurulbariah gitu.

Versi Kak Yati...

Gambar kak yati kena banyak sebab dia ketua unit keceriaan kolej. tak boleh lawan ketua...nanti ketua marah.

Misi Orkid Di Padang Besar

Petang kelmarin kami ke Padang Besar...beli orkid untuk Nurseri Kolej. Sambil2 tu kami beli sekali untuk diri sendiri...hidden agenda...ahak...ahak...

Tengok la gambar2 orkid kat bawah ni...cantikkan.?

Seronok kan kalau bunga2 macam ni ada kat rumah aku.

Nora...tetap dengan iklan ubat giginya...kali ni moden sikit...ala-ala pegang dagu gitu...

K.Ida dan K.yati tak sempat nak posing ...terlampau sibuk pilih bunga...pilih untuk sapa tu...untuk kolej ke diri sendiri ?

Tukar Profesion

Minggu ni semua pelajar Kolej Matrikulasi Kedah sibuk memerah otak menjawab soalan2 peperiksaan akhir mereka. Semoga semuanya dapat menjawab dengan baik dan dapat keputusan yg cemerlang. Insyaallah.

Minggu ni kami AJK unit Keceriaan KMK tak kurang sibuknya....jadi supervisor untuk kerja2 pengubahsuaian taman kami...seronok tengok dia orang buat kerja.

Inilah team makeover kami. Pak Njang, Pak su dan Pak Halim. Apa2 hal kena la jamu mereka makan dulu...baru la semangat nak buat kerja.

Yg ni K.Yati dan Nora...Acah2 je tu pegang cangkul.

Aku dan Nora sedang berkerja....bahan bukti ni...

Nora and Me

K.Yati and Nora

Itulah kami...apa2 hal gambar kena ambik

Tuesday, October 19, 2010

Wanita Dan Airmata

Kenapa lah suka sangat menangis...silap sikit menangis...menangis.....tak ada kerja lain, menyampahnya!!! Itulah ayat yg biasa kita dengar bila seorang wanita menangis. Power kan ayat tu...? Sebenarnya itulah jalan terakhir yang boleh dibuat untuk mencari sedikit ketenangan bagi diri sendiri... bukan nak mencari perhatian...atau meraih simpati.

Aku cukup suka dengan petikan kat bawah ni...memang dah banyak kali baca dan dapat jumpa petikan ni dimana-mana....

""Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…” Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.” Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya: “Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. “Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar. “Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa. “Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah. “Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya. “Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak. “Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi. “Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan "

Relax?

"Good, better, best. Never let it rest. Until your good is better and your better is best."

-Tim Duncan -

Monday, October 18, 2010

Ahak...ahak...

Nyonya Kaya
  • Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL untuk kali pertama selepas menang loteri. Beliau check-in disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei Lee. Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Nyonya Mei Lee melihat ke sekeliling. Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut. Eksekius mi, lu jan ingat wa tua, mali dari kampung, tatak (takde) tau tutuk hotel.. sudah baya latut latut (ratus ratus), lu kasi ini bilik ka??!! kicik!! tatak tibi, tatak lemari tatak apa pun??? katil mau titun (tidur) pun tatak????, haiyyaaa.. mau tipu olang ka??!!" Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar Nyonya, ini baru lift, maaa....""

Happy Monday.... Untuk Semua

suka cerita lawak...jom pi sini

Sunday, October 17, 2010

Roses Forever

Roses Are Red,

Violets are blue,

Sugar is Sweet

And so are you

Happy jalan-jalan di rose garden....caya ke????
 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang