Saturday, March 26, 2011

Happy Birthday Aneesa

25 Mac 2003...  Happy Birthday Nur Aneesa Sofea... yang ke 8 tahun.

Tahun ni tak buat majlis hari jadi besar2...mama tak berapa sihat...tak larat nak masak. Walau macamana pun sebelum tu kami dah penuhi permintaan dia...pi ke Mc Donald makan2.... dalam perjalanan balik kami singgah beli kek dan makanan ringan. katanya dia dah jemput kawan2 datang kat rumah pukul 6 petang....kesian kat dia. walau apa pun aku tengok dia betul2 happy hari tu.



with mama and abah

 afiq, aneesa, tasha dan along

afiq mengetuai acara nyalakan lilin...

potong-potong...

tetamu adik pada hari tu...
tahun ni kami ajak tetamu2 kecik je...mak ayah semua terkecuali

abah kata...kesian kat adik sebab beli makanan segera je. Jadi masa majlis berjalan, abah pi beli mee dan terus tunjuk skill memasak... Chef Azizi in the house

memang terbukti sedap mee tu...hingga menjilat jari

Tengah bermesyuarat tentang aktiviti yang nak dibuat....
Hari tu aku tak rancang apa2 aktiviti pun untuk budak2 tu...dia orang yang tentukan sendiri.


Akhirnya, persetujuan dicapai.. main permainan 'Spin The Bottle'. Macam2 ayat keluar pada hari tu... sapa yg jadi raksasa....sapa yang suka kentut....dll lagi...lepas tu semua pakat gelak pada orang yg terkena...ish apa punya permainan la...

antara kad yang diterima dari kawan2...
Dah selesai makan... main kat luar rumah pulak...lari-lari kutip kertas

1..2...3 ..lompat

yeyyyy dah selesai majlis hari jadi.
The End

Friday, March 25, 2011

Langkawi Lagi

Aktiviti selepas turun dari gunung mat cincang

Bagi makan rusa kat perkarangan geopark hotel...

Selepas tu kami ke Pekan Kuah...shooping coklat... Tengok pinggan mangkuk...cantik2. sabar je lah..tak boleh nak beli. tak cukup tangan nak bawa.... lagipun susah nak angkut bawa naik feri.

Dalam perjalanan singgah kat tepi pantai....

Dataran Lang...

Ke pantai berhampiran hotel
Kutip kulit kerang dan cari ketam...sebelum bermula acara mandi manda

Acara wajib kalau bercuti kat pantai.....

Nur aneesa Sofea dengan istana pasirnya...

Tamat Cerita Langkawi...

Cable Car @ Langkawi

First time naik cable car kat langkawi...kali terakhir naik di genting highland, itupun masa student kat UKM dulu...dah lama sangat2. Masa naik cable car kat genting dulu rasa macam dah tobat tak nak naik dah...cukuplah sekali. tup...tup bila sampai kat langkawi, dah 'ter' naik la pulak.  Mulanya memang dah tanamkan tekad...berkobar-kobar tak nak naik, tapi bila semua anak2 nak naik...terpaksalah tahan rasa takut tu.
on the way up...masih boleh senyum sebab masih lagi ditempat rendah.

Along, afiq dan bibik ratna

Dah sampai ke puncak Gunung Mat Cincang

Destinasi kami seterusnya adalah menuruni bukit untuk ke Jambatan Gantung.

Inilah jambatannya... menghubungkan dua buah gunung.

on the way down.. ke jambatan gantung...jauh la jugak kena turun
Along dan Afiq...gayat punya pasal di jambatan gantung, sampai terduduk...pening. Nasib baik kami pergi waktu pagi...angin tak lah kuat sangat. Kalau waktu petang, angin kuat...jambatan akan bergoyang2 ditiup angin...ish kecut perut aku.

Kenangan di jambatan gantung Gunung Mat Cincang

mama dan abah di jambatan gantung...gayat betul kalau pandang ke bawah.


Kami...

on the way up.... masa turun tak lah penat sangat. Bila nak naik balik...longgar habih lutut. Terpaksa lah transit dua tiga kali... ambik mood...



Bergambar di pertengahan jalan...sebelum sampai ke atas


Di puncak gunung Mat Cincang...


Akhirnya.... bila dah penat macam2 boleh jadi....gaduh la....masing2 dah muncung. Iklan macam ni boleh tengok everytime...everywhere.... ni yg buat aku pening kepala.

Wednesday, March 23, 2011

Cuti-cuti Langkawi

Cuti sekolah...kami ke langkawi, setelah bertahun2 tidak ke sana. Last ke sana kalau tak salah dalam tahun 2006. Kami beli tiket feri untuk perjalanan pukul 12.30 tengah hari dari kuala perlis .Pilihan kami mestilah feri Lada sebab feri ni besar sikit...jadi kalau dilambung ombak tak lah terasa sangat... Waktu di tiket 12.30...feri cuma jalan jam 1.00 petang...ish. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit...Disebabkan feri lambat jalan, kami semua kelaparan...terutama si bongsu aneesa. merengek minta makanan...katanya lapar sangat. Aku pulak tak bawa apa2 bekalan sebab aku  ingatkan feri jalan on time...jadi dalam pukul 1.00 lebih dah boleh sampai...cadangnya boleh lah terus makan kat langkawi je. Rupa2nya pukul 2 baru sampai....tak ke lapar budak2 tu. So moral of the story...bawa lah bekal sebab kita tak pasti apa yg akan jadi.



Kami nak sewa van yg agak besar sikit...tapi yg ada cuma Avanza. Terpaksa lah terima sebab musim cuti sekolah ni tak boleh nak demand sangat..Harganya pun agak mahal dari hari2 biasa...ish ambik kesempatan betul depa ya...

Kami terus ke Geopark hotel... memang cantik betul tempat tu... aku suka. Reason? kat tempat ni ada macam2 permainan untuk budak2 ... dan orang tua pun boleh join sekali kalau mau. Kawasan persekitran Geopark Hotel ni pun cantik. Kalau nak naik cable car...kat depan hotel je. Kalau bawa anak2 memang sesuai sangat...tak perlu jalan jauh2...semua ada kat situ. Untuk ibu2 dan bapa2 pun sesuai juga... byk kedai2 yg jual macam2....


 Inilah kawasan Geopark Hotel...cantik kan?

Kat sini ada disediakan kemudahan flying fox... sekali naik RM10. Budak2 tu semua teruja untuk mencuba walaupun pada awalnya takut2.


Along dan afiq .... sebelum terjun

Along memulai aktiviti terjun...


Diikuti oleh Afiq..




Dan tasha......

 Selepas semua dah terjun...adik pun teringin nak terjun jugak...semangat datang sebab tengok kakak dan abang dah terjun dengan selamatnya. Sebelum terjun tu dia terbatuk2...bila aku tanya pasal apa terbatuk2..takut ke? dia kata... batuk tu untuk mengeluarkan 'takut' yang terlekat kat tekak..... ish macam2 la dia ni.



dah selamat sampai

 cerita langkawi bersambung selepas ini......

Sunday, March 13, 2011

Jom Ke Korea

Hujung minggu, aku pulun tengok drama korea...dah lama jugak aku pencen dari  tengok drama2 korea ni. Sebabnya kalau dah tengok..tak boleh berhenti....kena tengok sampai habis. ... habis semua kerja terbengkalai. Cerita terbaru yg aku tengok  Mary Stay All Night lakonan Jang Geun Suk dan Moon Geun Young.


Ini dia punya DVD ... beli kat Star Parade Alor Setar


Ini pelakon utama Jang Geun Suk (watak Moo Kyul) dan Moon Geun Young (watak Wi Mae Ri). Kedua2nya comel... 


Drama ni berkisar kepada Wi Mae Ri , seorang gadis 24 tahun yang sudah kehilangan ibunya pada usia 4 tahun. Sejak itu ia harus hidup bersama ayahnya yang selalu saja membuat masalah. Ayahnya mempunyai hutang keliling pinggang sehingga sering dikejar along. Sering kali Wi Mae Ri harus berbohong  untuk melindungi ayahnya dan juga berhenti kuliah kerana tak cukup duit.

Suatu hari Wi Mae Ri memandu kereta kawannya yang mabuk  dan secara tak sengaja telah melanggar seorang pemuda (Moo Kyul), seorang pemain band di sebuah club. Itulah pertemuan pertama Moo Kyul dan Mae Ri. Mae Ri telah dijodohkan oleh ayahnya dengan anak sahabatnya kerana kedua2 sahabat ini pernah sepakat  untuk menjodohkan anak2 mereka. Mae Ri yang tidak mau dipaksa menikah akhirnya cuba lari dari rumah. Dia menemui Moo Kyul yang ketika itu sedang bersama kawan2nya. Mae Ri  menceritakan semua masalahnya pada teman-temannya dan akhirnya mereka mendapat idea agar Mae Ri pura-pura menikah dengan Moo Kyul  supaya ayahnya menghentikan niatnya untuk menjodohkan Mae Ri.
Namun begitu ayah Mae Ri tidak mudah menyerah, dia  mendaftarkan nama Wi Mae Ri dan Byun Jung In (calon pasangan Mae Ri yang dijodohkan oleh Ayahnya) sebagai pasangan yang telah menikah. Akhirnya mereka semua membuat kontrak perjanjian  selama 100 hari. Wi Mae Ri harus membahagi masanya dengan Jung In dan Moo Kyul. Dari pagi sampai petang ia harus bersama Jung In dan dari petang sampai malam bersama Moo kyul dan selepas itu baru pulang ke rumah. Dan setelah 100 hari Mae Ri harus memutuskan  siapa yang dia pilih..

Siapa yang dipilih oleh Mae Ri?  Aku pun tak tau lagi sebab belum habis tengok... Jadi kalau berminat dengan drama ni..pi lah beli DVD tu sendiri ya.

Friday, March 11, 2011

To Paint or Not To Paint

Sedang memikirkan...nak cat ke tidak? Dah boring betul dengan cat bedroom yg ada sekarang... kalau nak tukar, nak cat kaler apa? Ish pening. Rasa2nya nak cat kaler grey...tapi cantik ke? Takut nanti jadi kelam semacam je..nak masuk pun takut.

Try cari kat google...inilah hasilnya...cantik jugakkan? Tapi kadang2 dalam gambar memang nampak cantik, realitinya belum tentu. Lagipun dekorasinya tak sama. Aduih...pening kepala weh. Walau apa pun gambar bedroom kat bawah ni semuanya cantik...suka sangat.

Berangan jap ya.....


Putih dan grey ... kombinasi yg cukup cantik. Masalahnya perabut kat bilik aku tak dok pun yg kaler putih...ish...

Kombinasi grey, hitam dan kuning...cantik juga kan? yg ni mungkin boleh diselesaikan dgn letakkan cadar kuning...    Ish boleh ke? 


Grey dan putih lagi.... kena beli cadar putih la pulak

Yg ni cantik sangat..... aku suka juga yg ni.

Kesimpulannya .... masalah memikirkan nak cat @ tidak masih belum selesai.
Bersambung selepas ini... kita tengok apa jadi ya.....


Ni aku cedok dari google juga..... Create a Romantic Shabby Chic Style Bedroom


1. Bedding - Choose vintage inspired florals, stripes, and patterns in pastels. Mix and match them. Throw in some beautiful vintage or reproduction chenille's for added texture.

2. Lighting - Hang a beautiful chandelier over the center of the bed. Whether old or new, the chandelier of choice should be dripping with prisms and glass beading. When choosing a chandelier you should keep in mind that it will be a focal point. Choose ornate or glass lamp bases with floral lampshades

3. Paint - White of course lends itself to creating a very clean look. If you intend to use a lot of white art frames or mirrors, you may want to choose a slightly contrasting color for the walls such as a white sage or a soft pink. To create pop, paint the ceiling, doors, and trim white.

4. Wall Decor - Beautiful romantic floral paintings with ornate frames are perfect. Large ceiling tin framed mirrors hanging on the wall. For a more dramatic look, purchase a large mirror and lean it up against a wall creating a full length mirror.

5. Furniture - Mixing the old with the new is one of the nicest features of a Shabby Chic bedroom. If you are having trouble fitting in an old piece that you love because it is too dark, paint it white. Don't forget to distress the edges to give it a natural worn look.


Written by Tina Bauer - Owner of Not Too Shabby.

Wednesday, March 09, 2011

The Starfish Story...Inspirasi Untuk Guru

Peperiksaan akhir program matrikulasi akan bermula lebih kurang 3 minggu lagi....aku cukup takut sebenarnya. Takut dengan persediaan pelajar yang masih ntah apa2.....Masih tak tau hujung pangkal...masih bermimpi.... Entahlah....Kadang2 aku rasa cukup sedih dan terkilan. Setiap kuiz yg diberikan masih ramai lagi yang dapat markah yang teruk...walaupun diulang soalan yang sama...yang telah dibincangkan sebelum ini....berkali-berkali.

Walau apa pun aku doakan semua pelajar akan dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Aku akan cuba buat apa yang termampu....  " Never never give up! .



Cerita ni aku kutip dari internet....moga dapat dijadikan inspirasi untuk semua yang bergelar guru....

The Starfish Story
adapted from The Star Thrower
by Loren Eiseley (1907 - 1977)

Once upon a time, there was a wise man who used to go to the ocean to do his writing. He had a habit of walking on the beach before he began his work.

One day, as he was walking along the shore, he looked down the beach and saw a human figure moving like a dancer. He smiled to himself at the thought of someone who would dance to the day, and so, he walked faster to catch up.

As he got closer, he noticed that the figure was that of a young man, and that what he was doing was not dancing at all. The young man was reaching down to the shore, picking up small objects, and throwing them into the ocean.

He came closer still and called out "Good morning! May I ask what it is that you are doing?"

The young man paused, looked up, and replied "Throwing starfish into the ocean."

"I must ask, then, why are you throwing starfish into the ocean?" asked the somewhat startled wise man.

To this, the young man replied, "The sun is up and the tide is going out. If I don't throw them in, they'll die."

Upon hearing this, the wise man commented, "But, young man, do you not realize that there are miles and miles of beach and there are starfish all along every mile? You can't possibly make a difference!"

At this, the young man bent down, picked up yet another starfish, and threw it into the ocean. As it met the water, he said, "It made a difference for that one."

It is the greatest of all mistakes to do nothing because you can only do little - do what you can. ~Sydney Smith

Tuesday, March 08, 2011

Spring @ Alor Setar


Hujung minggu kami jalan2 ke Alor Setar....terpegun tengok bunga2 yang cantik sepanjang jalan.... boleh dikatakan semua berbunga...Cantik sangat2. Suka.


Pokok2 besar dengan bunga yang penuh di sepanjang jalan...aih rasa macam dok kat England pulak


Di sepanjang lebuhraya darul aman...juga penuh dengan pokok ni.


Cantik...dengan bunga2 yg berguguran.

Terkenang masa aku dok kat Loughborough, England dulu. Musim Spring adalah musim yg paling aku suka. Bunga2 cukup cantik dan segar. Aih rindunya nak kesana lagi.


Bersama bunga hydrangea yang besar2...di Cornwall.


Aneesa, anak bongsuku di Queen Park, Loughborough...dekat dgn rumah kami.


Anak2ku masa kecil di Queen Park ....Loughborough


Bunga penuh pokok di Queen Park....bunga di alor setar tu ala-ala macam ni la kot...



Cantik bunga2 ni.... nanti boleh buat landskap macam ni kat kolej...ish boleh hidup ke?
 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang