Tuesday, February 28, 2012

Hong Kong Disneyland Part 2

Sampai je Disneyland...bergambar dulu ye.  Bergambar di pintu masuk...kalau nak dibandingkan dengan Paris Disneyland...kat hong kong ni lebih kecil dan agak kurang gah berbanding dengan yg kat Paris. Tapi tak apa..anak2 dah seronok sangat dah. Asalkan dapat main, sudah.

 Inilah rombongan kami...

Kami...mama dan abah.

Kat pintu masuk ke Disneyland...belum apa2 dah posing merata-rata..hehe


 Menuju ke Kaunter tiket...

Abah dok beli tiket...kami dah booking secara online. sampai situ ambik je. Nasib baik org tak ramai masa ni


Dah dapat tiket....
Selesai ambik tiket...beratur pulak untuk masuk..ada security check kat sini. selongkar beg yg kita bawa.


Beratur dengan muka excited..hehe

Sambung lagi ya di part 3....kita tengok apa yg ada di dalam tu...

Trip To Hong Kong Disneyland

Tetiba terasa nak bawa anak2 jalan...dah banyak kali berjanji sebenarnya. Akhirnya janji tersebut tertunai pada 23 Feb 2012. Kami ke Hong Kong Disneyland pada 23 Feb hingga 26 Feb 2012. Mesti pelik kan...pergi bukan masa cuti sekolah @ pun cuti matrikulasi. Aku ambik cuti 2 hari dan anak2 dipontengkan sekolah 2 hari. Terpaksa pergi awal sikit sebab takut nanti kalau lambat2....aku dah tak larat nak berjalan. Sekarang ni pun dah sakit2 merata2...maklumlah mengandung diusia senja..hehehe.

Kami bertolak dengan flight Airasia dari penang jam 3.40 petang. Penerbangan mengambil masa 3 jam 40 minit. Kami bertolak dari jitra jam 12 tengahari dan sampai ke Penang Airport jam 1.30pm. Sampai airport kami makan sikit2 sebagai alas perut...cadangnya nak makan masa dalam flight nanti. ..sesuatu yang tak dijangka..makanan habis. yg ada cuma snek dan maggi cup je. Aduh....tak sangka la pulak kami makan maggi dalam pesawat.

Makan maggi....

Sampai di airport hong kong, kami disapa oleh seorang lelaki...dia ni dari kashmir dan muslim. Dia offer pengangkutan ke Hotel...murah berbanding dengan kalau ambik teksi airport. Mulanya rasa takut juga..maklumlah kat negara orang..takut ditipu ke...culik ke..ish. Tapi bila mengingatkan dia ni muslim, kami beranikan diri terima...tapi sepanjang jalan aku dok berdoa supaya perjalanan kami selamat. Rupa2nya org ni memang baik...siap tolong carikan kad prepaid untuk kami dengan harga murah...alhamdulillah.

Kami menginap di Imperial Hotel kat Nathan Road...Kawasan ni cukup strategik sebab dekat dgn stesen MTR Tsim Tsa Tsui (keretapi macam LRT tu) dan kawasan ni juga merupakan pusat shopping barangan berjenama...macam2 brand ada, duit je yg tak berapa ada..hehe. Kat kawasan ni juga nak cari makanan halal senang sebab byk kedai2 yg menyediakan makanan halal. Jadi kalau sesiapa yg boleh makan masakan pakistan, india dan seangkatan dengannya..dicadangkan dok  la kat kawasan ni.

Esoknya..pagi2 lagi kami dah menerpa ke MTR station...beli tiket untuk ke Disneyland....anak2 dah tak sabar dah..

Menunggu hubby beli tiket

Tak sabar nak naik train...

Dalam train untuk ke Disneyland

Aku bersama kakak ipar


Dah sampai ke Disneyland Resort Station...

Cerita disneyland bersambung di post yg lain .....

 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang