Wednesday, December 05, 2012

Universal Studio Singapore

Kami ke sana masa minggu pertama cuti sekolah...baru teringat nak update kat blog. Kami bermalam kat Tune Hotel Danga Bay JB. Dah buah tempahan secara online...siap dengan tiket bas pergi balik ke USS.Kalau ambik secara online bayaran tiket bas lebih murah berbanding kat kaunter. Tiket tu blh ambik terus selepas check in di kaunter  syarikat Odyssey Bas....di luar pintu masuk tune hotel je.Kenapa pilih Tune Hotel? sebab Tune hotel ni lebih jimat dan lebih mudah untuk ke USS kerana mereka menawarkan Shuttle Bus ke USS. Turun saja dari hotel terus boleh naik bas ke USS. kalau tinggal di hotel lain, nak kena drive pula ke Tune Hotel. Biliknya pun ok la...sekadar untuk tumpang tidur je kan?



Kat depan pintu masuk ... tempat wajib bergambar


depan pintu masuk lagi...

USS bukak pukul 9 pagi until 7 petang. Jadi, datanglah awal dan naik rides yang famous dulu. Maskot-maskot tu biasa dia keluar dalam tengahari tapi paling banyak petang dalam pukul 3 camtu. 

USS ini best untuk mereka yang suka bergambar. Sebab diorang ada setting Hollywood, NewYork, Madagascar, Far Far Away, Egypt & Jurassic Park. 
 

Hollywood street. .... Semua bangunan cantik2
 
 Far Far Away...bergambar je...tak masuk pun ride kat sini. tukar shift dgn cik abe jaga si kenit tu. Budak2 je yg masuk..

Bersama Charlie Chaplin Tiruan....

Kalau rajin beratur boleh la bergambar dengan karakter2 tiruan macm ni...ada Marilyn Monroe...Betty Boop dan ramai lagilah...

Kat depan Jurassic Park ... ride kat sini seronok...boleh cuba
 

Lost World....
 
 Madagascar...yg ni aku masuk sekali....komen aku, utk org2 tua macam aku ni tak  masuk pun tak apa kat sini...tak seronok pun. kalau budak2 ok la.

 Ada free street dance show


Baby Rizqie ....muka happy kat hollywood Street


Dah tertidur...letih kena usung sana sini. Dia je yg masuk percuma. Tapi boleh naik ride tanpa henti...ride yg ditolak...

ride yg di kendong...

Kesimpulannya...memang best kat USS ni...Kalau berkunjung ke sana jgn lupa masuk yg Transformer tu..best sangat.

Kat depan Transformer...

Itu je cerita USS..malas nak tulis banyak2 sebab mood USS dah habis...hehe

Friday, November 30, 2012

Tokyo Part 4 - Hakone


Selepas ke Mt fuji, kami dibawa pula ke Hakone. Hakone (箱根) is part of the Fuji-Hakone-Izu National Park, less than 100 kilometers from Tokyo. Famous for hot springs, natural beauty and the view of nearby Mt. Fuji, Hakone is one of the most popular destinations among Japanese and international tourists looking for a break from Tokyo. (ambik dari google..malas nak translate)




Pemandangan sepanjang jalan ke Hakone...cantik sangat


Singgah makan kat restoran...dalam pakej ada disediakan makanan, kena tambah 2000 yen lagi untuk seorang.. Aku tak ambik pun makan tu...sampai kat situ boleh order sendiri..lagi murah. lagipun kalau makanan yg dia orang sediakan, ada yg kita tak boleh makan. Jadi lebih baik order sendiri...lagi murah dan boleh pilih sendiri apa yg kita nak.. aku cuma belanja dalam 1500 yen untuk dua orang.

Pemandangan di sekitar restoran tu...

Selepas makan..destinasi kami yg pertama adalah naik bot di lake Ashinoko. Cari lagi dari google...pasal lake ni. "Lake Ashinoko (芦ノ湖, Ashinoko) was formed in the caldera of Mount Hakone after the volcano's last eruption 3000 years ago. Today, the lake with Mount Fuji in the background is the symbol of Hakone.

The best views of the lake in combination with Mount Fuji can be enjoyed from Moto-Hakone, from theHakone Detached Palace Garden and from the sightseeing boats cruising the lake. Note however, that clouds and poor visibility often block the view of Mount Fuji, and you have to consider yourself lucky if you get a clear view of the mountain. Visibility tends to be better during the colder seasons of the year than in summer, and in the early morning and late evening hours.

Two companies, Hakone Sightseeing Boats and Izuhakone Sightseeing Boats, operate boats between Moto-Hakone and Hakone-machi at the lake's southern shores and Togendai and Kojiri at the lake's northern end. A boat cruise from one end of the lake to the other takes roughly 30 minutes and costs 970 yen. The Hakone Free Pass is valid on the pirate ship shaped Hakone Sightseeing Boats but not on boats operated by Izuhakone." 




Naik Pirate Boat...di Lake Ashinoko


Pirate Boat...di Tasik Ashinoko. Sejuk...ditambah lagi dengan angin yang bertiup kencang...menggigil...

Selepas naik bot..kami dibawa menaiki sky gondola ke Owakudani. Owakudani (大涌谷, Ōwakudani) is the area around a crater created during the last eruption of Mount Hakone some 3000 years ago. Today, much of the area is an active volcanic zone where sulfurous fumes, hot springs and hot rivers can be experienced. Additionally, Owakudani has good views of Mount Fuji on clear days.

A short walking trail (about ten minutes one way) leads from the ropeway station into the volcanic zone to a number of steam vents and bubbling pools. Here you can purchase eggs, cooked in the naturally hot water, whose shells are blackened by the sulfur and which are said to prolong one's life by seven years.


Pemandangan dari atas sky gondola..

kat sini kita boleh bau sulfur dari kawasan kawah gunung berapi yang masih berasap...


Bersama tourist guide kami di owakudani



Selepas 20 minit di owakudani..kami akan bertolak balik ke hotel masing2. Kalau yg  balik ke hotel dengan bullet train...mereka akan dibawa ke Odawara station...perjalanan dari odawara station ke Tokyo cuma mengambil masa 30 minit sahaja...kalau naik bas katanya dalam 2 hingga 3 jam, bergantung kepada traffic. Memandangkan pukul  6 kami masih di owakudani dan flight kami pukul 11 malam....jadi aku dan husband sepakat naik bullet train...lagipun boleh la cuba rasa naik bullet train kan...


Dalam bullet train...


Sampai hotel...terus ambik beg...tunggu bas nak ke airport. sambil2 tu bergambar dengan anak dara jepun yg comel ...



Saturday, November 24, 2012

Tokyo Part 3 - Mt Fuji

Hari Ke tiga...hari ni full day kami blh jalan sebab hubby dah habis conference. Flight balik ke Malaysia jam 11.30 malam. Seperti yang dirancang..kami ikut trip ke Mt Fuji - Hakone...one day trip. Seawal jam 8 pagi kami dah menunggu bas di lobi hotel.



Our tourist guide..


Jalan yg lengang..kebetulan hari tu cuti umum . Apa yang aku tengok jalan2 kat jepun ni tersusun elok...bersih ...cantik je.

Di pertengahan jalan...kami berhenti kat R&R. Beli makanan dan minuman dan ke toilet. Kami punya pemandu pelancong cadangkan supaya buang dulu apa yg patut kat sini sebab toilet kat sini lebih selesa kalau nak dibandingkan dengan toilet kat gunung Fuji tu nanti. sambil2 tu kita bergambar dulu..pemandangan kat sini pun cantik jugak..hehe.

Sebelum sampai ke Mt Fuji kita akan lalu satu pekan di kaki gunung fuji. Kawasan country side ni dikenali sebagai Godemba...kat situ ada factory outlet. Kami cuma lalu je tak singgah pun kat factory outlet tu. kira window shopping dari dalam bas je la...



org jepun pun tanam padi....


rumah kat pekan godemba

Selepas pekan tu kita akan lalu pulak kawasan hutan ...cantik sangat. Daun2 dah bertukar warna...Semakin tinggi pendakian menaiki gunung..semakin rendah pokok2 yg ada disekitarnya. Perjalanan masa mendaki gunung ni agak seriau jugak...jalan berliku-liku dan masa bas membelok kat selekoh tu kadang2 rasa macam nak terjatuh je kat dalam gaung tu...tak ada penghadang pulak tu..hish


Dah sampai ke puncak gunung fuji...dgn bas. Suhu sejuk sehingga 0 darjah.



kemuncak gunung kat belakang tu....


Teringat masa dok kat Loughborough, England dulu.




Thursday, November 22, 2012

Tokyo Part 2

Hari kedua...aku dah malas nak masuk conference. Jadi malam tu kami pergi tanya kat customer sevice kat lobi hotel kalau2 ada tour yang aku boleh ikut. Kalau pergi dgn tour agent senang sikit.. nak pergi sendiri sorang2 takut tak jumpa jalan balik pulak nanti..hehe. Minah jepun yg jaga kaunter pada masa tu kurang fasih berbahasa inggeris...dah la dia tak faham apa kami cakap, lepas tu lama la pulak mencari pemplet tour tu. Selepas bertungkus lumus mencari...dia bagi kat aku sekeping pemplet trip ke Mt Fuji. 

Pagi esoknya sebelum husband masuk conference, kami pergi daftar nama untuk ke Mt fuji pada keesokan harinya. Kali ni org yg jaga kaunter tu fasih berbahasa inggeris. Jadi kami tanya lagi sekali kalau2 ada tour keliling bandar. Rupa2nya ada disediakan pakej tu...one day tour dan half day tour. Kalau one day tour start jam 9 hingga 5 petang. Half day start pukul 2 hingga 5. Aku berminat yang one day tu sebab dia bawa semua tempat...Tokyo Tower, Skytree dan macam2 lagi. Kalau yg half day tu tak menarik sangat sebab tak pergi ke Tokyo Tower...banyak bawa ke Temple je. Yg masalahnya...kami dah terlepas bas untuk one day tour tu. Bas gerak pukul 9...kami sampai situ dalam 9.15. eeeee geram betul aku kat minah jepun yg jaga kaunter  malam tu. kalau dia bagi pemplet tu awal2 malam tu...boleh la aku standby awal2. Sudahnya..hari kedua aku di jepun dihabiskan dengan baca novel kat bilik je sementara menunggu husband habis conference pukul 4.30 petang...dan melawat tokyo tower dari bilik hotel...




habis je conference..kami naik train ke Akihabara.nak beli tiket train ikut harga tambang...bukan ikut nama tempat. jadi bila nak beli tiket tu kena pastikan dulu brp harga tiket untuk ketempat tu...tempat dan harga tiket ada disediakan kat bhg  atas mesin ...jadi tekan butang harga...tekan butang bilangan penumpang...tiket pun keluar.



harga tiket kami dari stesen shinagawa ke akihabara adalah 160 yen. kami naik train ke Akihabara dgn menggunakan train Yamanote Line



Apa yg menarik di Akihabara adalah ia terkenal sbg Electric Town. Terkenal sbg major shopping area utk brg2 electronic, computers, games, dan mcm2 items yg berkaitan dgn animasi kartun/manga yg selalu kita tgk dlm tv.Akihabara atau lebih dikenali sebagai ‘Akiba’ dikalangan penduduk tempatan. Perbandingan tempat ni dengan di Malaysia adalah ibarat Low Yat kat KL..Namun   disini ianya lebih besar sebab the whole area/town dipenuhi kedai kedai elektronik



Ada beberapa gedung yang patut dilawati pengemar2 gajet,antaranya seperti gedung Sofmap,Ishimaru,Laox,Yodobashi Camera dan Yodobashi Akiba. Window shopping je...barang2 semua mahal. kalau nak beli PSP ke...PS VITA ke...kat sini murah. games pun byk...tapi dalam bahasa jepun..kalau faham bolehla beli...


harganya boleh tahan...bahagikan dengan 25 ya...


apa yg  aku perasan, anak2 dara di Tokyo ini sungguh ranggi dlm fashion. Ada yg pakai baju ala2 cinderella, Lacus (heroin dlm kartun Gundam), Sailor Moon..dan mcm2 lagi..siap pakai wig dgn color  ikut fashion watak cartoon yg mereka gemar. anak2 dara jepun ni memang cantik2. aku saja je ambik gambar 2 org anak dara jepun ni...comel sangat. macam watak cartoon jepun yg kita selalu tengok kat tv tu. kebanyakannya nampak macam budak2 sekolah, pakai skirt pendek...rambut tocang comel2...jerit2 kat tepi jalan bagi pemplet kat org lalu lalang. aku ambik jugak la pemplet tu...tapi tak faham apa...nampak macam promosi kedai je. Gadis2 ni dikenali sebagai maid cafe di akihabara.


gambar ni ehsan dari google..aku nak snap gambar anak2 dara tu dekat2 takut dia orang termarah pulak...jadi ambik je dari google.




kedai ni aku cukup berkenan...jual bunga2 hidup...cantik2 wei


dah penat berjalan...kami cari kedai jual makanan..tengok kalau2 ada yg boleh dimakan. Sekali lagi jumpa makanan mentah...adusss



Jalan-jalan ke Tokyo

Alhamdulillah cita-cita nak ke jepun tercapai juga akhirnya walaupun impian nak tengok cherry blossom  tidak kesampaian. Cherry blossom ada masa spring..kami pulak pergi dah dekat2 nak winter. Husband ada conference di sana..dan macam biasa aku akan menyibuk nak pergi sama. 

Flight Air Asia bertolak dari Penang jam 11 pagi pd 31 oktober 2012..kami kena transfer di LCCT dan naik flight Air Asia X pukul 2.45 petang ke Haneda. Pukul 3 baru flight jalan. Penerbangan mengambil masa 6 jam 20 minit dan kami selamat sampai ke Haneda pukul 10.30 malam waktu Jepun yang lebih cepat 1 jam dari waktu malaysia. Sampai2 je terus berlari-lari ambik tiket bas ke Hotel. Bas terakhir pukul 11 malam. Kalau tak sempat naik bas tu...terpaksa naik teksi yang bayarannya berlipat kali ganda mahalnya.

First time pergi jepun...terkejut juga melihat cara dia orang layan tetamu....bagus sangat. Arigato Gozaimas ...tak lekang dari mulut mereka. Sampai hotel terus check in...Grand Prince Hotel Takanawa. Husband berconference kat sini. Hotel ni berdekatan dengan Train Station Shinagawa....jadi kalau nak kemana-mana senang. 

First day di tokyo..aku ikut husband masuk conference..konon-konon nak menambah ilmu di dada., husband dah mintak kebenaran untuk aku ikut sekali...so nama dah ada dalam senarai peserta conference...weh canggih tu...pensyarah matrikulasi masuk conference bersama dekan2 dari IPTA  dan IPTS. 


Pembentangan dari Universiti Thailand pasal case study...yg ni menarik juga, blh tambah pengetahuan. Pembentangan2 lain selepas tu dah tak menarik dah..., jadi berlakulah aktiviti menguap ... eee bilalah nak habis nih.



Bersama Presiden ABEST21...Prof. Itoh. Dia ni lah yg anjurkan conference tu.

Pembentangan untuk sesi pagi tamat dalam pukul 1.30 petang....perut dah berkeriut lapar.  Nasib baik disediakan lunch...buka2 tengok...laaa lunch dgn sandwich je ke? tak lapar ke org2 jepun ni. 


Pukul 2 petang...kami dibawa ke kilang sony yang terletak berdekatan dengan hotel..pergi jalan kaki je. Katanya dalam 10 minit jalan kaki...rupa2nya jauh la jugak. ..dalam cuaca sejuk2 tu pun boleh berpeluh. Kat sini kami dibawa melawat ke showroom sony...tapi tak boleh bergambar..sebabnya depa cakap kat situ ada produk2 baru yg belum dipasarkan, jadi tak boleh didedahkan lagi kepada umum...hish biarlah rahsia.


Habis kat situ...dalam pukul 4.30 petang kami dibawa untuk dinner kat restoran jepun. .. makanan ala2 jepun. Aku dah agak mesti tak boleh telan punya.  dia orang hidangkan ikan mentah...sayur2...dan beberapa benda lagi yg memang no entry bagi aku..hish seksa hidup. Habis dinner dalam pukul 5.30. Keluar je restoran tu tengok hari dah gelap, memang dah tak boleh kemana2. Kami tinjau2 sekejap shopping compleks yg ada sekitar kawasan tu. Lepas tu cari 7 eleven...beli nasi kepal jepun dan ikan salmon goreng...yg ni baru blh telan.

Tuesday, October 23, 2012

Ternyata berkesan


Baru cuba pakai produk ni...lebih kurang seminggu dah rasa kesannya. Kulit jadi halus dan lembab...macam kulit baby...He..he... Tengok la gambar ni...dapat bezakan tak kulit mak dgn kulit anak...? Ahaks...ni ayat promosi tahap melampau nih.....rasa nak bagi penampar je kan..
Kulit pun jadi lembab gitu...kalau sentuh pun sure basah jari jemari. Walau apa pun rasa memang ok la produk ni.... Nak tau produk apa? ...hish rahsiaku bukan milikmu...satgi kwn2 jadi cantik jugak...hehe.

Thursday, October 18, 2012

hari yang pening

Letih weh..buat poster utk seminar r&d. Tak pernah2 kena buat pembentangan dlm bentuk poster..tup..tup..kali ni suruh buat poster pulak. Dah la tak reti nak buat. Contoh yg diberi dlm btk powerpoint...suruh buat dlm photoshop. Dah la photoshop tu aku reti guna sikit2 je utk edit gambar. Masa diberi cuma seminggu..tak patut la mcm tu. Kami org tua yg baru nak belajar nih. Apa2 pun aku tibai buat dlm powerpoint je...cuba save dlm photoshop tak blh la pulak. Adakah disebabkan aku ni tak reti?  jawapannya adalah ya...hehe. Poning kepala den. Gambar power point tu tertonggeng je...malas nak perbetul...


Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 16, 2012

Waktu solat menurut Al-Quran dan Sains


Pagi tadi.. minum kat kafe. Bersembang dengan Ustazah shidah. Dapat banyak ilmu yang selama ni aku tak tau pun. Pasal hormon melatonin...pasal faedah bangun disepertiga malam dan macam2 lagi. Terasa banyaknya kekurangan...banyaknya benda yang aku tak tau. Tergerak hati untuk untuk jalan-jalan cari ilmu di google. Terjumpa satu artikel yang menarik di blog Detik Islam...copy dan paste disini. Moga dapat menambah pengetahuan kita semua. Cerita pasal Solat.

Solat menjadi Ibadah utama seorang muslim, kewajipan solat ini menjadi salah satu cara untuk berkomunikasi langsung seorang hamba dengan Tuhannya. Banyak hikmah di dapati berkaitan perintah solat ini. Baik secara kesihatan, psikologi, sains, dan masih banyak lagi hikmah yang lain. Salah satu hikmah diperintahkan solat sebanyak 5 (lima) waktu. Rahsia ini terungkap berdasar beberapa kajian dan pengamatan para ahli di bidangnya.

Perpindahan waktu adalah bahagian dari kekuasaan Allah swt yang mempunyai hikmah dan kekhususan pada masing-masing. Setiap peralihan waktu solat, sebenarnya bersamaan dengan terjadinya perubahan tenaga alam yang boleh diukur dan dapat dirasakan melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi mereka yang akrab dengan dunia fotografi.

WAKTU SUBUH
Pada waktu ini, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersesuaian dengan frekuensi tiroid (kelenjar gondok). Dalam fisiologi, tiroid mempunyai pengaruh terhadap sistem metabolisme tubuh manusia. Warna biru muda juga mempunyai rahsia tersendiri berkaitan dengan rezeki dan cara berkomunikasi. Mereka yang masih tertidur pulas pada waktu Subuh akan menghadapi masalah rezeki dan komunikasi. Hal ini terjadi kerana tiroid tidak dapat menyerap tenaga biru muda di alam ketika ruh dan jasad masih tertidur. Pada saat Azan Subuh berkumandang, tenaga alam ini berada pada tingkatan optimum. Tenaga inilah yang kemudian diserap oleh tubuh kita terutama pada waktu ruku 'dan sujud.

WAKTU ZOHOR
Warna alam menguning dan berpengaruh terhadap perut dan sistem pencernaan manusia secara keseluruhan. Warna ini juga mempunyai pengaruh terhadap hati. Di samping itu warna kuning ini juga mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan seseorang. Jadi bagi mereka yang selalu ketinggalan atau melewatkan solat Zuhur berulang-ulang kali, akan menghadapi masalah dalam system penghadaman serta berkurang keceriaannya.

WAKTU ASAR
Warna alam berubah menjadi oren. Hal ini mempunyai pengaruh yang cukup signifikan terhadap keadaan prostate, uretus, ovary, testis dan sistem pembiakan secara keseluruhan. Warna oren di alam juga boleh mempengaruhi kreativiti seseorang. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan menurun daya kreativitinya. Di samping itu, organ-organ pembiakan juga akan kehilangan tenaga positif dari warna alam tersebut.

MENJELANG MAGHRIB
Warna alam berubah menjadi merah. Pada waktu ini kita kerap mendengar nasihat orang-orang tua agar kita tidak berada di luar rumah. Nasihat tersebut ada benarnya, kerana pada saat Maghrib tiba, spectrum warna alam selaras dengan frekuensi jin dan iblis. Pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga kerana mereka bergema atau ikut bergetar dengan warna alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan sebaiknya berhenti sejenak dan mengerjakan solat Maghrib terlebih dahulu. Hal ini lebih baik dan lebih selamat kerana pada waktu ini, banyak interferns atau tumpang tindihnya dua atau lebih gelombang yang berfrekuensi sama atau hampir sama dan boleh menimbulkan fatamorgana yang boleh merosakkan penglihatan kita.

KETIKA WAKTU ISYA '
Alam berubah menjadi nila dan selanjutnya menjadi gelap. Waktu Isya 'menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian yang frekuensinya sesuai dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan waktu Isya 'akan sering merasa gelisah. Ketika alam mulai diselimuti kegelapan, kita dianjurkan untuk merehatkan tubuh ini. Dengan tidur di waktu tersebut, keadaan jiwa kita berada pada gelombang Delta dengan frekuensi di bawah 4 Hz dan seluruh sistem tubuh memasuki waktu rehat. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna-warna putih, merah jambu, dan kemudian ungu. Perubahan warna ini selaras dengan frekuensi kelenjar Pineal (otak kecil), kelenjar Pituitary (bawah otak), thalamus, dan hypothalamus. Maka kita sepatutnya bangun dari tidur, dan pada waktu-waktu ini kita mengerjakan solat malam. Wallahu 'alam Bishowwab. (Aneka Sains)

 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang