Minggu ni pelajar2 program matrikulasi akan mula menduduki peperiksaan akhir mereka...selama 2 minggu. Lepas tu semuanya akan memulakan langkah masing2 meninggalkan kolej...tamat untuk sesi ini. Mei nanti, kami akan menerima anak2 baru yang meneruskan perjuangan di kolej matrikulasi selama 1 tahun....datang dan pergi...silih berganti.
Sesi ni kami buat pembaharuan..meraikan pelajar dengan mengadakan Majlis Tamat Pengajian...ala2 konvokesyen untuk mereka. ..dan seperti biasa aku ditugaskan untuk hiasan pentas...bersama K.yan, K.Ita dan Rafi. Kami gunakan apa yg ada dalam stor je..maklumlah era kemewahan KMK dah lama berlalu. pandai2 lah bawa diri ya.....
Krew Persiapan Pentas...thanks tu Fadz dan Lee Mei yang sudi membantu
Dalam proses ....
Hasil nya....
Wajah2 Dihari Majlis Tamat Pengajian.
Aku dan Pn. Zuraida...kami pun kena pakai jubah juga pada hari tu....kena duduk atas pentas yg membahang...peluh sampai ke kaki... hehehe
Bersama rakan2 ketua unit...
Bersama Ketua Jabatan kami yg akan bertukar ke KMPP...En Azmal. Tuai padi antara nampak....
Barisan pensyarah dan pelajar KMK...
Antara tokoh pelajar yang menerima anugerah pada hari tu...tahniah.
Acara makan2 selepas tamat majlis...yg ni paling seronok...
Petangnya..kami bergambar ikut unit...sambil2 tu ambik peluang bergambar dengan KJ sekali lagi..
The End...