Pages

Saturday, May 28, 2011

Personaliti


Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Jom tengok...






Maklumat jenis darah boleh mempengaruhi personaliti hanya sekadar ilmu rujukan sahaja. Ia tidak semestinya berlaku begitu. Sebagai seorang muslim, anggota badan dan setiap sesuatu yang diciptakan oleh allah dalam tubuh manusia sejak lahirnya tidak boleh menentukan takdir baik atau buruk pada seseorang individu.

Wednesday, May 25, 2011

Monday, May 23, 2011

Hope...

Di dalam hidup ini kita akan sentiasa berlari. Persoalannya, adakah kita berlari ke arah sesuatu, ataupun berlari meninggalkan sesuatu? Adakah kita dapat miliki apa yang kita kejar ataupun dapat tinggalkan jauh apa yang ingin kita hindari? Hidup ini penuh misteri... Bersyukurlah dengan setiap kurniaan dan rahmatnya...



Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat
Tapi, banyak pula dugaan yang datang
Kadang-kadang kita minta sihat
Tapi kesakitan yang bertandang...

Dugaan menjadikan mental kita kuat
Huru-hara menjadikan kita tabah
Kesakitan menjadikan kita berfikir

Redha dengan ketentuan...
Semua aturan yang ditentukan Allah
ada hikmah yang tersembunyi


Semua yang menimpa orang Islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesakitan dan perkara yang tidak disukai, bahkan termasuk duri yang dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah menghapuskan dosa-dosanya. (HR. Bukhari) 

When Life Gives You
a hundred reasons to cry
show life
a thousand reasons
to smile...

.....Cheers....


Sunday, May 22, 2011

New Student...New Chapter...

Sabtu pagi, kami ke kolej untuk menyiapkan dewan bagi menyambut kedatangan pelajar2 baru sesi 2011/2012. Tugas itu boleh dikatakan rutin bagi kami...menghias dewan..cuma yang berbeza, kali ni dengan zero budget. Buat lah macamana pun...asalkan cantik. Syukur, disaat ekonomi kolej yang merudum...kami ada nurseri..begitu banyak membantu... Kami gunakan sepenuhnya pokok2 dari nurseri dan bunga2 plastik yang berkurun tersimpan dalam stor. Tahniah untuk ketua unit keceriaan, k.yati dan k.ida atas cetusan idea untuk membina nurseri di kolej...sekarang ni kita semua dah dapat manfaatnya.


Krew persiapan pentas...thanks tu ex-students yang banyak membantu


Isnin, 23 Mei 2011...kami akan menyambut kedatangan pelajar2 baru...New students...new chapter. Namun begitu..kami pensyarah2 di KMK tetap sama...sentiasa berusaha untuk buat yang terbaik....doakan yang terbaik dan kecemerlangan untuk semua pelajar. Tahniah diucapkan untuk semua pelajar sesi 2010/2011 yang dapat kejayaan yang cemerlang...dan untuk yg kurang berjaya...jgn bersedih...ubah sikap...kejayaan menanti anda di depan.  

Harapan kami untuk pelajar2 baru...bersikaplah sebagaimana sikap yang sepatutnya untuk seorang pelajar...perjalanan kalian masih jauh.

“Success is simple. Do what's right, the right way, at the right time.”

 
“The longer I live, the more I realize the impact of attitude on life. Attitude, to me, is more important than facts. It is more important than the past, the education, the money, than circumstances, than failure, than successes, than what other people think or say or do. It is more important than appearance, giftedness or skill. It will make or break a company... a home. The remarkable thing is we have a choice everyday regarding the attitude we will embrace for that day. We cannot change our past... we cannot change the fact that people will act in a certain way. We cannot change the inevitable. The only thing we can do is play on the one string we have, and that is our attitude. I am convinced that life is 10% what happens to me and 90% of how I react to it. And so it is with you... we are in charge of our Attitudes.”
“Success means having the courage, the determination, and the will to become the person you believe you were meant to be"

Friday, May 20, 2011

Hong Kong..Day 4

Hari ke 4..hari terakhir kami di Hong Kong. Hari ni kami boleh start jalan dari pagi sampai jam 4...lepas tu dah kena bertolak ke airport...flight jam 7. Hari ni cuaca kurang baik, hujan dari pagi. Cadangnya kami cuma nak sightseeing  je..nak naik Big Bus Tours... pusing2 sekitar Hong kong. Memandangkan hari hujan, kami tak jadi naik Big Bus. Kami Jalan kaki ke Tung Choi Street...jarak dalam 0.5km dari hotel. Kat Tung Choi Street ni ada Ladies Market, ala2 petaling street kat malaysia. kat sini ada jual macam2 barang...kalau nak perabih semua kedai kat situ, 3 jam pun tak cukup. Ladies market ni start operasi lebih kurang pukul 1 tengah hari sampai tengah malam. Sementara menunggu Ladies Market buka, kami jalan2 dulu disekitar kawasan tersebut. Kat situ ada kawasan yg jual barang2 sukan, alat elektrik, handphone, kamera. Harganya pun rasanya lebih murah dari Malaysia.

Tung Choi Street

Kedai2 jual barangan sukan...berderet di sepanjang jalan. Kat jalan tu semua kedai jual barangan sukan. Ada Adidas, Nike dll. Kalau sesiapa ke Hong Kong...jemputlah singgah ke Rose Sport Pro Shop   ya...he..he..he..Boleh bagi murah2.


Kat kedai handphone...dah 'ter' berkenan kat phone samsung...beli la.  Harga handphone kat sini rasanya lebih murah dari Malaysia. Lagipun handphone lama aku tu dah agak uzur...jadi kena tukar baru la. (rasanya alasan tu boleh diterima kan...?)

Tinjau2 Lens Camera .... tapi tak beli pun...

My hubby...berehat seketika sambil check email...reply email... boleh dapat anugerah pekerja cemerlang nih. Very comited dengan kerja...anytime...anywhere...


Ladies Market...banyak benda boleh beli kat sini...harganya boleh tawar kaw..kaw..Kalau nak tawar...turun sampai 50%...kalau dia tak bagi...jalan je, mesti dia akan panggil lepas tu. Kat Ladies Market ni ada penjual yg boleh cakap melayu sepatah dua...dan aku ada jumpa sorang peniaga dari malaysia...katanya dia ipoh mali.

T-shirt Hong Kong...
Kalau nak beli cenderamata macam fridge magnet, keychain dll, kat sini tempat yg sesuai. tawar kaw..kaw...tau.


4 petang bertolak ke airport untuk penerbangan balik jam 7 malam...hong kong ke penang.

Hong Kong Airport...sempat beli coklat je.

Hong Kong..Day 3

Hari ke 3 di Hong Kong, hubby ada conference sampai tengah hari je....so langkah hari ni agak panjang. Tapi tak banyak tempat yg dapat kami pergi sebab kami mulakan perjalanan dalam pukul 3 petang...masa agak singkat. Kami naik MTR ke Lantau Island...banyak kali kena tukar train...Kalau naik train tambang nya lebih murah jika dibandingkan dengan teksi. Lagipun naik train ni senang...tak sesat. tanda arah merata2. Tapi kena jalan cepat2...pertukaran dari stesen ke stesen sangat cekap dan cepat...tak perlu tunggu lama2. Kalau terlambat sikit...kena tunggu next train..tapi itu pun tak lama, dalam dua tiga minit je. Semua orang kat sini bergerak laju2...aku je yang masih terkial2 macam siput sedut....maintain... ahaks.


Stesen MTR

Lenguh la jugak kaki naik turun tangga untuk ke satu2 stesen tu...semuanya bawah tanah.


Dalam train...

Kami naik train hingga ke tung chung station untuk ke Citygate Outlet... keluar je dari station MTR terus nampak outlet ni. Citygate outlet ni  tempat jual barang2 berjenama...dan sudah semestinya mahal. tapi kalau nak beli memang patut beli sebab harganya lebih murah dari Malaysia. Menurut kata salesgirl kat situ, barang2 kat outlet tu  bukan new arrival...kebanyakannya yang dua tiga tahun kebelakang...sebab tu boleh jual murah.



Coach Outlet...dapat satu wristlet kat sini

Bally Outlet ... window shopping

hubby di depan kedai golf...dapat beli glove je kat sini...sebab tu je yang murah pun...barang2 lain tu setakat tengok je la...he..he

Kami tak habiskan banyak masa kat sini kerana boleh dikatakan semua barang2nya berjenama dan mahal...jadi kalau setakat nak window shopping...sekejap pun dah memadai. Kalau nak ke Hong Kong Disneyland, cuma satu hentian je dari  Tung Chun Station. Kami tak singgah pun kat Disneyland sebab anak2 tak ikut sama...jadi tak seronok pi disneyland kalau tak bawa budak2.

Destinasi seterusnya..ke Tsim Sha Tsui. Kami naik train ke situ...satu kali tukar train. Kat sini memang tempat shopping yg popular. Terdapat pelbagai jenis outlet di sepanjang jalan kat sini. Sopping mall pun berlambak seperti  iSquare, Harbour City (di Canton Road dan 1881 Heritage.

 Tsim Sha Tsui....yang sentiasa sesak dengan manusia



Kalau teringin nak makan nasi...kat Tsim sha Tsui ni ada kedai makanan islam...dari pakistan...bangladesh...india muslim...arab...Sekitar Nathan Road. Harganya boleh tahan juga, nasi briyani HK$55 @ lebih kurang RM22 sepinggan. Ada satu bangunan kat jalan tu...namanya Chung Kin Mansion, semua penjual kat situ terdiri dari orang india, bangla dan pakistan...ish rasa macam pi bollywood la pulak. 

Di sekitar Nathan road ni juga ada sebuah masjid iaitu masjid kowloon. kalau nak berhenti sembahyang dan berehat boleh la cari masjid ni.





Hong Kong...Day 2

Hari kedua di Hong Kong...aku hanya jalan2 di shopping mall sebelah hotel (Grand Century Place) dan ke fa yuen street...jarak cuma 0.5 km dari hotel. Sebab apa? Hubby kena hadiri conference dari pagi sampai petang, jadi aku terpaksa jalan sorang2...bila dah sorang tu, langkah pun tak berapa panjang la.


Grand Century Place

Grand Century Place merupakan shopping mall di kawasan mongkok, kalau naik train (MTR) berhenti di Mongkok East station. Terdapat hampir 200 kedai dan mempunyai lapan tingkat. Jual macam2 benda, dari makanan, pakaian, kasut, bag dan macam2 lah. ... barang2 kat sini mahal2 juga. Aku cukup suka dengan pakaian yang dijual kat sini...cantik2.

Lepas tu aku ke Fa yuen street...kat sini ada pasar...ala2 pasar malam gitu. ada yg jual buah..pakaian...beg... Kat jalan ni juga ada butik2 kecil yang jual pakaian. Kat sini kalau nak beli blouse ... seluar...agak murah. sesuai untuk orang yang bajet ciput macam aku ni. Fesyen nya pun cantik2...

Fa Yuen Street Market







Bergambar dulu....

Hong Kong... I Was There


11 Mei 2011...kami ke Hong Kong sebab suami ada conference di sana...dan aku seperti biasa jika berkesempatan akan menyibuk nak ikut. Kami bertolak ke Hong Kong jam 3.50 petang dgn penerbangan Airasia dari Penang. Penerbangan mengambil masa 3 jam 15 minit...dekat rupanya. Sebelum pergi aku dah buat sikit homework pasal Hong Kong...google sana sini...

Hong Kong (Templat:Zh-cpcy), secara rasmi Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong, adalah sebuah wilayah di Republik Rakyat China, menghadap Guangdong di utara dan Laut China Selatan di timur, barat dan selatan. Hong Kong adalah metropolitan global dan pusat kewangan, dan mempunyai satu ekonomi kapitalis sangat maju. Di bawah polisi "satu negara dua sistem", dan berdasarkan pada Basic Law, ia mempunyai "kuasa autonomi tinggi" dalam keseluruhan aspek kecuali hal-ehwal luar negeri dan pertahanan, yang adalah tanggungjawab Kerajaan PRC. Hong Kong memelihara mata wang sendirinya, sistem perundangan, sistem politik, kuasa imigresen, peraturan lalu lintas dan aspek lain yang berkaitan cara hidup mereka, yang mana adalah banyak berbeza daripada Tanah Besar China.

Bermula sebagai sebuah pelabuhan perdagangan, Hong Kong menjadi tanah jajahan United Kingdom pada 1842. Ia diklasifikasikan semula sebagai sebuah wilayah yang bergantung kepada British pada 1983 sehingga penyerahan kedaulatan kepada Republik Rakyat China pada 1997. Terkenal untuk latar langitnya yang hebat dan pelabuhan semula jadi yang dalam, identitinya sebagai sebuah pusat kosmopolitan di mana Timur bertemu Barat dicerminkan dalam masakan, pawagam, muzik dan tradisinya.] Jumlah penduduk bandar raya adalah 95% etnik Han dan 5% lain. Dengan populasi 7 juta penduduk dan luas kawasan tanah 1,054 km2 (407 sq mi), Hong Kong adalah satu daripada kawasan berpenduduk paling padat dalam dunia.

 Hong Kong dari udara...dah nampak bangunan pencakar langit di sana sini

Hong Kong terletak pada pantai selatan China, 60 km (37 bt) di timur Macau pada sebelah bertentangan Delta Sungai Mutiara. Ia dikelilingi oleh Laut China Selatan di timur, selatan, dan barat, dan memisahkan bandar raya Shenzhen dalam Wilayah Guangdong ke utara Sungai Shenzhen. Wilayah berkeluasan 1,104 km2 (426 sq mi) terdiri daripada Pulau Hong Kong, Semenanjung Kowloon dan New Territories, serta lebih 200 pulau lain, dimana yang terbesar adalah Pulau Lantau. Daripada jumlah kawasan, 1,054 km2 (407 sq mi) adalah darat dan 50 km2 (19 sq mi) adalah air.


Seperti kebanyakan permukaan Hong Kong adalah berbukit hingga bergunung-ganang dengan lereng-lereng curam, kurang daripada 25% jisim bumi wilayah itu dibangunkan, dan kira-kira 40% dari baki kawasan darat adalah disimpan sebagai taman negara dan simpanan semula jadi. Kebanyakan daripada pembangunan bandar wilayah wujud di semenanjung Kowloon, sepanjang pinggir utara Pulau Hong Kong dan dalam penempatan-penempatan yang berselerak sepanjang New Territories. Puncak tertinggi di wilayah adalah di Tai Mo Shan, pada ketinggian 958 meter (3,140 kaki) di atas paras laut. Garis pantai Hong Kong yang panjang, tidak sekata dan berkeluk-keluk juga mampu wilayah dengan banyak bay, sungai dan pantai. (sumber: wikipedia)

Jambatan.....cantik...menghubungkan pulau2 di Hong kong


Airport... ditepi laut...

memang betul apa orang kata...hong kong kota batu...penuh dengan bangunan tinggi...sesak mata

Check in di Royal Plaza Hotel..Kowloon
Hotel ni bersambung dengan shopping mall..Grand Century Plaza. Lepas check in kami ke mall ni..tinjau2 harga barang...woih...boleh tahan mahal.

Hong Kong pernah disifatkan oleh Milton Friedman sebagai eksperimen terbesar dunia dalam kapitalisme laissez-faire. Ia memelihara satu ekonomi kapitalis sangat maju, dirank sebagai paling bebas di dunia oleh Indeks Kebebasan Ekonomi untuk 15 tahun berturutan. Ia adalah satu pusat penting untuk kewangan antarabangsa dan perdagangan, dengan satu daripada penumpuan terbesar ibu pejabat korporat dalam rantau Asia Pasifik, dan dikenali sebagai salah satu Empat Harimau Asia untuk kadar pertumbuhan tingginya dan pembangunan pesat dari 1960an hingga 1990an.

Hong Kong yang sentiasa sibuk ... . Satu yg aku suka sikap orang2 hong kong ni...berdisiplin. Nak naik bas tak berebut2...mereka beratur dengan tertib.Kalau di Malaysia...susah kita nak tengok keadaan macam tu.

Wednesday, May 18, 2011

Hari Guru Dan Majlis Perpisahan

Selamat Hari Guru Untuk Semua Guru...

deklamasi sajak oleh seorang pensyarah KMK, Puan Siti Nor Latifah benar2 menyentuh perasaan...kami bangga jadi cikgu



Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979




Teman-Teman Yang akan Bertukar... kalian tetap dalam kenangan

Bersama Fae dan idris... unit ekonomi sepi tanpa mereka. Semoga ikatan ukhuwah akan terus berpanjangan

Bersama kak ida... kami kehilangan kak long ... rasanya tak lengkap unit keceriaan tanpa kak ida.