Aku ambik kesempatan balik kampung di kelantan sempena cuti semester program matrikulasi dan cuti 1 Mei. Kami bertolak balik ke jitra lebih kurang pukul 4.30 petang....agak terlambat sebab kami pergi mandi laut di Villa Daniala Beach Resort, Tok Bali. Dipertengahan jalan kereta buat hal...lampu bateri menyala, kami teruskan perjalanan hingga ke Jeli dan disitu kami tukar bateri baru...namun begitu lampu isyarat bateri masih lagi menyala. Menurut kata mekanik tu, bateri tak caj...tapi dia kata kalau nak baiki kebanyakan bengkel dah tutup, sebab hari dah lewat petang. Mengikut kata mekanik tu...kami boleh teruskan perjalanan hingga ke Jitra sebab dia dah tukar beteri baru...sampai jitra baru baiki. Berbekalkan kata-kata tersebut kami meneruskan perjalanan. Masalah bermula lagi bila lampu isyarat brek pula yang menyala... kami stop di hentian sungai lebay berdekatan dengan grik. Kat situ....kereta dah tak boleh nak start...terus mati. Kebetulan kawasan rehat tu agak terpencil kat tengah2 hutan...kedai makan yg ada kat situ pun kebetulan tutup pada hari tu.... dan yang paling membuatkan aku kecut perut....hari pun makin gelap. Kami dah mula mengelabah...takut dengan pelbagai kemungkinan..binatang buas dan juga manusia yang buas...ish. Kebetulan Dzul bahar, kawan sepejabat pun berhenti rehat kat situ...dan aku dengan muka tak malu terus minta tolong dia tunggu kami kat situ sehingga tow truck sampai...terima kasih banyak2.
Lebih kurang pukul sebelas malam, tow truck sampai. Bermulalah pengalaman berharga kami, menempuh perjalanan dari sungai Lebay ke Jitra dengan menaiki tow truck.... perjalanan yang mahal...terpaksa terima berapa saja yang diminta...Sampai jitra lebih kurang pukul 3 pagi...benar2 letih. anak2 dipontengkan sekolah keesokan harinya. Dah nak buat macamana...semuanya keletihan. Tapi sekurang2nya anak2 aku dapat satu pengalaman...boleh lah buat esei untuk UPSR nanti....'Pengalaman Yang Tak Dapat saya Lupakan'...he..he..he
No comments:
Post a Comment