Kami ke sana masa minggu pertama cuti sekolah...baru teringat nak update kat blog. Kami bermalam kat Tune Hotel Danga Bay JB. Dah buah tempahan secara online...siap dengan tiket bas pergi balik ke USS.Kalau ambik secara online bayaran tiket bas lebih murah berbanding kat kaunter. Tiket tu blh ambik terus selepas check in di kaunter syarikat Odyssey Bas....di luar pintu masuk tune hotel je.Kenapa pilih Tune Hotel? sebab Tune hotel ni lebih jimat dan lebih
mudah untuk ke USS kerana mereka menawarkan Shuttle Bus ke USS. Turun
saja dari hotel terus boleh naik bas ke USS. kalau tinggal di hotel
lain, nak kena drive pula ke Tune Hotel. Biliknya pun ok la...sekadar untuk tumpang tidur je kan?
Kat depan pintu masuk ... tempat wajib bergambar
depan pintu masuk lagi...
USS bukak pukul 9 pagi until 7 petang. Jadi, datanglah awal dan naik
rides yang famous dulu. Maskot-maskot tu biasa dia keluar dalam
tengahari tapi paling banyak petang dalam pukul 3 camtu.
USS ini best untuk mereka yang suka bergambar. Sebab diorang ada setting Hollywood, NewYork, Madagascar, Far Far Away, Egypt & Jurassic Park.
Hollywood street. .... Semua bangunan cantik2
Far Far Away...bergambar je...tak masuk pun ride kat sini. tukar shift dgn cik abe jaga si kenit tu. Budak2 je yg masuk..
Bersama Charlie Chaplin Tiruan....
Kalau rajin beratur boleh la bergambar dengan karakter2 tiruan macm ni...ada Marilyn Monroe...Betty Boop dan ramai lagilah...
Kat depan Jurassic Park ... ride kat sini seronok...boleh cuba
Lost World....
Madagascar...yg ni aku masuk sekali....komen aku, utk org2 tua macam aku ni tak masuk pun tak apa kat sini...tak seronok pun. kalau budak2 ok la.
Ada free street dance show
Baby Rizqie ....muka happy kat hollywood Street
Dah tertidur...letih kena usung sana sini. Dia je yg masuk percuma. Tapi boleh naik ride tanpa henti...ride yg ditolak...
ride yg di kendong...
Kesimpulannya...memang best kat USS ni...Kalau berkunjung ke sana jgn lupa masuk yg Transformer tu..best sangat.
Kat depan Transformer...
Itu je cerita USS..malas nak tulis banyak2 sebab mood USS dah habis...hehe