Pages

Thursday, October 02, 2014

ONLINE BUSINESS

Tiba-tiba rasa nak tulis artikel pasal tajuk ni. Dah lama tidak mengupdate...

Online business ni sebenarnya dah lama sy buat...bermula dengan dqistee...diikuti dengan shaklee, maixara, blinq beauty drink dan terbaru bisnes pakaian melalui butik mummy and me. Namun yang masih bertahan..hanya dqistee..itupun sales tidak selaju dulu. Tertanya2 jugak macamana org boleh berjaya dan buat duit hanya melalui blog, fb page dan IG je. Kita pun ada semua tu...tp kenapa tak semeriah org lain. hmmm

Nak share sikit hasil dari blogwalking ke blog rina salleh...copy and paste.

"Kak, macam mana nak start online bisnes?"
Soalan ni kekerapannya paling tinggi sekali dekat carta soalan terkumpul dalam inbox. Jawapan mudah saya "Nak start senang je, ada komputer, ada barang, jual!"

Tapi pun tak lah semudah tu. Mudah.com saja yang mudah. Hehe. Jadi saya terfikir untuk kongsi pengalaman yang cinonet sebesar zarah ni untuk rujukan kawan-kawan. Ini sangat umum.

Ramai pemilik online business malah peniaga-peniaga lain lain pun mula tanpa ilmu berniaga. Mula saja, terjah, cuba, jatuh, bangun, gagal hingga jumpa cara yang betul. Itu lumrah. Kalau kita merancang startegi untuk tidak jatuh dan terus ke puncak, sampai bila pun formula tu tak siap! Tapi tak bermaksud kita tak payah buat perancangan. Saya suka konsep ini: Satu bahagian perancangan dapat tingkatkan lima ke sepuluh bahagian jualan.

#SATUPaling penting untuk kita mulakan dengan apa yang kita suka. Cara yang ni sebenarnya untuk cepatkan proses kita berjaya. Benda yang kita minat lebih mudah nak di jalankan. Kalau tak minat tapi nak buat juga, boleh. Tak ada masalah! Cuma gandakan usaha dan jangan mudah hilang fokus :)

#DUAKalau fokus kepada online business maka yang pertama tentukan jenis mana business ni nak dijalankan. Guna social media sebagai medium utama? Blogshop? Facebook? Jual di Instagram? atau website! Buat lah homework sikit, setiap medium ni ada follower yang berbeza tau! Mungkin ada satu yang paling best untuk jadi medium utama anda dan yang lain tu sebagai medium untuk promosi.

#TIGABila dah dapat jenis business yang nak dijalankan, sekarang rangka apa strategi promosi yang paling baik. Orang muda suka approach yang hip dan funky, eksekutif lain pula, mak-mak lain, jual pinggan mangkuk lain, baju lain, tayar, basikal etc. Kuncinya kenal siapa target kita! :) Oh dalam business, promosi benda paling penting. Kalau diam saja tak ada orang tau dan cari. Melainkan kita sorang saja jual benda tu di dunia ni!

#EMPAT"Saya dah ada online shop, saya dah puas promote. Kadang-kadang ada orang beli tapi selalunya tak. Macam mana nak buat?" 
Kalau baru setahun jagung, jangan merungut dulu. Cuba check kita promote tu dekat mana? Pada siapa? Kalau dalam setahun tu cara promote sama saja macam mana nak dapat hasil berbeza? Varietykan. Cuba promote di pelbagai medium. Buka booth kalau mampu. Kita dapat sebarkan lagi tentang business kita dari booth. Dan juga cara lain, suruh otak bekerja sikit untuk fikir. Tak boleh harap orang suap semua.TIPS! Boleh juga guna cara offline untuk tarik mereka ke online! :)

#LIMADalam business online ni, gambar dan info tentang produk/servis sangat penting! Gambar yang jelas, cantik dan kemas (bukan gambar syok sendiri) lebih meyakinkan pelanggan. Letakkan juga info sampingan lain yang mungkin penting untuk mudahkan pelanggan buat keputusan pembelian. Info yang meyakinkan! Gambar juga menentukan hala tuju business kita. Selalu saya nampak peniaga pakaian upload gambar pakaian yang nak dijual berkedut. Cuba rajin sikit untuk gosok. Kalau berkedut gambar pun jadi tak menarik, baju pun nampak tak cantik dan jelas sangat pemiliknya mim alif lam sin!

#ENAMCari extra selling point anda yang orang lain tak ada. Tak tahu? Ini kena cari sendiri dik. Kiranya macam kelebihan kita. Tak perlu yang besar, kadang-kadang benda kecil yang nampak remeh itu lah selling point kita! Kena cuba dulu baru tau :)

#TUJUHSebelum nak mulakan, tetapkan niat. Dalam Islam, niat sangat menentukan apa yang kita buat. Niat yang baik, dengan usaha, perkhidmatan baik, kesabaran, ketabahan, inshaAllah Allah permudahkan.

All ze best!

INSYA ALLAH...KITA CUBA YA

Tuesday, March 04, 2014

Realiti Kehidupan

Terlalu lama rasanya tak menulis sampai dah tak tau nak mula macam mana. Pejam celik... pejam celik...waktu sangat cepat berlalu. Sekarang dah menginjak ke bulan mac. rasanya baru je masuk ke tahun 2014. Tanpa sedar...umur dah menghampiri senja...alahai. Baru sedar tenaga dah tidak segagah dulu...kulit tidak setegang dulu...mata dah tak secerah dulu. 

Zaman kanak-kanak yang ceria, zaman remaja yang indah, zaman dewasa yang penuh cabaran...semuanya dah jauh ditinggalkan....sekarang dah mengadap zaman tua pulak...hehe. Semoga keceriaan zaman kanak2...keindahan zaman remaja akan kekal mengiringi sisa2 usia.  Dah banyak yang dilalui rupanya....masam manis kehidupan yang menjadikan kita semakin matang.

Doa sentiasa dipanjatkan kepada Allah semoga diri menjadi insan yang sebaik2nya disisinya. Seorang anak,  isteri dan ibu yang yang dapat membahagiakan. Amin.