Tuesday, March 04, 2014

Realiti Kehidupan

Terlalu lama rasanya tak menulis sampai dah tak tau nak mula macam mana. Pejam celik... pejam celik...waktu sangat cepat berlalu. Sekarang dah menginjak ke bulan mac. rasanya baru je masuk ke tahun 2014. Tanpa sedar...umur dah menghampiri senja...alahai. Baru sedar tenaga dah tidak segagah dulu...kulit tidak setegang dulu...mata dah tak secerah dulu. 

Zaman kanak-kanak yang ceria, zaman remaja yang indah, zaman dewasa yang penuh cabaran...semuanya dah jauh ditinggalkan....sekarang dah mengadap zaman tua pulak...hehe. Semoga keceriaan zaman kanak2...keindahan zaman remaja akan kekal mengiringi sisa2 usia.  Dah banyak yang dilalui rupanya....masam manis kehidupan yang menjadikan kita semakin matang.

Doa sentiasa dipanjatkan kepada Allah semoga diri menjadi insan yang sebaik2nya disisinya. Seorang anak,  isteri dan ibu yang yang dapat membahagiakan. Amin.


0 comments:

Post a Comment

 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang