Pages

Monday, February 28, 2011

TPM's Visit - Di belakang Tabir

Persediaan untuk TPM's Visit - memang memenatkan, tapi kami enjoy...biarpun muka masing2 berkilat.

Perancangan...sebelum mula aktiviti

Lan.. kontraktor yang banyak membantu...terima kasih daun keladi

Sebahagian dari team keceriaan...bersama kak ida dan kak yati, orang kuat unit keceriaan yg tak pernah kekeringan idea. Tabik kat Uols


Landskap kami...cantik pada pandangan mata kami yg amatur dalam bidang landskap ni.

dalam proses pengubahsuaian...


dah siap...trademark kami ..macam biasa, 'batu'. Tapi kawasan tak berapa cantik sebab rumput semua dah gondol...kemarau.

Satu lagi kawasan yang dibaik pulih dengan budget ciput yg ada.

Pentas pelancaran Program Budaya Kelestarian .... in progress

pentas pelancaran yg cinonet je...sebelum di touch up


Akhirnya...dah siap, kami kerja hingga ke saat-saat akhir.

Bersama plak pelancaran...

Bersama big boss...Tuan Haji Raja Sulaiman...Pengarah KMK.


Friday, February 25, 2011

TPM's Visit - Hari Kejadian

TPM's Visit ke Kolej Matrikulasi Kedah pada 24 Februari 2011, sempena perasmian Program Matrikulasi Bersama Masyarakat Peringkat Kebangsaan dan Pelancaran Budaya Kelestarian Program Matrikulasi. Tidak banyak gambar yg dapat diambil di hari kejadian...walaupun dah berpenat lelah berminggu-minggu....muka pun dah jadi hitam merelit . Gambar TPM pun tak sempat nak snap...tak berpeluang. Sedih.

Pada hari tu kami,  AJK unit keceriaan diarahkan berada di belakang pentas...sebab kami terlibat untuk Majlis Pelancaran Budaya Kelestarian Program Matrikulasi...kena berada di situ supaya arahan dari pihak urusetia dapat diupdate dari masa ke semasa. Jadi kami cuma tertinjau-tinjau je dari belakang pentas...Sedih lagi.

Alang2 dah begitu keadaannya...kami snap je lah gambar kami...tak habis2 bergambar. Dah tak larat nak sengih...

Team keceriaan... aku, kak yati, nora dan kak ida

Kami di pentas Pelancaran Budaya Kelestarian...hasil sentuhan kami. Cantik kan? Siapa lagi nak puji kalau bukan kami sendiri...he..he..he. Bak kata kak ida, kami di unit keceriaan ni kena 'perasan'....ahaks

Pentas utama Perasmian Program Matrikulasi Bersama Masyarakat...hasil sentuhan Kak Yan ... and the gang. Ok kak yan...kami puji nih...cantik..!!!!

pelajar2 KMK...dengan tarian mereka.


Akhirnya.... telah di rasmikan.
Persediaan yang meletihkan...berminggu-minggu berpanas mentari untuk lawatan yang singkat, dari 2.30pm - 4.00pm. Walau apa pun kami cukup gembira dan berpuashati, disebabkan lawatan TPM tersebut, kami berpeluang untuk menceriakan dan mengindahkan kawasan kolej. Satu ayat dari seorang wakil media yg datang pada hari tersebut...kalau tak silap dari The Star....dengan kata-katanya....'Landskap You Cantik'...telah menjadi penawar kepada penat lelah kami selama berminggu-minggu. Senyum sampai ke telinga.

Wednesday, February 23, 2011

Raptai @ KMK

Beberapa minggu ni warga KMK semua sibuk yang teramat...tambah2 yang menjadi ketua jawatan kuasa. Masing2 ada tugas tersendiri untuk TPM visit pada 24 Februari nanti... Aku dan team unit keceriaan macam biasa...ditugaskan untuk menceriakan kolej...kami kerja dgn pokok2...mencantikkan kawasan kolej . cantik ke....????

Bersama kak yan ... ketua bahagian hiasan pentas dan nora... team keceriaan. Muka masing2 dah berkilat...maklum dok kat tengah2 padang untuk raptai.



Pelajar KMK.....latihan tarian.


kami lagi... di pentas pelancaran budaya kelestarian yg masih belum selesai di touch up.


pelajar kmk yg sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan


Kak Yan yg keletihan...sabar ye kak yan...2 hari je lagi. lepas tu kita rilek.....

Penat tapi berbaloi....seronok bila tengok kawasan kolej dah cantik....

Thursday, February 17, 2011

Khatam Quran

Sempena cuti Tahun Baru Cina hari tu, kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk balik kampung di klate.  Alang-alang dah balik kampung, kami ambik kesempatan untuk mengadakan majlis khatam Quran  anak2... Fatehah, Afiq dan Natasha.  Pada hari tu kami pakat sembelih kambing...si abahnya teringin nak makan kambing panggang.

Acara memproses kambing


panggang... sedap la pulak resepi bidan terjun aku hari tu.


Anak saudara...


Majlis khatam quran...
Abang long , anak saudara aku yg jadi ketua khatam  pada hari tu.