TPM's Visit ke Kolej Matrikulasi Kedah pada 24 Februari 2011, sempena perasmian Program Matrikulasi Bersama Masyarakat Peringkat Kebangsaan dan Pelancaran Budaya Kelestarian Program Matrikulasi. Tidak banyak gambar yg dapat diambil di hari kejadian...walaupun dah berpenat lelah berminggu-minggu....muka pun dah jadi hitam merelit . Gambar TPM pun tak sempat nak snap...tak berpeluang. Sedih.
Pada hari tu kami, AJK unit keceriaan diarahkan berada di belakang pentas...sebab kami terlibat untuk Majlis Pelancaran Budaya Kelestarian Program Matrikulasi...kena berada di situ supaya arahan dari pihak urusetia dapat diupdate dari masa ke semasa. Jadi kami cuma tertinjau-tinjau je dari belakang pentas...Sedih lagi.
Alang2 dah begitu keadaannya...kami snap je lah gambar kami...tak habis2 bergambar. Dah tak larat nak sengih...
Team keceriaan... aku, kak yati, nora dan kak ida
Kami di pentas Pelancaran Budaya Kelestarian...hasil sentuhan kami. Cantik kan? Siapa lagi nak puji kalau bukan kami sendiri...he..he..he. Bak kata kak ida, kami di unit keceriaan ni kena 'perasan'....ahaks
Pentas utama Perasmian Program Matrikulasi Bersama Masyarakat...hasil sentuhan Kak Yan ... and the gang. Ok kak yan...kami puji nih...cantik..!!!!
pelajar2 KMK...dengan tarian mereka.
Akhirnya.... telah di rasmikan.
Persediaan yang meletihkan...berminggu-minggu berpanas mentari untuk lawatan yang singkat, dari 2.30pm - 4.00pm. Walau apa pun kami cukup gembira dan berpuashati, disebabkan lawatan TPM tersebut, kami berpeluang untuk menceriakan dan mengindahkan kawasan kolej. Satu ayat dari seorang wakil media yg datang pada hari tersebut...kalau tak silap dari The Star....dengan kata-katanya....'Landskap You Cantik'...telah menjadi penawar kepada penat lelah kami selama berminggu-minggu. Senyum sampai ke telinga.
No comments:
Post a Comment