Kenapa topik ini secara tiba2...
Berita ini diterima selepas balik bercuti di Vietnam...memang dah terasa kelainan, tapi hati masih menafikan. Memang susah untuk terima pada awalnya... maklumlah diusia begini.. Namun aturan Allah tiada siapa yang boleh menolak. Kata2 Dr Rohani menginsafkan aku...ini adalah rezeki yang Allah bagi. Alhmadulillah...mesti positif.
Sentiasa berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan..maklumlah dalam keadaan diri yang masih belum sihat sepenuhnya...Semoga diberi kesihatan dan kekuatan sepanjang 9 bulan ini... Amin.
Sekarang ni suka sangat cari maklumat tentang mengandung...sebagai penguat semangat dan sumber motivasi...hehehe
Kelebihan Ibu-ibu Mengandung:
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
5. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
6. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
7. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
8. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
9. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
10. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
11.Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
12. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
13. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
14. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang... ALLAHHU AKHBARR!
Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang... ALLAHHU AKHBARR!
Semoga segala kelebihan dan kebaikan ibu yang mengandung ini memberi motivasi untuk menghadapi tempoh sembilan bulan ini. Amin.
alhamdulILLAH
ReplyDeletebertambah lagi umat habibuna RasulULLAH s.a.w
moga anak tersebut mnjadi anak yg soleh kelak
masa saya peknen anak no 3(umur 31 tahun) saya rasa macam 'mampu ke nak peknen lagi ni?rasa macam tak larat sangat dah'..sekarang dia dah 2 tahun 3 bulan..sekejap je dah besar
ReplyDelete