Pages

    Friday, June 25, 2010

    Taman Impianku

    Aku tersangatlah suka dan minat bila tengok taman yang cantik2...khususnya yang ala2 cottage garden gitu. Teringin sangat2 nak memiliki taman seperti itu...kalau tak dapat yg macam tu pun tak apa...ala-ala cottage pun dah ok sangat dah. Tapi yang menjadi masalahnya..aku ni kedrat tak seberapa...angkat pasu sebijik pun dah sakit pinggang dua tiga hari....macam mana nak dekorasi taman. Untuk menyedapkan hati aku dekokan taman rumah maya ku je la...senang, tak perlu angkat pasu berat2. just copy and paste.senang cerita....so pelawat ke rumah maya ku...jemputla ya.. cuci-cuci mata kat rumah maya ku ni

    cantik kan taman ni...ada kerusi taman yang dikelilingi dgn bunga-bunga. ish..ish seronok ni kalau nyanyi sambil pusing2 keliling kerusi...kuch...kuch hota hai...sapa nak jadi hero ni...

    haa ni lagi satu yang aku suka sangat2... gerbang yang ada bunga2 kat atas tu...eeiii cantiknya. Aku teringin sangat2 letak kat pagar nak masuk rumah ...terasa macam puteri pula bila jalan dibawah gerbang berbunga2 tu... puteri tua gitu... lepas ni boleh kot pujuk Tn Hj Raja buat satu untuk taman kami...kelab lestari bumi....

    Yang ni pun cantik...diperbuat dari kayu...dulu dah minta kawan si Lan tu buatkan satu untuk aku...nak gantung kat dinding je, sampai sekarang tak nampak bayang pun ...ish lelaki memang macam tu ke?

    Haa yg ni lagi satu...rumah yang dikelilingi pokok2 bunga yang cantik sangat2. Kat dinding rumah pun ada pokok2 bunga yang menjalar....pokok bunga ros lagi. Cantikkan...tapi terfikir pula aku, kat malaysia ni boleh ke tanam pokok menjalar macam tu kat dinding rumah...kot-kot benda lain pula yang dok menjalar kat dinding tu. ..eee takut

    Haaa yang ni aku rasa aku boleh buat, pi beli bunga macam ni kat nursery, beli kereta tolak macam tu (eh..nak beli kat mana ya?) lepas tu susun...siap la kerja aku. ok aku dah jumpa projek yg aku mampu buat,....lepas ni...aku mesti dapatkan....Sin Tiong...I'm coming...

    2 comments:

    cacti5000 said...
    This comment has been removed by a blog administrator.
    Irfa said...

    suka tengok rumah2 kat oversea..mungkin cuaca sejuk bunga nampak cantik..negara kita agak panas..tak kena hujan @ siram pokok cepat layu

    Post a Comment