Tuesday, October 11, 2011

Bibik oh bibik

Sejak akhir-akhir ni, aku letih sangat. Hari2 berulang alik 25km dari pejabat ke rumah waktu lunch hour untuk ambik anak2 dari sekolah. Balik rumah, mandikan budak2 tu...bawa mereka ke pejabat sebab mereka tak berani nak dok kat rumah berdua je. Lepas tu kalau ada kelas, berkejar pula ke kelas...amat memenatkan rutin begitu di usia yang telah menghampiri senja begini. Sekarang ni, waktu kerja start jam 8 hingga 5 petang...sampai rumah dah dekat2 pukul 6. Rehat sekejap...lepas tu kerja2 dirumah berlambak menunggu.Esoknya, pagi2 lagi dah bangun...siapkan anak2 yang bersekolah sesi pagi...masak untuk anak2 di rumah yang bersekolah sesi petang...lepas tu pergi kerja. Tengahari berkejar balik ambik anak....rutin yg sama setiap hari. Haih...susah rupanya jadi seorang isteri dan ibu ya. Tapi tak apa...ustaz kazim kata, sabar...ganjaran pahala menunggu. Amin.

Kalau dulu ada bibik...tak lah huru hara sangat...pagi2 tak perlu terkejar2...tengahari tak perlu balik rumah ambik anak, petang bila balik kerja tak perlu kemas rumah...cuma masak je. Agak selesa...cuma kadang2 hati tak selesa dengan kerenah bibik..macam2.

Bibik yg dulu. dah habis kontrak...balik indon...dia nak sambung lagi kontrak tapi fomema tak lepas. Dapat ganti bibik baru...datang pagi balik petang. Rupa2nya dia mengandung...kerja 2 bulan perut dah nampak memboyot. Lepas tu berhenti sebab nak balik bersalin kat indon. Sekarang masih menunggu bibik baru...bila nak sampai tak tau...

Rutin sebegini akan berlangsung untuk beberapa ketika lagi...

 

Adik bersama bibik riyana...dah balik indon, bersalin.

Sekian Luahan Rasa Untuk Kali Ini...hehehe

3 comments:

  1. i baru je dapat my new bibik. ALHAMDULLILAH. cepat bekerja..

    ReplyDelete
  2. Sometimes....penting bibik ni untuk melancarkan urusan harian. Tapi sometimes, perangai bibik ni memeningkan. I tak de bibik, tapi tengok bibik adik I....er .. memang fenin.

    ReplyDelete
  3. Salam Yan & Rozita. Memang fenin dengan karenah bibik. rajin masa awal2 datang je..lepas tu mula tunjuk perangai..tambah2 lagi kalau majikan yg tak reti nak menegur macam sy ni. Sakit hati dibuatnya..tapi kalau tak dak bibik sakit badan la pulak...hehehe

    ReplyDelete

 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang