Pages

Tuesday, October 23, 2012

Ternyata berkesan


Baru cuba pakai produk ni...lebih kurang seminggu dah rasa kesannya. Kulit jadi halus dan lembab...macam kulit baby...He..he... Tengok la gambar ni...dapat bezakan tak kulit mak dgn kulit anak...? Ahaks...ni ayat promosi tahap melampau nih.....rasa nak bagi penampar je kan..
Kulit pun jadi lembab gitu...kalau sentuh pun sure basah jari jemari. Walau apa pun rasa memang ok la produk ni.... Nak tau produk apa? ...hish rahsiaku bukan milikmu...satgi kwn2 jadi cantik jugak...hehe.

Thursday, October 18, 2012

hari yang pening

Letih weh..buat poster utk seminar r&d. Tak pernah2 kena buat pembentangan dlm bentuk poster..tup..tup..kali ni suruh buat poster pulak. Dah la tak reti nak buat. Contoh yg diberi dlm btk powerpoint...suruh buat dlm photoshop. Dah la photoshop tu aku reti guna sikit2 je utk edit gambar. Masa diberi cuma seminggu..tak patut la mcm tu. Kami org tua yg baru nak belajar nih. Apa2 pun aku tibai buat dlm powerpoint je...cuba save dlm photoshop tak blh la pulak. Adakah disebabkan aku ni tak reti?  jawapannya adalah ya...hehe. Poning kepala den. Gambar power point tu tertonggeng je...malas nak perbetul...


Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 16, 2012

Waktu solat menurut Al-Quran dan Sains


Pagi tadi.. minum kat kafe. Bersembang dengan Ustazah shidah. Dapat banyak ilmu yang selama ni aku tak tau pun. Pasal hormon melatonin...pasal faedah bangun disepertiga malam dan macam2 lagi. Terasa banyaknya kekurangan...banyaknya benda yang aku tak tau. Tergerak hati untuk untuk jalan-jalan cari ilmu di google. Terjumpa satu artikel yang menarik di blog Detik Islam...copy dan paste disini. Moga dapat menambah pengetahuan kita semua. Cerita pasal Solat.

Solat menjadi Ibadah utama seorang muslim, kewajipan solat ini menjadi salah satu cara untuk berkomunikasi langsung seorang hamba dengan Tuhannya. Banyak hikmah di dapati berkaitan perintah solat ini. Baik secara kesihatan, psikologi, sains, dan masih banyak lagi hikmah yang lain. Salah satu hikmah diperintahkan solat sebanyak 5 (lima) waktu. Rahsia ini terungkap berdasar beberapa kajian dan pengamatan para ahli di bidangnya.

Perpindahan waktu adalah bahagian dari kekuasaan Allah swt yang mempunyai hikmah dan kekhususan pada masing-masing. Setiap peralihan waktu solat, sebenarnya bersamaan dengan terjadinya perubahan tenaga alam yang boleh diukur dan dapat dirasakan melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi mereka yang akrab dengan dunia fotografi.

WAKTU SUBUH
Pada waktu ini, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersesuaian dengan frekuensi tiroid (kelenjar gondok). Dalam fisiologi, tiroid mempunyai pengaruh terhadap sistem metabolisme tubuh manusia. Warna biru muda juga mempunyai rahsia tersendiri berkaitan dengan rezeki dan cara berkomunikasi. Mereka yang masih tertidur pulas pada waktu Subuh akan menghadapi masalah rezeki dan komunikasi. Hal ini terjadi kerana tiroid tidak dapat menyerap tenaga biru muda di alam ketika ruh dan jasad masih tertidur. Pada saat Azan Subuh berkumandang, tenaga alam ini berada pada tingkatan optimum. Tenaga inilah yang kemudian diserap oleh tubuh kita terutama pada waktu ruku 'dan sujud.

WAKTU ZOHOR
Warna alam menguning dan berpengaruh terhadap perut dan sistem pencernaan manusia secara keseluruhan. Warna ini juga mempunyai pengaruh terhadap hati. Di samping itu warna kuning ini juga mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan seseorang. Jadi bagi mereka yang selalu ketinggalan atau melewatkan solat Zuhur berulang-ulang kali, akan menghadapi masalah dalam system penghadaman serta berkurang keceriaannya.

WAKTU ASAR
Warna alam berubah menjadi oren. Hal ini mempunyai pengaruh yang cukup signifikan terhadap keadaan prostate, uretus, ovary, testis dan sistem pembiakan secara keseluruhan. Warna oren di alam juga boleh mempengaruhi kreativiti seseorang. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan menurun daya kreativitinya. Di samping itu, organ-organ pembiakan juga akan kehilangan tenaga positif dari warna alam tersebut.

MENJELANG MAGHRIB
Warna alam berubah menjadi merah. Pada waktu ini kita kerap mendengar nasihat orang-orang tua agar kita tidak berada di luar rumah. Nasihat tersebut ada benarnya, kerana pada saat Maghrib tiba, spectrum warna alam selaras dengan frekuensi jin dan iblis. Pada waktu ini jin dan iblis amat bertenaga kerana mereka bergema atau ikut bergetar dengan warna alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan sebaiknya berhenti sejenak dan mengerjakan solat Maghrib terlebih dahulu. Hal ini lebih baik dan lebih selamat kerana pada waktu ini, banyak interferns atau tumpang tindihnya dua atau lebih gelombang yang berfrekuensi sama atau hampir sama dan boleh menimbulkan fatamorgana yang boleh merosakkan penglihatan kita.

KETIKA WAKTU ISYA '
Alam berubah menjadi nila dan selanjutnya menjadi gelap. Waktu Isya 'menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian yang frekuensinya sesuai dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan waktu Isya 'akan sering merasa gelisah. Ketika alam mulai diselimuti kegelapan, kita dianjurkan untuk merehatkan tubuh ini. Dengan tidur di waktu tersebut, keadaan jiwa kita berada pada gelombang Delta dengan frekuensi di bawah 4 Hz dan seluruh sistem tubuh memasuki waktu rehat. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna-warna putih, merah jambu, dan kemudian ungu. Perubahan warna ini selaras dengan frekuensi kelenjar Pineal (otak kecil), kelenjar Pituitary (bawah otak), thalamus, dan hypothalamus. Maka kita sepatutnya bangun dari tidur, dan pada waktu-waktu ini kita mengerjakan solat malam. Wallahu 'alam Bishowwab. (Aneka Sains)

Sunday, October 14, 2012

yeyyy..dah pandai


Shitah ajar guna blogger-droid. Dah pandai...cikgu dok sebelah ni. Belajar upload gambar baby rizqie....test
Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, October 13, 2012

Wednesday, October 10, 2012

Motivasi di pagi yang ceria ..hehe

Tadi bukak fb..dapat satu info yg dishare kat situ...tulisan Dr Azizan Osman, pakar motivasi jutawan tu.Menarik juga bila baca...jom pakat baca apa yg dia kata...

90% ramai yang pokai kerana:-
  1. Mereka tidak uruskan & rancang perbelanjaan mereka- sedangkan mereka sedar yang mereka hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan aktif dan tetap sahaja. 
  2. Mereka tidak sedar yang kos hidup mereka TIDAK AKAN  semakin kurang - kadar inflasi pasti meningkat setiap hari/bulan/tahun, kos barang tidak akan menurun dan nilai wang semakin susut.
  3. Mereka tidak sedar yang gaji mereka TIDAK AKAN meningkat setiap tahun lebih daripada 100% tetapi belanja mereka YA meningkat setiap bulan.
  4. Tidak mahu melihat atau ambil tahu bagaimana meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui ilmu, pelaburan hartanah, saham atau lain-lain cara yang BUKAN SKIM CEPAT KAYA.
  5. Malas tapi ada hati nak kualiti hidup yang lebih tinggi...Jangan sentap! Kalau nak sentap, gi sentap kat taman bunga! Ini ingatan untuk mereka yang perlukan ingatan! Tak perlu? Boleh teruskan hidup anda   - Azizan Osman - 
 Itu lah kata dia...macam terkena je kan...?  Kalau kita dengar ceramah2 motivasi...rasa macam senang je kan? Tapi hakikatnya...nak buat lebih susah dari nak bercakap....perlu usaha, masa dan perubahan sikap....yg ni la susah.

Kadang2 rasa teringin nak jadi orang yang berduit. Motif ?... nak gi jalan2 seantero dunia. seronok kan? Air asia dah bagi tambang murah..tapi kena fikir jugak perbelanjaan2 lain. Hish...berderet lagi tempat yg berada dalam wishlist aku. bila agaknya boleh pergi ya....

Cherry Blossom di Tokyo

 Nami Island Korea

Kashmir...

Itu hanya sebahagian....banyak lagi angan2. Hish kuat berangan ya....
Lepas ni kena paksa kawan2 beli dqistee nih...nak kumpul duit. hehehe

Sunday, October 07, 2012

Apa nak buat bila baby selsema...batuk berkahak


Baby rizqie demam..batuk ... muka pun dah tak ceria...

Dah jumpa Dr Lim pakar kanak2 kat INS.... hasilnya dia bagi bekalan ubat..ubat demam, ubat batuk dan ubat untuk hentikan hingus.Sambil2 tu..timbang berat. Ish..dah naik 8 kilo diusia 3 bulan 10 hari.

 ubat batuk, demam dan ubat bagi kering hingus. Ubat kering hingus ni memang cukup membantu...baby dapat bernafas dgn lebih baik...tak tersumbat.


Disamping tu aku cari petua kat google, tengok pengalaman ibu2 yg ada anak kecik ni. macam2 petua dapat. Ada 2 yg aku buat...beli Vicks dan Alat sedut hingus. Vicks ni sapu kat tapak kaki dan lepas tu pakaikan stoking...untuk redakan batuk. alat sedut hingus tu pun cukup membantu..satu hujung letak kat hidung baby dan hujung satu lagi..mama sedut...alhamdulillah hidung dia dapat di clearkan.

 Disamping tu dapat jugak petua tradisional dari google... ambik yg senang nak buat je. Caranya bakar bawang putih lepas tu ketuk2 dan campur dgn minyak masak...sapu kat dada. Rasanya membantu juga untuk hilangkan batuk. 

Ahhamdulillah..sekarang ni dia nampak ok sikit...hingus makin kering dan batuk pun dah makin berkurangan. Namun begitu..kahak masih ada..bila bernafas ada bunyi. Cuba cari kat google cara nak hilangkan kahak...cara fisioterapi , dah cuba dan alhamdulillah.

Hasil pencarian google :
Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

Teknik tepukan percussion. Cara melakukannya ialah:
  • Pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
  •  
  • Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby. 
  •  
  • Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula.
  • Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.  
  • Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
Ada juga beberapa kedudukan lagi....



so selamat mencuba ya....