Pages

Wednesday, October 10, 2012

Motivasi di pagi yang ceria ..hehe

Tadi bukak fb..dapat satu info yg dishare kat situ...tulisan Dr Azizan Osman, pakar motivasi jutawan tu.Menarik juga bila baca...jom pakat baca apa yg dia kata...

90% ramai yang pokai kerana:-
  1. Mereka tidak uruskan & rancang perbelanjaan mereka- sedangkan mereka sedar yang mereka hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan aktif dan tetap sahaja. 
  2. Mereka tidak sedar yang kos hidup mereka TIDAK AKAN  semakin kurang - kadar inflasi pasti meningkat setiap hari/bulan/tahun, kos barang tidak akan menurun dan nilai wang semakin susut.
  3. Mereka tidak sedar yang gaji mereka TIDAK AKAN meningkat setiap tahun lebih daripada 100% tetapi belanja mereka YA meningkat setiap bulan.
  4. Tidak mahu melihat atau ambil tahu bagaimana meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui ilmu, pelaburan hartanah, saham atau lain-lain cara yang BUKAN SKIM CEPAT KAYA.
  5. Malas tapi ada hati nak kualiti hidup yang lebih tinggi...Jangan sentap! Kalau nak sentap, gi sentap kat taman bunga! Ini ingatan untuk mereka yang perlukan ingatan! Tak perlu? Boleh teruskan hidup anda   - Azizan Osman - 
 Itu lah kata dia...macam terkena je kan...?  Kalau kita dengar ceramah2 motivasi...rasa macam senang je kan? Tapi hakikatnya...nak buat lebih susah dari nak bercakap....perlu usaha, masa dan perubahan sikap....yg ni la susah.

Kadang2 rasa teringin nak jadi orang yang berduit. Motif ?... nak gi jalan2 seantero dunia. seronok kan? Air asia dah bagi tambang murah..tapi kena fikir jugak perbelanjaan2 lain. Hish...berderet lagi tempat yg berada dalam wishlist aku. bila agaknya boleh pergi ya....

Cherry Blossom di Tokyo

 Nami Island Korea

Kashmir...

Itu hanya sebahagian....banyak lagi angan2. Hish kuat berangan ya....
Lepas ni kena paksa kawan2 beli dqistee nih...nak kumpul duit. hehehe

No comments:

Post a Comment