Pages

Tuesday, September 24, 2013

REZEKI ALLAH

 Sumber dari Google...dah lupa dari blog mana. Minta dihalalkan...
SEKADAR RENUNGAN 


Subhanallah betapa banyaknya rezeki yang telah Allah telah kurniakan kepada kita namun kita lalai. Kebanyakan dari kita asyik asyik mengeluh sebab apa yang dipinta masih belum dikabulkan. Sebelum kita terus menerus meminta dan meminta cuba kita berhenti dan renung sejenak lihat kembali kepada nikmat yang telah kita ada.
Adakah kita telah bersyukur kepada Allah atas nikmat yang telah pun kita terima sebelum ini? Dah sujud syukur? Dah zakat hasil dari pendapatan? Dah sedekah kepada orang yang lebih susah dari kita? Sentiasa sedar dan peka atas oksigen yang kita hirup setiap saat? Lengkap sempurna dalam amalan dan solat? Beristighfar sepanjang masa?
Anda inginkan kehidupan yang tenang, aman damai dan berjaya? Tunaikanlah hak Allah dan kemudian baru Allah akan tunaikan hak Anda. Mengapa begini? Kerana Allah sayangkan anda. Jika tidak? Anda akan dibiarkan hidup tanpa pedoman tidak tahu mana betul dan mana salah. Nauzubillah.


Tidak ada istilah putus asa dalam Islam. Apa jua perkara yang dihajatkan samada ianya ditangguh kerana belum sampai masa sesuai, ianya tidak sesuai dengan diri yang meminta (anda lebih sesuai dengan perkara yang lebih baik, sebenarnya)  atau ianya sedang menunggu kita di pintu Syurga.
Namun tidak salah bagi kita untuk terus berdoa dan berusaha agar apa jua yang di usahakan agar dimakbulkan. Doa adalah salah satu faktor takdir kita akan berubah dengan izin Allah. Apa tindakan kita? Teruskan usaha secara konsisten. Teruskan doa secara konsisten. Mengapa? Jika kita stop dan putus asa dengan apa yang sedang dibuat bagaimana ianya akan sukses nanti. Anda perlu bermula dari zero setiap masa. Jika kita stop dengan doa, apalagi? Makan dan tidur tidak membawa anda ke mana-mana. Usaha dan doa terus mana tahu sampai masa yang sesuai pada pandangan Allah (di mana waktu itu anda di beri hidayah sedang buat perkara yang memang sesuai untuk anda) dan Allah Maha Tahu anda telah pun bersedia secara fizikal dan spiritual – waktu itu semua dipinta anda dapat, adakah anda mampu tanganinya? Fikirlah bermula dari sekarang agar waktu itu tiba anda dah pun bersedia.

No comments:

Post a Comment