Pages

Friday, August 21, 2009

Bengkel R&D BMKPM

Minggu lepas, azuad jumpa aku...katanya ni tajuk R&D kak ros kan? tajuk tu terpilih untuk dibentangkan dalam bengkel R&D tahun ni. Eh bila pulak aku hantar tajuk untuk R&D ni...rasa2nya tak hantar. Belek2 dalam komputer...ada rupanya tajuk tu. Ish satu lagi masalah...dulu aku dah berazam tak mau buat R&D dah tahun ni. Tapi takpalah, memandangkan tajuk dah terpilih...aku buat la juga. jenuh la kena cari balik...lupa dah tajuk tu aku ambik tang mana. Tajuknya punya la bagus, Amalan Pengajaran Guru Yg Berkesan: Kajian di KMK. Aku pun tak pasti ciri2 tu ada pada aku atau tidak. Sekarang ni aku dah cuba buat sikit2, copy sana sini, lepas tu paste dalam artikel aku...bukannya susah. yg susah sikit bila nak analisa data..dah lama tinggalkan, lupa dah nak buat macamana. Ada tok guru kat rumah pun bukannya boleh tanya sembarangan...kena tengok mood dia, kalau nampak ok..tanya, kalau nampak mendung jangan tanya...nanti tak pasal2 aku berlinangan airmata mendengar ayat power dia. Kadang2 aku terfikir, kesian ye jadi wanita, sentiasa kena beralah. Tapi walau apa pun, aku berterima kasih sangat2 kat myhubby tersayang merangkap tok guru R&D aku tu...walaupun kadang2 kecik hati bila dimarah sebab masih tak pandai2 nak menulis R&D...banyak jasanya pada aku. Daripada tak tau apapun pasal R&D ni sampailah aku dah boleh sikit2 sekarang ni. Terima kasih ya my hubby, cuma nak minta sabar la sikit bila ajar tu..kena faham dan memaklumi bahawa tahap kita berbeza...

1 comment:

  1. puan pensyarah rupanya..hebat :)
    saya puan pengarah kat rumah je..

    ReplyDelete