Pages

Monday, August 17, 2009

My Story

Nostalgia dulu, kini dan selamanya
Terkenang kembali, masa dizaman kanak2, remaja, dewasa dan ..... Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar anak dah nak sama tinggi dengan mak...maknanya dah tua la tu. Terkenang2 zaman persekolahan, zaman di UKM, zaman kerja...masing2 ada keistimewaan yg sendiri. Rindu sungguh pada zaman universiti dulu, rindu pada Kamsis Aminuddin Baki, Fakulti Ekonomi, Pusanika, Perpustakaan Tun Sri Lanang dan banyak lagi. Seronoknya masa tu...maklum tengah muda. Selak gambar2 lama, teringat masa konvokesyen...seronoknya dapat tamat pengajian. Kawan2 lama kat mana ya...nak cari tak tau kat mana...siti noor (kuala berang), rohaida teman sebilik, kak imah, niz, cebom...dan ramai lagi ,, ish rindunya kat kalian semua.
Ini gambar suatu masa dulu ... masa konvo tahun 1994. Tahun ni tahun berapa ya...???

Tak cukup bergambar kat dewan, bawa jubah balik bergambar kat rumah pulak. Ish rasanya baju yang dipakai tu macam baju pinjam je...kasmawati, kat mana sekarang ye...tengok gambar ni teringat baju tu pinjam kat kasmawati untuk berposing. Masa belajar kat UKM dulu ramai kawan2 cakap muka kami sama...nama pun hampir sama. Sebab tu la kena pinjam baju dia.
Dah habis ijazah kat UKM, sambung Dip Ed kat situ juga. Dah habis tu, posting terus ke pusat matrikulasi UUM, sintok. Ish jauh betul menyimpangnya...tapi nak buat macamana sebab dah bersuami, kena la ikut. suami pula kerja kat UUM. Kat situ dari tahun 1996 sampailah 2000. Tahun 2001 Pusat Matrikulasi UUM ditutup, Bahagian Matrikulasi KPM ambil alih program matrikulasi, so berpindah lah kami ke Kolej Matrikulasi Perlis...dah berlainan arah dengan suami...so kena bawak kereta sendiri. Tapi tak pa ada rahmatnya...dapat lesen kereta tahun tu. kalau masih kerja bersama2 dengan suami alamatnya tak dapat lesen tu...jadi datin je la kat sebelah. Kat matrik perlis pun tak lama, hujung tahun 2001, saya ambik cuti tanpa gaji 3 tahun, ikut suami sambung belajar kat loughborough, UK. seronoknya la juga dapat pengalaman ke negara orang...dan pengalaman yang paling berharga kerja jadi minah kilang kat bumi orang putih tu. terasa la bagaimana didiskriminasi sebagai pendatang. Baru la teringat betapa senangnya hidup di negara sendiri. Malaysia oh tanah airku...tanah tempat tumpah darahku....ni ada gambar kat UK.

Tak pernah jumpa salji...
Balik UK penghujung 2004, terus ditempatkan mengajar di Kolej Matrikulasi Kedah. Pada tahun 2005 depa suruh jadi Ketua unit ekonomi. Sebagai orang baru , kena la terima apa yang diarahkan. tapi seronok juga jadi KU, banyak pengalaman yang saya dapat. ..disamping tu, KU ada bilik sendiri..ni la biliknya.

Tahun 2009, saya hantar surat perletakan jawatan sebagai KU kat pengarah kolej. Kononnya nak tumpu perhatian pada P&P disamping menyiapkan ijazah PHd saya yang dah lama terbengkalai. Lagipun ada ramai lagi yang lebih layak untuk pegang jawatan tu...majoriti pensyarah unit saya dah berada di gred DG48. saya je yg masih tersangkut di DG41...nak buat macamana, hilang ke'senioran' kerana cuti tanpa gaji 3 tahun. Pengarah pun macam setuju je saya letak jawatan...ada yg DG48 untuk ganti.
Kadang2 rasa sayang juga dengan jawatan tu, kerana dengan jadi KU lah saya menjadi sedikit berani dan lebih berkeyakinan untuk bercakap dan macam2 lagilah pengalaman berharga yang tak mungkin dapat jika saya jadi pensyarah biasa. Walau macamana pun, yg tu dah berlalu...dah dapat surat penerimaan perletakan jawatan sebagai KU dari BMKPM berkuatkuasa 16 Mei 2009. Sekrang bermula lah era saya sebagai pensyarah biasa...mengajar ekonomi pelajar matrikulasi...disamping menyiapkan tesis PHd yang entah bila akan siap...asyik dok guna gear reverse je...bila nak siap. Sekarang ni dah pindah dari bilik KU ke kubikal pensyarah...nanti kalau ada gambar nak upload kat sini. Dibandingkan dengan bilik KU, kubikal ni lagi sempit...tapi tak apa, hati lebih tenang kat sini.