Pages

Saturday, July 31, 2010

Bandung...I was there

Percutian kami bermula july 27 dengan menggunakan pesawat MAS melalui KLIA pada jam 1.30 petang. Namun begitu, disebabkan masalah cuaca, pesawat yg sepatutnya membawa kami ke Bandung tiba lewat dari phuket...so kami kena tunggu sampai jam 2.40 baru bertolak....geramnya dalam hati. Perjalanan ke Bandung mengambil masa selama 2 jam....dalam jam 3.40 waktu Bandung kami tiba di Hussein Sastranegara Airport. Setibanya di sana kami disambut oleh Pak Amin yang merangkap supir dan tourist guide... dari segi layanan pak amin boleh dikatakan gred A, tapi dari segi perkiraan "kureng' sikit. so tak nak rekemen lah...tak tepati janji. Kami keHotel Mutiara untuk check in dan seterusnya menikmati makan malam di restoran makanan sunda. Menu kami pada malam itu macam dalam gambar ...tak tau nak pilih yg mana, namanya pun pelik2.
Malam tu aku makan Gurame bakar, sup bontot , telur dadar dan minumnya es jeruk kelapa...harganya aku rasa lebih mahal dari di Malaysia.
Lepas makan, balik hotel dah malam...kami tidur je. dah tak larat nak keluar lagipun kedai kebanyakannya dah tutup. Hari kedua, pagi2 lagi seawal jam 8.30 pagi kami ke tangkuban parahu...jauh jugak naik kereta. kawasan ni merupakan kawasan bekas gunung berapi...mengikut cerita gunung ni meletup pada tahun 1969. Gunung ni ada lagendanya. Menurut cerita pak amin, pada zaman dulu ada la seorang puteri yang cantik, terpisah dengan anak lelakinya sangkuriang. puteri ni awet muda...walaupun usia dah lanjut ala2 nenek gitu tapi masih tetap anggun dan bergaya. nak dijadikan cerita si sangkuriang telah jumpa maknya yg jelita tu tapi dia tak tau itu mak dia...terus jatuh cinta. Si mak ni tak nak la kawin dgn anak sendiri, jadi dia cari helah supaya sangkuriang tak boleh kawin dgn dia. ...si mak yg jelita bagi syarat kalau nak kawin dengan dia , sangkuriang mesti siapkan perahu dalam masa satu malam. Jadi sangkurian pun buat la perahu tersebut...tapi sahih tak sempat siap. apalagi marah la kawan tu...ditendangnya perahu yang tak siap tu sehingga terbalik. jadi kalau kita tengok dari jauh, gunung tu bentuknya macam perahu terbalik..begitulah alkisahnya.

Inilah gambar2 aku kat tangkuban perahu. posing ala2 jelita gitu..nak jadi macam mak si sangkuriang la tu, anggun dan bergaya..ahaks.
Balik dari Tangkuban parahu, kami terus ke Factory Outlet, Rumah Mode. Kat sini jual pakaian, kasut, beg dll. barang2 kat sini semuanya yg branded, ada guess, burberry, armani dll, pendek kata semua yg branded lah. Katanya pakaian kat sini semua yg ori...tapi aku tengok ada juga yg macam tipu je...dibuat khsusus untuk jual kat situ. yg ala-ala bukit kayu hitam gitu. Ini gambar kat rumah mode...depan pintu masuk apa2 hal ambik gambar dulu ya. aku berkenan betul kat t-shirt ni...nampak manis je kalau anak2 dara pakai...kalau mak dara tak sesuai kot, nampak masam la pulak.
rehat dulu kat cafe...
Hari kedua seawal 8.30 pagi kami ke pasar baru...dari pagi hingga pukul 3 petang kami kat situ. Pasar baru merupakan tempat jual kain ela, kain sulam, blouse, kasut, handbag, telekung dll lagilah. Rambang mata dibuatnya...semuanya murah2. Beratus ribu rupiah jugaklah aku perabih kat sini. Nasib baik rupiah...kalau RM macamana ya? kedai yg paling banyak aku borong adalah kat D'Fashion, pemiliknya org india...katanya dia tu pembekal kain untuk Jakel, Gulatis, Euro Moda dll. Kami dilayan gred A hari tu...siap ada air fresh orange lagi. Kedainya punyalah cantik...ala2 bollywood. Kopak la beratus2 ribu rupiah kat sini...kain cotton,chiffon cantik2 dan murah pula tu. Kat bawah kedai2 yg jual kain sulam, kain batik indon ...cantik2 sangat. kat kedai ni pun aku perabih duit juga...baju yg kat patung tu...tokei tu sedang lipat baju aku la tu...tersengih je sebab dah berjaya pujuk aku beli kain dia...

Abih kat pasar baru,kami bergerak pula ke Kedai Tas...tengok handbag dan kasut, tapi satu pun tak berkenan. Lepaih tu perabih masa kat factory outlet macam Heritage, Grande, Top Men dan macam2 nama lah...aku pun dah lupa.
Esoknya july 30 sebelum balik jam 3.40 petang, kami ronda lagi pasar baru...menghabiskan sisa2 rupiah yg ada. pukukl 1 check out...flight 3.40 dan kali ni on time. sampai KLIA pukul 6.40, bergegas pula nak naik flight ke Alor setar 7.55 pm. Begitulah alkisahnya perjalanan kami. Aku rasa bandung ni sesuai untuk shopping kain2 sulam @ kain ela, harganya murah sangat kalau dibandingkan malaysia. tapi kalau nak beli baju2, seluar, handbag dll yg branded tu, kena tengok betul2..kebanyakannya aku rasa tipu je...bukan yg ori pun. beli kat padang besar pun berlambak...macam ori gak. tapi kalau nak beli barang branded yg tak ori..boleh la beli kat sini sebab kat malaysia mungkin mahal sikit. Seronok betul perabih duit. lepas ni rasanya tak pi dah ke bandung...cukuplah dua kali. lepas ni aku nak pi arah lain pulak...vietnam kot. Peristiwa sedih yang aku masih teringat sampai la ni...aku tertinggal lukisan yg aku beli kat bilik hotel...waaaa

Saturday, July 24, 2010

4..5..6.Testing

Hasil kerja masa cuti. Seronok main edit2 gambor. tu la org kata, tak dok kerja cari kerja...sapa suruh matrik bagi cuti.

Seronok juga kan kalau dapat jadi macam ni..popular gitu

eeee seksinya

Aku dan bunga.

Friday, July 23, 2010

1..2..3..Testing

Aku baru jumpa sofware baru untuk edit gambar...ini cubaan pertama. pasu decoupage ku
cubaan ke dua gambar anak dara ku tasya

ni baru buat frame...lepas ni nak try edit colour dan lain2 lagilah. Ish nampaknya makeover gambar lagi senang dari makeover rumah...tak sakit pinggang angkat perabut atau main cat. lepas ni habis la gambar2 aku makeover...hilang habih kedut2 dimuka...jadi jelita gitu. yessss

Tuesday, July 20, 2010

Kelab Lestari Bumi

Pagi isnin 20 Julai 2010, aku,k.ida,k.yati dan nora ke nurseri ....kelab lestari bumi untuk acara cantas mencantas. sebelum berkerja kena snap dulu, ini lah antara aksi2 kami...nampak macam rajin je kan, bersungguh2 gitu.

aku dan kak yati sedang tekun berkerja. gambar kak ida tak ada dalam ni sebab dah di sensored..tertonggeng semacam je. kena pilih gambo yang cun-cun je untuk masuk sini ...

kak yati dengan aksi potong2....habis togel pokok dikerjakan. ..bak kata Tn hj Raja " betul ke ngkau potong tu ti..." itulah ulasan untuk kerja kami hari tu. ish..ish..ish jgn main2 Tn Hj kami semua ni pro punya tukang kebun...silap2 haribulan kolej dah tak perlu ambik tukang kebun lain dah...kami boleh tukar profesion jadi tukang kebun berijazah, canggih tu. boleh jimat duit kolej kan..

ini gambar bunga yg aku snap kat luar pagar nurseri, bukan hasil kerja kami ye..ini kak yati makmal punya. aku saja je boh kat sini sebab aku suka sangat bunga ni, cantik. lagipun aku dah terambik sikit untuk bawa balik rumah tanpa minta kebenaran...minta sikit ye kak yati makmal...

Sunday, July 11, 2010

Makeover

Hari sabtu 10 julai 2010, aku boring dok kat rumah saja2. Nak keluar pun tak tau nak kemana...paling tidak cuma ke Pacific, aku dah tak tau nak beli apa kat situ. so aku buat keputusan nak makeover rumah aku. nak tukar susun atur perabut, dah tak larat nak angkat berat2. so tukar cat rumah ajelah... dah boring dah dengan cat lama..Rasanya dah berbulan kot tak tukar cat. Jadi pagi2 tu, bila kedai cat buka je, aku terus serbu. Bawa balik tin cat tu and terus tukar uniform. Sebelum start sesi makeover, aku snap la gambar dulu...baru la boleh tengok before and after.

Before Makeover . ..colour pueblo peach

Lepas tu bermula la sesi kerahan tenaga..dari bibik sampai la anak2 ku yg tiga orang tu.

Bibik ratna..dia tolong cat tempat tinggi...yg kena panjat2 tu. Aku dah tak kuasa nak panjat2 ni. Bibik ratna dibantu oleh hubby tersayang...tapi gambar tak boleh boh kat sini...sensored.

Haa ini pula buruh bawah umur...kalau jabatan buruh tau ni mau kena saman aku ni...penderaan kanak2. aku bukannya dera sebenarnya, mereka yg volunteer nak bantu..aku seronok la ...boleh la jadi supervisor...bagi arahan je... Bila lagi nak guna depa...nanti bila semua dah tak ada kat rumah pi mengaji jauh2 aku kena la buat sorang2. Tapi masa tu rasanya 10 tahun sekali baru tukar cat... dah tak upaya nak panjat tangga mengecat rumah....sakit lutut

ini la rupanya selepas makeover...colour night owl. colour tu sebenarnya hijau. tapi bila aku snap sekejap jadi hijau sekejap jadi biru. aku tak taulah sapa yg salah. aku atau kamera tu.

Friday, July 02, 2010

Larian Kakom 2010

Saja je nak boh gambar2 masa larian kakom hari tu..gambar ni aku tag dari facebook kak iza. Aku, kak iza, kak ida dan nurul. Sebelum beraerobik dan berlari-lari tu kena lah ambik gambar dulu, nanti tak comei pulak bila berpeluh2.

empat "dara" pingitan

Program Portluck JSI

Julai 1 2010...kami mengadakan program portluck mengikut aras...semua pakat2 bawa makanan. unit ekonomi biasalah...main tempah2 je. kami bukannya apa...nak masak sendiri takut nanti terlampau sedap. tak larat la nak ambik orderan.

Gambar ni boleh jadi bahan bukti ni..siap ada KJ dan timbalan pengarah lagi. Kak ida macam biasa...dengan gaya ibu2 gitu...potong2 sayur. kak yati macam biasalah...anggun dan bergaya. aku..? macam biasa tukang ambik gambar...walau pun tak dok dalam gambar tapi tetap maintain anggun dan bergaya. ..ada sapa2 nak muntah tak?...silakan...silakan

tengok si nora tu...bukan main lagi sengihnya...almaklumlah ditemani oleh Ramesh dan Jahaya...

Aku, Nora and Jahaya...macam popular sangat la si Jahaya ni..sampaikan dua kali snap dengan dia. walau apapun inilah mak2 dara unit ekonomi.

mak2 dara dgn gaya ala-ala 6o an. kalau anak2 tengok mesti mereka pun pening. apa lah mak2 aku...walau apa pun kami bahagia dgn cara ini.

Anak2 ku yg suka bergaya

Anak2 ku natasya dan aneesa sofea...cukup suka bergaya. pantang nampak aku bawa telefon, mesti minta " mama tolong ambik gambar adik boleh tak?" kalau nak tau ayat tu sebenarnya pertanyaan merangkap arahan. ..sebabnya kalau aku kata tak boleh, mesti dia akan ulang soalan yang sama sampailah aku kata boleh...kalau tidak dia akan menangis...susah betul anak bongsu aku yg sorang tu. ehhh bongsu ke?

Inilah gaya2 mereka yang sempat aku snap...bukan main lagi posing

Dah jemu kat dalam ...bergambar kat luar pula. ...satu yang aku perasan, adik ni suka sangat cekak pinggang bila bergambar...agaknya dia rasa cantik sangat la gaya tu.

Si Natasya Amira, kalau berposing nombor satu...tapi kalau bab buat homework..buat setengah mukasurat terus lentok, terlena. bila nak pergi tuisyen siap dgn airmata berjuraian...kalah pelakon neng yatimah. hai tasya...tasya..