Pages

Friday, September 17, 2010

Hari Raya Di Kelantan

Selamat Hari Raya .... Tahun ni macam tahun2 kebelakangan, hari raya mesti balik kampung di Kelantan. Selagi mak masih ada...selagi itu aku akan balik berhari raya di Kelantan. Tahun ni pagi Hari Raya pertama aku beraya di rumah mak aku yang aku panggil mek, di Kampung Repek Pasir Mas. Lepas tu petang kami berangkat pula kerumah mak mertua di Dewan Beta Kota Bharu. Ni la untungnya kawin senegeri...tak perlu masam2 muka, singsing2 lengan berebut nak balik kampung sapa....

Ni la mek aku...jelitawan nih masa muda2 dulu...hik...hik

Me and hubby...dah penat sediakan juadah nasi dagang dan lontong. kali ni kakak aku yang dok
Kemaman balik pada hari raya kedua. Jadi segala urusan menyediakan juadah aku yang kena handle....ish penat sungguh. Kalau kakak aku balik...dia yang jadi ketua acara...aku jadi AJK je.

Me and hubby...lentok ala-ala 60 an gitu

Keluarga besarku....sedang menikmati nasi dagang dan lontong hasil masakan 'Cik Ma'....sedap hingga menjilat jari gitu.

Me and Family kat rumah mek.
Bersama mek, kakak dan abang....serta sebahagian anak2 saudara . ...ramai kan? Gambar kat rumah mak mertua tak sempat ambik sebab aku ke sana dah petang...sampai2 je tetamu dah ramai...so tak sempat lah nak berposing.

3 comments:

  1. kami lagi untung, 34 tahun dah raya kat rumah kami jer, tak pyh balik rmh mak mertua lgsg ! ahaks...

    ReplyDelete
  2. dah boleh dah kalau nak belajar menerima sistem giliran nih...

    ReplyDelete
  3. tak pe, setakat ni amat selesa tanpa sistem giliran.senang hati !

    ReplyDelete