Pages

Monday, September 20, 2010

Senyumlah

Apabila kamu sedang gundah, sedih dan kerisauan sedang menyesakkan dadamu, maka senyumlah kerana kesedihan yang kamu rasakan tersebut kemungkinan adalah penghapus dosa dan kesalahanmu. jika kamu dalam keadaan fakir, tatkala kamu merasakan keadaan yang serba kekurangan, maka senyumlah kerana kefakiran ini mungkin lebih baik bagi dirimu yang boleh menjauhkan kamu daripada kesombongan disebabkan melimpahnya harta serta menyelamatkan dirimu daripada fitnah dan tipu daya dunia.
Apabila kamu sakit dan terbaring di atas tilam putih, maka senyumlah, kerana sakit yang menimpa kamu adalah pencuci dosa dan pembersih kesalahan-kesalahan kamu. Senyum juga adalah ubat bagi hatimu dan sesuatu yang boleh membuatkan kamu kembali dekat dan semakin dekat kepada tuhan. Apabila kamu dianiaya dan dihina oleh orang lain, maka senyumlah kerana kamu adalah orang yang dianiaya bukan orang yang menganiaya. Panjatkanlah puji syukur kepada Allah s.w.t yang telah menjaga diri kamu hingga kamu tidak berada pada posisinya dan ia pula tidak berada pada posisi kamu.
Sumber: Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni

No comments:

Post a Comment