Pages

Monday, July 11, 2011

Bersangka baik 2


Antara sikap yang menunjukkan kita seorang yang berfikiran positif ialah bersangka baik dengan Allah dan orang lain atau dalam bahasa arab dipanggil husnuzzon yang mana merupakan akhlak yang terpuji dalam Islam.
Bersangka baik ini perlu kerana :
  • dapat menghindari dari sikap putus asa dengan rahmat Allah
  • dapat menjaga hati kita dari mempunyai perasaan sakit hati dan dendam
  • elakkan dari permusuhan sesama manusia
  • jauhkan dari kejadian yang tidak diingini seperti mengungkit-ungkit
  • menyedari hakikat manusia ini perlu ada niat baik
  • semua manusia sukakan kebaikan secara fitrahnya
Dalam buku “al-Hikam” karangan ibn Ata’illah as-sakandari, beliau mengibaratkan ujian itu suatu nikmat yang tersembunyi atau ditangguhkan. Hanya dapat diperolehi dengan bersangka baik pada Allah swt. Dan orang yang paling bersangka baik pada Allah adalah Rasulullah saw, qudwatun hasanah sepanjang zaman.

Apa yang dikatakan bersangka baik kepada Allah?

Cuba kita hayati Kisah Tembikai di bawah: Kisah antara si isteri, suami, dan 3 biji tembikai.

Satu hari, si suami pulang dari kerja dengan membawa 3 biji tembikai yang dibelinya. Dengan hati yang gembira, si suami segera menyuruh isterinya membelah sebiji tembikai. Akan tetapi, tembikai pertama itu tidak manis.Lalu si suami menyuruh si isteri membelah tembikai kedua pula. Kali ini, tembikai yang dibelah tidak cukup masak. Si suami yang dari tadi menunggu dengan sabar terus menggesa isterinya membelah tembikai yang ketiga...Tembikai yang ketiga itu pula busuk isinya...

Dengan hati yang membara, si suami terus menendang dinding rumah mereka sambil meradang, "Kenapa semua tembikai ni busuk?! Tadi saya cuba rasa sebelum beli OK jer! Ni mesti apek tu tipu saya! Nak kene apek ni... Siap kau!"

Dengan nada selamba tapi sopan, si isteri berkata, "Abang...Abang marah kat siapa ni?"

"Awak tak boleh teka ke? Mesti la saya marah kat apek jual tembikai ni! Bengang betul saya!" balas si suami.

"Owh...Abang marah dekat Allah yer?" sahut si isterinya lagi.

Terkejut mendengar kata-kata si isteri, si suami berkata lagi, "Eh eh isteri aku ni... Awak sakit telinga ke?

Bila masa pulak saya marah kat Allah ni? Ada awak dengar saya kata macam tu?"

Sambil tersenyum si isteri menjawab, "Abang...mana apek tu dapat tembikai?"

Suami: "Dari petani la!"

Isteri: "Dari mana petani tu dapat tembikai pulak bang?"

Suami: "Mestilah dia tanam! Takkan tu pun nak bagitau."

Isteri: "Macam mana dia tanam bang?"

Suami: "Dia pakai benih tembikai la. Takkan benih jagung!"

Isteri: Dalam hati (Kerek jugak suami aku ni). "Siapa yang buat benih tembikai tu bang?"

Suami: "Mestilah Allah yang ciptakan."

Isteri: "Jadi...Betullah abang marahkan Allah yer? Abang nak marah apek, dia cuma menjual tembikai sahaja. Abang nak marahkan petani, dia cuma menanamnya aja. Jadi, abang sebenarnya marahkan Allah kerana Dia yang menciptakannya."

Suami: (Terdiam)

**Kita sering mencela makanan yang kita dapati, ujian yang kita tempuhi, dan cabaran yang kita hadapi...tanpa memikirkan dari mana datangnya semua itu. Sememangnya sebagai manusia biasa, kita sering terlupa. Tapi ingatlah, dari Allah datangnya semua ini, dan kepada Allah jugalah kita perlu bersangka baik. Ada hikmah disebalik setiap kejadian. Cuba lah cari hikmahnya. Moga kita akan berlega hati dengan ketentuan yang diberiNya.

Namun begitu, untuk bersangka baik terhadap sesuatu perkara bukan mudah. Adakalanya apabila ditimpa sesuatu ujian, kita cepat melatah. Marah menjadi perkara utama dan kadangkala tidak kena pada tempatnya.

Dalam menghadapi sesuatu perkara, hendaklah didahulukan bersangka baik (Husnuzzhon) kerana firman Allah dalam surah al-Hujuurat ayat 12. Ayat ini antaranya menceritakan perihal bersangka buruk yang boleh membawa kepada fitnah dan mengumpat.


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain."

Daripada Muawiyah r.a berkata: "Aku mendengar Rasulullah bersabda":
"Jika kamu mencari keburukkan orang, maka kamu telah merosakkannya."

Hadis itu bermaksud memberitahu kita bahawa apabila kita bersangka buruk terhadap orang lain, maka kita dengan tidak semena-mena akan terdorong untuk mencari keburukkan orang tersebut. Oleh itu, muhasabah diri amat penting untuk kita menilai dan memperbaiki diri menjadi yang lebih baik.

_*berfikir dan berfikir*_

Persoalannya bagaimana untuk menjadi seorang yang sentiasa bersangka baik?

Contohnya: ditimpa musibah dan ujian dari Allah, orang menyakiti hati kita seperti menghina kita, mengumpat tentang kita di belakang, mencuba menjatuhkan semangat dan reputasi kita,menfitnah kita, menyusahkan hidup kita dengan memaksa kita buat macam-macam, selalu tak puas hati dengan kita, suka marah-marah kita tanpa sebab yang logik akal, dan sebagainya.

Penyelesaianya kita perlu kuatkan hati dan bersangka baik.

  • Allah tidak turunkan ujian kepada kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita, believe it!
  • cuba selami perasaan orang lain yang lebih menderita dari kita.
  • sentiasa memaafkan orang lain.
  • anggap semua orang sayangkan kita.
  • anggap Allah nak jadikan kita matang dan kuat melalui cabaran-cabaran yang diberikan
  •  ini adalah peluang kita utk muhasabah diri, mengenal kekuatan, ketabahan hati kita
  • banyak-banyak berzikir munajat (subhanallah, alhamdulillah, lailahailalallah, allahuakbar)dan istighfar
  • cari seseorang yang positif untuk bercerita perasaan anda
  • kekalkan persekitaran yang positif kerana takut nanti jika terjebak dengan orang yang tidak positif, kita yang ingin bersangka baik jadi bersangka buruk, dendam dan kesumat pulak.
  • pegang prinsip, kita perlu hormati orang tua kerana mereka banyak pahala dari kita, dan kita perlu hormati orang muda kerana orang muda kurang dosa berbanding kita.
  • ramai orang tidak puas hati dengan kita sebenarnya kerana dia nak jadi macam kita. oleh itu, beri mereka peluang menyertai kita dalam apa jua perkara positif yang kita lakukan. percayalah, hakikatnya semua orang sukakan kebaikan.

No comments:

Post a Comment