Tension betul, penyakit terbangun di awal2 pagi dah timbul balik. Aku ni bukannya ada penyakit susah nak tidur...jam 9 malam je dah terlena. tapi masalahnya pukul 3 atau 4 pagi...terjaga dan terus tak boleh tidur sampai pagi. boleh dikatakan setiap hari aku akan terjaga time yang sama. pastu terkebil2..pusing sana sini..mata memang dah tak boleh nak lelap. esoknya pergi kerja...lesu dan mengantuk je. lebam je bawah mata...ish sedih betul.
Aku terjumpa satu artikel yg menarik tentang masalah tidur ni...hasil tulisan Najibah Hassan:
RAMAI yang percaya, apabila usia semakin meningkat, keperluan untuk tidur semakin berkurangan. Sebetulnya, bukan usia yang menentukan sama ada seseorang itu perlu mengurangkan atau melebihkan masa tidur. Tetapi, kemampuan untuk tidur dalam tempoh jangka masa yang panjang menurun apabila usia meningkat.
Tanpa kita sedari, secara puratanya hampir satu per tiga daripada hidup kita dihabiskan untuk tidur.
Ini kerana tidur yang `sihat' dan `berkualiti' penting untuk tubuh, terutama otak serta lain-lain organ untuk berfungsi secara optimum.
Kajian saintifik oleh sepasukan penyelidik Jerman juga menyokong, tindak balas sistem pertahanan menjadi lebih kuat pada vaksin kepada mereka yang mempunyai tidur malam yang berkualiti.
Sebaliknya, mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi biasanya akan kelihatan tidak bermaya keesokan harinya.
Malah, jika dibiarkan berlanjutan, individu terbabit akan menjadi kurang bertenaga, mood tidak stabil, kurang motivasi dan daya tumpuan serta keletihan. Justeru, jangan ambil mudah jika tidur anda pada waktu malam terganggu.
``Jika dalam tempoh seminggu tidur anda terganggu dan ia bukan berpunca daripada faktor-faktor seperti tertekan, masa tidur yang tidak menentu atau tabiat suka minum minuman yang mengandungi caffein seperti kopi atau teh selepas pukul 4 petang.
``Atau keadaan tempat tidur, tabiat merokok, minum caffein, persekitaran di luar rumah atau jadual kerja yang sering berubah-ubah, maka anda perlu berjumpa doktor,'' kata Profesor dan Pakar Perunding Kanan Neurologi dan Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Penyelidikan), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Raymond Azman Ali.
Menurut beliau, seseorang yang menghadapi masalah untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam dikategorikan sebagai mereka yang menghidap insomnia.
Insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut seperti:
* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)
* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)
* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)
Kalau diikutkan dari artikel tu...aku dikira dah tergolong dalam kategori kronik insomnia.
Apa puncanya?
* Insomnia primer
i
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.
A. Psikiatri
* Masalah kemurungan, skizofrenia
B. Bukan psikiatri
* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala, Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea), Epilepsi, Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati, Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam, Penyakit Parkinson, Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku, Rest leg syndrome, Pedih hulu hati, High altitude insomnia, Angin ahmar, Penyakit Alzheimer, ketumbuhan otak dan migrain.
Aku berada di kategori mana...tidak pasti.
Ada juga tips untuk mengatasi....
- Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizika
- Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
- Elakkan tidur pada waktu tengah hari
- Melakukan senaman dengan kerap
- Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam
- Jangan merokok
- Belajar menangani tekanan
- Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.