Sunday, October 16, 2011

Pra PSPM dan Drama Korea

Hari ni kami pensyarah2 di unit ekonomi mengadakan ujian Pra PSPM1 untuk pelajar2 jurusan perakaunan. saja je nak tengok, boleh ke tidak mereka jawab soalan2 tu dengan masa 3 jam yang diperuntukkan. Sebelum ni mereka cuma buat soalan latihan di bilik tutoran...ambik masa selama mana yang mereka suka untuk dsiapkan soalan yang diberikan. Kadang2 tu, satu soalan pun ambik masa sejam untuk disiapkan.  Kalau macam tu, macamana la mereka nak jawab soalan PSPM yang ada 3 bahagian dalam masa 3 jam je...ish budak2 ni, pembahagian masa amat lemah.

Peperiksaan akhir program matrikulasi akan bermula pada 21 oktober. Sekarang ni dah masuk minggu ulangkaji...budak2 tu semua dah pening2 lalat. Semua subjek pulun buat revision...klinik..program kecemerlangan dan macam2 lagilah. haih...agaknya berasap la kepala budak2 tu.

Sambil menunggu budak2 tu menjawab soalan...aku teringat kata2 akhir dalam drama korea yang aku pulun tengok pada cuti hujung minggu..cerita PARTNER. Sebenarnya DVD tu dah lama pinjam dari ustazah nashitah...tengok sikit2...hari sabtu kelmarin baru khatam semua.




Life is like that
we win some, we lose some

Sometimes, when we lose to life
don't cry either

With someone who can breathe
and laugh with you
and a person you can stretch out your hand to...

as long as you  have one partner in your life...

Suka dengan ayat tu....juga suka dengan hero dan heroinnya. Dah lama sebenarnya bersara dari tengok cerita2 korea ni. Bila dah tengok rasa terpengaruh  dan terbuai dengan watak hero yang macho, heroin yang manja gitu. ....Realitinya macamana ya .... Ada ke ? ish....rasanya ada...my patrner sekarang la...hehehe



0 comments:

Post a Comment

 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang