Wednesday, October 12, 2011

Bosan

Mood hari ini...bosan. Sebab?... Hubby tak dak kat rumah 5 hari...outstation ke Shanghai. Ish asyik outstation je. Nak ikut tak boleh sebab cuti dah habis...Secara tiba2 rasa tak suka jadi cikgu...sebab ? nak cuti susah....

Ish macamana la Shanghai tu ya...


Jom kita baca cerita2 merapu kat bawah ni....dapat dari  pakcik google..

lucu 1: Bapa

Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.

Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.

Man: Wow! Bapa kau keja apa?

Ali: Tukang gunting rambut.

 

Cerita Lawak/ lucu 2: Bahasa Inggeris

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?

Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Cerita Lawak/ Lucu 3: Sudu

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.

Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.

Doktor: Kenapa?

Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.


Cerita Lawak/ Lucu 4: Mayat

Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'

Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

 
Cerita Lawak/Lucu 5: Tiru

Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.

Bapa: Apa bukti awak?

Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

Cerita Lawak/Lucu 6:

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"

Sekian cerita lawak untuk hari ini....moral of the story...tak ada !

1 comments:

  1. Ha ha...cerita lawak u dapat hilangkan boring la..
    Tang cuti tu, memang semenjak dolu lagi, cuti kita dah ditentukan. Nak lebih lebih, apply CRK yang 7 hari tu. Ermmm...

    ReplyDelete

 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang