Pages

Sunday, June 27, 2010

Projek Decoupage 2

Projek hujung minggu...decoupage botol cili sos dan segala botol yg ada kat rumah. Hari ni tak kemana-mana, zizi penat baru balik dari langkawi. pagi2 aku ke kolej..ada larian kakom. Setelah aerobik lebih kurang dan ambik gambar dua tiga snap untuk bahan bukti...aku pun chow la....tak join pun larian tu, bukannya apa ..takut semput. Sebelum balik aku dan nurul singgah makan roti canai kat gerai depan kolej...dah bersiap2 nak balik kumpulan larian kakom pun sampai...penuh la jalan dgn depa...aku nak keluarkan kereta pun tak boleh. almaklumlah aku ni driver yang cekap...pro la katakan. lama juga kami tunggu kat dalam kereta, ...tunggu masa yg sesuai utk drive...Dalam dok menunggu tu tiba2 Tn Hj sampai..berlari-lari sambil senyum ke arah kami..alamak kantoi la pulak...pecah rahsia kami balik awal. Lepas je TN Hj lalu ..jalan dah clear sikit...aku pun drive la. Ish rupa2nya dia suruh Tn Hj tengok kot sapa yg balik awal..ahak.ahak.. Petang aku pi kenduri kesyukuran kat rumah Zu dgn Zizi, mula2nya nak pi dgn kak iza, tup tup zizi ajak pi dgn dia. Lepas tu balik rumah....boring. So aku ajak la pembantu-pembantu peribadi ku yg dua org tu untuk tolong aku kerjakan botol2 tu.

Ini dia pembantu2 peribadi..sedang bertugas mengecat botol2 ...siap berposing lagi , sebab tu lambat siap. Si Tasya pula merajuk...berebut dgn adik nak cat...riuh rendah jadinya. Tengok tu si Tasya..adik dok posing di dok pandang ke lain...merajuk. Walau apa pun projek kami hari tu siap juga akhirnya. Botol kicap dan botol sos dah berbunga2 gitu...lepas tu zizi buat komen selari..." heeei tak ada kerja sungguh...botol pun cat, bukannya nya cantik pun. ..." Ish keterlaluan sungguh ayat tu...nanti la bila aku dah pro nanti, aku buat cantik2 punya...mesti lepas tu dia minta aku buatkan untuk dia...nak letak kat ofis. masa tu aku tak boleh bagi free dah..mesti caj punya. tunggu la...

Inilah hasilnya.. ok la kan untuk amatur macam aku ni.
Aku buat kaler biru dan hijau. Sebenarnya aku suka kaler pink... cat nya tak ada la pulak. mungkin projek selepas ni..

Dah Berbuah

Tanamanku berbuah untuk ke sekian kalinya...seronoknya. walaupun zizi, hubby ku yg tersayang tanam...tapi aku tukang tengok dan tukang beri semangat...kira ok la tu.

pokok kelapa ni dah beberapa kali berbuah...mula2 berbuah dulu punya la semangat ambik airnya...minum dengan bangga nya...maklum tanaman sendiri. sekarang ni kesian kat buah tu...sampai naik kematu buah nya pun belum tentu sempat dipetik...tuannya tak ada masa.

Haa yg ni buah mata kucing...punya la lebat buahnya...sama lebat dgn daun. pokok mata kucing ni memang senang nak tanam...cucuk je naik, sekejap je dia membesar...dah penuh laman rumah dgn pokok ni.

Ini buah mangga...berbuah lebat. Eh sejuk juga tangan zizi ya..buah2an dia semua menjadi. Ada yg dah masak...manis pula tu. zizi kata manis sebab org yg tanamnya manis...dia la tu, perasan!

Friday, June 25, 2010

Taman Impianku

Aku tersangatlah suka dan minat bila tengok taman yang cantik2...khususnya yang ala2 cottage garden gitu. Teringin sangat2 nak memiliki taman seperti itu...kalau tak dapat yg macam tu pun tak apa...ala-ala cottage pun dah ok sangat dah. Tapi yang menjadi masalahnya..aku ni kedrat tak seberapa...angkat pasu sebijik pun dah sakit pinggang dua tiga hari....macam mana nak dekorasi taman. Untuk menyedapkan hati aku dekokan taman rumah maya ku je la...senang, tak perlu angkat pasu berat2. just copy and paste.senang cerita....so pelawat ke rumah maya ku...jemputla ya.. cuci-cuci mata kat rumah maya ku ni

cantik kan taman ni...ada kerusi taman yang dikelilingi dgn bunga-bunga. ish..ish seronok ni kalau nyanyi sambil pusing2 keliling kerusi...kuch...kuch hota hai...sapa nak jadi hero ni...

haa ni lagi satu yang aku suka sangat2... gerbang yang ada bunga2 kat atas tu...eeiii cantiknya. Aku teringin sangat2 letak kat pagar nak masuk rumah ...terasa macam puteri pula bila jalan dibawah gerbang berbunga2 tu... puteri tua gitu... lepas ni boleh kot pujuk Tn Hj Raja buat satu untuk taman kami...kelab lestari bumi....

Yang ni pun cantik...diperbuat dari kayu...dulu dah minta kawan si Lan tu buatkan satu untuk aku...nak gantung kat dinding je, sampai sekarang tak nampak bayang pun ...ish lelaki memang macam tu ke?

Haa yg ni lagi satu...rumah yang dikelilingi pokok2 bunga yang cantik sangat2. Kat dinding rumah pun ada pokok2 bunga yang menjalar....pokok bunga ros lagi. Cantikkan...tapi terfikir pula aku, kat malaysia ni boleh ke tanam pokok menjalar macam tu kat dinding rumah...kot-kot benda lain pula yang dok menjalar kat dinding tu. ..eee takut

Haaa yang ni aku rasa aku boleh buat, pi beli bunga macam ni kat nursery, beli kereta tolak macam tu (eh..nak beli kat mana ya?) lepas tu susun...siap la kerja aku. ok aku dah jumpa projek yg aku mampu buat,....lepas ni...aku mesti dapatkan....Sin Tiong...I'm coming...

Tuesday, June 22, 2010

Yang aku suka

Inilah antara barangan english style yang sangat2 aku suka. teringin nak buat macam ni...cantik sungguh. tapi nak buat macam mana...tangan aku ni tak berseni....keras je. Aku dah cuba buat tapi hasilnya tak secantik yang ni. Gambar2 ni aku ambik dari blog suesafia, suka sangatlah dengan dia ni...seni sungguh. buat apa pun nampak cantik je.

ini botol dan tin coklat yang didecoupagekan

Chopping board dan kuali...boleh jadi cantik macam ni...

Yg ni pun cantik juga...bila la aku dapat buat macam ni.

Adik tak telefon

Pelik juga aku , selalunya adik mesti call aku kat pejabat bila balik je dari sekolah. macam2 yang dia cerita...kalau tak pun nangis sebab afiq atau tasya kacau dia. Dalam sehari sekurang2nya sekali mesti call...kalau tak mau lima enam kali...sampai tak larat aku nak layan. Dalam dua tiga hari ni baru aku perasan, adik dah tak telefon . Tasya pun macam tu...dah tak telefon ...selalunya mesti telefon dgn diiringi dengan tangisan2 mengadu dipukul atau bergaduh dengan afiq atau adik. Kini baru aku rasa kehilangan....selalunya aku marah2 bila dia orang telefon sebab selalu saja mengacau aku nak buat kerja...tapi bila mereka tak telefon, aku teringat pula.... Tapi walau apapun ...keletah mereka menghiburkan aku walaupun kadang2 sikap mereka membuatkan aku angin satu badan. Aku ni mulut je jahat sikit..suka pot pet pot pet, tapi yang sebenarnya aku sangat menyayangi mereka.

Adik dan Afiq

Tasya dan Along

Si sulong, Fatehah...teringin sangat nak duduk asrama. walaupun keberatan tapi dah dia nak...pergi aje lah. kadang2 rasa sedih juga...anak2 zaman sekarang ni dah tak suka nak duduk dengan mak bapa. Dah nak bebas. walau apa pun aku doakan supaya along dapat yang terbaik disana.

Monday, June 21, 2010

Kerastanganku - projek decoupage

Ini lah projek decoupage ku yang pertama. aku minat sangat dengan barangan english style ni, nampak cantik je. Jadi yg pertama menjadi bahan ujikaji ku adalah labu sayong ni...mula-mula kalernya hitam. lepas tu kucat putih dan decoupage kan dia...inilah hasilnya..ok la juga kalau tengok dari jauh.

aku buat dua ...satu kecik dan satu besar. bila letak sebelah menyebelah nampak cantik la juga...

Lepas ni nak cari lagi mangsa seterusnya...untuk didecoupage kan.

Sunday, June 20, 2010

Makan2

Petang sabtu aku boring sungguh2. Husband tak dok kat rumah, ada mesyuarat kat Jakarta...selalu outstation...mesyuarat sana-sini. Teringat kata kak ida, chocolate Volcano kat pizza hut tu sedap...so apa lagi, aku pun merancang la nak bawa anak2 makan kat pizza hut. petang jumaat tu dah makan dah...tapi order dari rumah je...ish kalau zizi kerap tak dok kat rumah mau pokai aku ni...asyik mengidam nak makan je...lepas tension. Jadi petang sabtu selepas hantar along ke asrama dan ambik tasya dan afiq dari tuisyen...kami pun menuju ke pizza hut. kesian along tak sempat nak makan sebab kena masuk asrama sebelum pukul 6. Sebelum makan ambik gambar dulu... ni la gambar yang sempat di snap.
ini lah rupanya chocolate volcano, kek coklat dan ada aiskrim kat atasnya....tak pernah la aku order sebelum ni. kalau ke pizza hut tu, makan pizza @ spagheti je. nampak kecik je tapi makan sorang tak habis...
ini kid meal untuk afiq,,lupa la pulak apa nama makanan ni...cheese ball kot.
Afiq tolong perabih seafood lasagne mama...dia ni kami panggil majlis bandaran, semua dia sapu

Tasya...yg ni pun gaya je lebih...makan sikit je
Afiq..menu kedua mushroom soup

Adik dengan chesse ball...buat gaya je tu...bukannya makan pun
Menu untuk adik...pinggan je sebab dia tak order apa2...dah merajuk sebab aiskrim yang dia nak dah habis. akak kat pizza tu cakap aiskrim habis stok. eh macamana boleh habis stok ye.