Tuesday, June 22, 2010

Adik tak telefon

Pelik juga aku , selalunya adik mesti call aku kat pejabat bila balik je dari sekolah. macam2 yang dia cerita...kalau tak pun nangis sebab afiq atau tasya kacau dia. Dalam sehari sekurang2nya sekali mesti call...kalau tak mau lima enam kali...sampai tak larat aku nak layan. Dalam dua tiga hari ni baru aku perasan, adik dah tak telefon . Tasya pun macam tu...dah tak telefon ...selalunya mesti telefon dgn diiringi dengan tangisan2 mengadu dipukul atau bergaduh dengan afiq atau adik. Kini baru aku rasa kehilangan....selalunya aku marah2 bila dia orang telefon sebab selalu saja mengacau aku nak buat kerja...tapi bila mereka tak telefon, aku teringat pula.... Tapi walau apapun ...keletah mereka menghiburkan aku walaupun kadang2 sikap mereka membuatkan aku angin satu badan. Aku ni mulut je jahat sikit..suka pot pet pot pet, tapi yang sebenarnya aku sangat menyayangi mereka.

Adik dan Afiq

Tasya dan Along

Si sulong, Fatehah...teringin sangat nak duduk asrama. walaupun keberatan tapi dah dia nak...pergi aje lah. kadang2 rasa sedih juga...anak2 zaman sekarang ni dah tak suka nak duduk dengan mak bapa. Dah nak bebas. walau apa pun aku doakan supaya along dapat yang terbaik disana.

1 comments:

  1. mmgpun..kat umah berangin je..duk opis teringat kat anak pulak ;)..saya pun sama

    ReplyDelete

 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang