Sunday, June 27, 2010

Dah Berbuah

Tanamanku berbuah untuk ke sekian kalinya...seronoknya. walaupun zizi, hubby ku yg tersayang tanam...tapi aku tukang tengok dan tukang beri semangat...kira ok la tu.

pokok kelapa ni dah beberapa kali berbuah...mula2 berbuah dulu punya la semangat ambik airnya...minum dengan bangga nya...maklum tanaman sendiri. sekarang ni kesian kat buah tu...sampai naik kematu buah nya pun belum tentu sempat dipetik...tuannya tak ada masa.

Haa yg ni buah mata kucing...punya la lebat buahnya...sama lebat dgn daun. pokok mata kucing ni memang senang nak tanam...cucuk je naik, sekejap je dia membesar...dah penuh laman rumah dgn pokok ni.

Ini buah mangga...berbuah lebat. Eh sejuk juga tangan zizi ya..buah2an dia semua menjadi. Ada yg dah masak...manis pula tu. zizi kata manis sebab org yg tanamnya manis...dia la tu, perasan!

1 comments:

 

My Secret Diary. rose-duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang