Projek hujung minggu...decoupage botol cili sos dan segala botol yg ada kat rumah. Hari ni tak kemana-mana, zizi penat baru balik dari langkawi. pagi2 aku ke kolej..ada larian kakom. Setelah aerobik lebih kurang dan ambik gambar dua tiga snap untuk bahan bukti...aku pun chow la....tak join pun larian tu, bukannya apa ..takut semput. Sebelum balik aku dan nurul singgah makan roti canai kat gerai depan kolej...dah bersiap2 nak balik kumpulan larian kakom pun sampai...penuh la jalan dgn depa...aku nak keluarkan kereta pun tak boleh. almaklumlah aku ni driver yang cekap...pro la katakan. lama juga kami tunggu kat dalam kereta, ...tunggu masa yg sesuai utk drive...Dalam dok menunggu tu tiba2 Tn Hj sampai..berlari-lari sambil senyum ke arah kami..alamak kantoi la pulak...pecah rahsia kami balik awal. Lepas je TN Hj lalu ..jalan dah clear sikit...aku pun drive la. Ish rupa2nya dia suruh Tn Hj tengok kot sapa yg balik awal..ahak.ahak..
Petang aku pi kenduri kesyukuran kat rumah Zu dgn Zizi, mula2nya nak pi dgn kak iza, tup tup zizi ajak pi dgn dia. Lepas tu balik rumah....boring. So aku ajak la pembantu-pembantu peribadi ku yg dua org tu untuk tolong aku kerjakan botol2 tu.
Ini dia pembantu2 peribadi..sedang bertugas mengecat botol2 ...siap berposing lagi , sebab tu lambat siap. Si Tasya pula merajuk...berebut dgn adik nak cat...riuh rendah jadinya. Tengok tu si Tasya..adik dok posing di dok pandang ke lain...merajuk. Walau apa pun projek kami hari tu siap juga akhirnya. Botol kicap dan botol sos dah berbunga2 gitu...lepas tu zizi buat komen selari..." heeei tak ada kerja sungguh...botol pun cat, bukannya nya cantik pun. ..." Ish keterlaluan sungguh ayat tu...nanti la bila aku dah pro nanti, aku buat cantik2 punya...mesti lepas tu dia minta aku buatkan untuk dia...nak letak kat ofis. masa tu aku tak boleh bagi free dah..mesti caj punya. tunggu la...
Inilah hasilnya.. ok la kan untuk amatur macam aku ni.
Aku buat kaler biru dan hijau. Sebenarnya aku suka kaler pink... cat nya tak ada la pulak. mungkin projek selepas ni..
No comments:
Post a Comment