Pages

Friday, December 17, 2010

Panggilan Hangit

Sejak kebelakangan ni banyak sangat terima call...macam-macam orang. Maklumlah sejak no phone dah keluar dalam majalah dan paper ni...aku dah jadi agak popular gitu. Itulah penangan Dqistee...produk kecantikan terbaru tu. Panggilan bukan saja dari sekitar kedah, malah dari negeri2 lain pun ada. aku pun heran jugak...pasal apa pulak semua pakat call aku...macam la aku ni pengasas DQ tu. Kadang2 tu tanya macam2..belinya tidak...agak geram la jugak.

Ada satu panggilan aku terima hari ni...cukup 'mengkagetkan' aku. Nak tau tak ceritanya..Alkisahnya ada la seorang kakak ni, katanya nama dia kak Azizah dari Kuantan. ..dia kata dia dapat no phone aku dari rancangan Wanita Hari Ini...aik, begitu popular kah aku? Yang membuatkan aku pelik tu..dia tanya aku macam mana nak bagi susu keluar banyak...katanya susu dia keluar sikit je. Aik..masa bila pulak aku jual produk nak bagi keluar susu ni? Aku kata kat dia aku tak tau la nak buat macam mana...tapi dia minta tolong juga supaya aku bagi dia petua atau apa2 ubat untuk mengatasi masalah tu. ..sampai merayu-merayu. Aku kata kat dia, cubalah bagi susu botol...dia kata anak dia tak nak. Aku pening...aku suruh dia pegi farmasi @ jumpa doktor...aku bukannya doktor pun dan tidak ada kepakaran langsung dalam bab2 susu ibu ni.  Aku terfikir mesti kakak ni saja nak main2kan aku...dan aku kata kat dia...jgn la nak main2, aku tak suka tau. Lepas tu...tau tak apa jadi ? Ni la part yang membuatkan aku jadi seriau dan kadang2 pelik ...ish...agak suspen disini.

Kak Azizah tu kata dia bukan nak main-main, dia memang nak minta tolong....lepas tu dia terus menangis teresak-esak...sambil berkata tolong la....tolong la....tolong la. ......!!! hai parah ni. Aku memang betul2 terkedu..tak tau nak cakap apa. Selepas keadaan agak reda, aku kata kat dia, aku minta maaf...memang aku tak tau nak tolong macam mana dan aku nasihatkan dia supaya jumpa @ tanya orang yg betul2 tau. Pelik kan? Aku tak tau apa tujuan sebenar kak azizah call aku..dan kenapa no phone aku yg dia pilih untuk dihubungi. walau apa pun tujuan dia, yg pasti kak azizah telah berjaya menyebabkan otak aku berserabut sepanjang hari. Kalau dia memang berniat untuk mengenakan aku...tahniah aku ucapkan kerana cubaannya telah berjaya menyerabutkan fikiran aku. Dan kalaulah dia memang betul2 memerlukan bantuan....aku minta maaf kerana tak dapat membantu...dari cara percakapan dan esak tangisnya...aku rasa ada sesuatu yg tak kena dgn dia...Doaku moga kak azizah diberi ketenangan dan kebahagiaan sentiasa. Amin.

No comments:

Post a Comment