Pages

Monday, December 27, 2010

Cikgu Sheda Yg Kreatif

'Setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada guru." itu kata-kata keramat Usman Awang tentang guru.  Seorang ahli psikologi Barat pernah menganalogikan seorang guru yang pintar ibarat ‘walking dictionary’ kerana peranannya memberi arah kepada orang yang ingin bertanya sesuatu.Pun begitu, seorang guru yang proaktif dan berfikiran terbuka lebih mesra dengan sikap keterbukaan dan kesediaannya untuk meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing.Seorang pelajar di Amerika Syarikat pernah dipetik sebagai berkata bahawa guru yang baik ialah guru yang mengajar muridnya seperti mana dia mahukan anak murid mengajarnya. Malah guru yang berpendirian profesional dalam tingkah lakunya dengan memegang kepada nilai-nilai akhlak dan etika yang positif berkemungkinan mampu mempengaruhi pelajarnya daripada ibu bapa mereka sendiri.

Itulah antara petikan pasal cikgu2 yg aku dapat dari internet...semuanya bagus2. Jadi cikgu2 semua...jadikan itu sebagai satu semangat untuk kita terus berjuang mendidik pelajar yg makin hari makin poning kepala kita dengan sikap2  mereka. Macam2 perangai...yg malas baca buku, malas buat homework, yg hanya mengharapkan cikgu ajar, tak nak usaha sendiri...yg asyik menyalahkan cikgu bila tak faham sesuatu topik....cikgu ajar lajulah...tak faham lah....dan macam2lah.....aduih ...itulah cabaran.

Ni ada satu video yg aku dapat dari you tube...video dari cikgu sheda. video ni dah cukup popular dah kat facebook dan blogger. Jadi untuk kawan2 cikgu semua...kalau sekali sekala kepala berserabut tu...bagus jugak kalau wat macam ni.....boleh jadi 'fofular' gitu....Tahniah cikgu sheda.




Kat video ni cikgu sheda mainkan tiga watak yg berbeza...sebagai ayah, mak dan setan....kreatif betul dia.

1 comment:

  1. cikgu sheeda memang kreatif, sebenarnya begitulah cara nya bila kita nak mendekati hati murid-murid atau pelajar2, kadang2 sikap terlalu tegas akan buat murid2 atau pelajar2 makin keras hati. dengan cara mendekatkan diri dengan cara mereka, lebih mudah untuk membawa murid2 dengan cara kita. Saya bukan cikgu sebenarnya. Tapi mungkin strategi yg cigu tu terapkan. Agaknya la. Bagi yang negatif thinking, sebarang idea baru biasa nya akan ditolak. Bagi kita yang positif, baik mencuba sesuatu dari tak mencuba langsung.

    ReplyDelete